Nuffnang

Innity

Innity

Thursday, May 28, 2009

Apa misi Mak Minah siri2

Hari mengundi diPenanti hanya tinggal tiga ( 3 ) hari sahaja. Parti Barisan Nasional telah kalah awal-awal lagi. Setelah 50 tahun lebih tidak henti-henti menyertai setiap Pilihanraya tidak kira besar ataupun kecil, baru sekarang mereka faham bahawa ada satu-satu penyertaaan mereka itu hanya membuang duit sahaja.

Sememangnya Pilihanraya adalah medan rakyat. Bagi yang merasakan mereka mampu berkhidmat tidak salah jika menawarkan diri untuk dipilih sebagai Wakil Rakyat. Bagi rakyat setempat pula secara majoritinya mereka perlu memilih orang yang terbukti layak memperjuangkan nasib mereka. Dan yang paling penting orang yang akan kita pilih itu mempunyai hubungan baik dengan pentadbir ditempat itu.

Tegasnya DUN Pena nti adalah dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (Negeri Pulau Pinang). Dengan memilih Calun yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat segala urusan serta sebarang masaalah yang dihadapi oleh penduduk setempat dapat diselesaikan dengan mudah dan berkesan. Dalam apa keadaanpun mereka yang Bebas akan melakukan kerja secara bebas juga. Mereka tidak mempunyai platform untuk mengerakkan segala aktiviti untuk masyarakat.

Bagi Mak Minah yang pada pandangan saya tidak memberikan sepenuh tumpuan untuk mendekati pengundi, besar kemungkinan selepas PRK Penanti ini beliau terus mencebur diri dalam kerja-kerja “watchdog” bagi memastikan pemimpin- pemimpin PR terutama PKR yang dipilih oleh rakyat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Dan beliau juga mahu melihat Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Berpandu kepada segala apa yang telah Mak Minah lakukan seperti merakam perbualan, membuat laporan polis dan melaporkan kesalahan-kesalahan pilihanraya kepada SPR, Negeri Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama dalam negara ini yang benar-benar memandang jijik kepada rasuah dan tidak akan memberi ruang kepada sebarang kegiatan menyalahguna kuasa. Adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Pulau Pinang akan mengikut jejak Mak Minah. Untuk mencurah bakti tidak semestinya kita seorang Wakil Rakyat.


Diimport dari blog Abahku 'ahmadzawawi.wordpress.com'

Sunnah perjuang,kenali perjuang-perjuang agama



Hayati lagu ini dan marilah kita mengenali perjuang-perjuang Islam

Imam As-Syahid Hassan Al-Bana
As-Syahid Sayyid Qutb
Malcom X (El Hajj.Malik El-Shabazz)
Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
Syeikh Muhammad Abduh
Dr.Yusuf Al-Qaradawi
As-Syahid Ibnu Khatab
Prof.Dr.Hamka
Harun Yahya
Syeikh Ahmad Al-Fhatani
Datuk Ishak Baharom
As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Wednesday, May 27, 2009

Apa misi Mak Minah?

Kempen Pilihanraya Kecil Penanti telah bermula. Calun-calun yang menawarkan diri sedang bersungguh-sungguh menawan hati pengundi. Dengan ketiadaan Barisan Nasional menyertai saingan kali ini suasana kemeriahan sebenar Pilihanraya langsung tidak dirasakan. Boleh dikatakan tidak ada Isu yang hendak diperkatakan oleh mereka-mereka yang bertanding. Setiap calun nampaknya tidak mahu membuang masa dan jika berkesempatan setiap pengundi akan dijejaki. Mengikut laporan calun PKR Sdra Mansor Othman tidak ketinggalan menghadiri ceramah-ceramah yang diatur oleh Parti, disamping itu beliau juga pergi berjumpa dengan para pengundi dari rumah kerumah. Dikalangan calun- calun Bebas hanya Nai Khan Ari yang berlambangkan “Wau Bulan” yang dilaporkan ada kesungguhan dalam berkempen.

Bagi Mak Minah walaupun beliau merupakan orang yang pertama membuat pengumuman untuk bertanding diPenanti tetapi apa yang diperlihatkan sama sekali berlawanan dengan hasrat asal beliau. Siang-siang lagi beliau telah meminta supaya Barisan Nasional memberi laluan kepada beliau berhadapan dengan PKR kerana kononnya rakyat Penanti lebih yakin dengan kepimpinan beliau dari Parti Keadilan Rakyat. Semenjak hari penamaan calun aktiviti khusus Mak Minah hanyalah membuat laporan polis, memanggil sidang media dan bercadang mengedarkan CD kepada setiap pengundi. Beliau dilihat lebih berminat membantu Suruhanjaya Pilihanraya mengenalpasti orang-orang yang melakukan kesalahan-kesalahan pilihanraya dan membantu SPRM dalam menjejaki individu-individu perasuah.

Didalam setiap Pilihanraya ketentuan orang-orang yang bertanding hanya disahkan sebaik sahaja Pegawai Pengurus Pilihanraya disatu-satu kawasan itu mengumumkan calun secara resmi. Bagi PRK Penanti ianya bermula pada 23 Mei sahaja. Jadi inilah kali pertama yang saya dengar Parti sehebat PKR terlalu takut berdepan dengan seseorang individu. Pendek kata Barisan Nasionalpun PKR ta` takut. Jadi BN tidak jadi bertanding itupun saya fikir mungkin takut kalah pada Mak Minah.

Proses pilihanraya bermula pada menamakan calun. Seseorang itu hanya akan diistiharkan sebagai calun setelah semua peraturan-peraturan dipatuhi dan disahkan layak. Jadi dengan memukul gendang beberapa minggu sebelum hari penamaan calun sepatutnya dikelasifikasikan sebagai “syok sendiri” sahaja.

Dilihat pada praktikalnya calun-calun Bebas yang lain lebih menonjol walaupun mereka tidak pandai sangat mengolah “mood” pengundi. Mereka berada diPenanti untuk mencuba nasib. Mereka tidak ada masa untuk membantu SPR menjejaki orang-orang yang melakukan kesalahan pilihanraya atau membantu SPRM mengenalpasti perasuah diPenanti ini. Mereka juga tidak menghalang jika ada orang lain yang suka membuat kerja-kerja tersebut.

Apa misi Mak Minah diPenanti hanya Mak Minah sahaja yang boleh menjawabnya.


Diimport dari blog Abah ku 'ahmadzawawi.wordpress.com'

Tuesday, May 26, 2009

(Malcom X) Ibadah Haji mengubah pengertian hidupnya.


Malcolm X(El-Hajj Malik El-Shabazz)
19Mei 1925-21Feb 1965

Malcolm X (19Mei 1925-21Feb 1965) juga dikenali sebagai: (El-Hajj Malik El-Shabazz), pengasas Muslim Mosque,Inc. dan Organization of Afro-American Unity (Organisasi Perpaduan Afro-Amerika) dan juga pada suatu ketika menjadi jurucakap pada kumpulan Nation of Islam. Beliau dibunuh pada Februari 1965. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan yang tersohor memperjuangkan hak rakyat kulit hitam di Amerika Syarikat.

Dia dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha,Nebraska . Ayahnya, Earl, seorang paderi Baptist yang lantang dan penyokong kepada Marcus Garvey, telah dibunuh di Lansing,Michigan pada 1931.

Malcom kemudiannya telah berhenti dari sekolah menengah, dan berpindah ke Boston untuk tinggal dengan kakak tirinya. Dia telah mendapat kerja sebagai pengilat kasut di sebuah kelab malam Lindy Hop; dalam autobiografinya, Malcolm berkata dia pernah mengilat kasut Duke Elligton dan beberapa pemuzik kulit hitam yang terkenal. Setelah beberapa ketika, dia berpindah ke Harlem,New York , di mana dia mula terlibat di dalam pengedaran dadah,berjudi,pelacuran,memeras ugut dan merompak(dirujuk secara menyeluruh oleh Malcom sebagai hustling); dia juga sanggup berlakon gila untuk mengelakkan dari dihantar menyertai Kerahan tenaga Perang Dunia ke-2.

Pada 12 Januari 1946 sewaktu berumur 20 tahun Malcom telah ditahan dan telah dipenjara selama lapan hingga sepuluh tahun atas kesalahan memecah masuk, membawa senjata api, dan merompak. Dia mendapat gelaran "Setan" di Penjara Negeri Charlestown disebabkan sifatnya yang suka menyumpah seranah terutamanya terhadap Kitab Bible.

Pada 1948, keluarganya memeluk ajaran Islam . Saudara lelakinya Reginald telah menulis surat meminta dia menyertai Nation of Islam. Jadi Malcolm mula mempelajari ajaran 'Elijah Muhammad' dengan gigihnya dan telah mula mengembangkan pemikiran inteleknya. Kakaknya Ella telah menolong memindahkannya ke koloni penjara berkawalan rendah di Norfolk,Massachusetts di mana dia telah mula minat membaca dan menemui kebenaran di dalam ajaran 'Elijah Muhammad dan Nation of Islam dalam sejarah dan falsafah. Beliau juga menyertai debat mingguan di koloni penjara itu. Beliau telah menyalin seluruh kamus daripada perpustakaan di situ dalam usahanya menambahkan pengetahuan dan memperbaiki tulisannya.

Pertama kali Malcolm mengenali Elijah Muhammad ialah semasa beliau berada dipenjara dimana beliau surat-menyurat dengan pemimpin tersebut. Dalam usaha mempertingkatkan ilmunya sendiri, beliau menulis kepada Elijah setiap hari.

Selepas dibebaskan dari parol pada 7 Ogos, 1952, beliau membeli beg suitcase, sepasang kacamata, dan sebuah jamtangan, barang-barang yang paling kerap digunakan dalam kehidupannya.

Nation of Islam

Setelah dilepaskan dari penjara pada 1952, Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad di Chicago. Di sinilah dia menerima tanda X, yang bermaksud menolak nama perhambaannya, dan oleh kerana tiada nama Islam Afrika-Amerika.

Pada 1953, Malcolm meninggalkan kakak tirinya Ella di Boston untuk tinggal bersama dengan Elijah Muhammad di Chicago . Beliau kemudiaanya kembali ke Boston dan menjadi Ketua Minister Kuil Nombor 11 Nation of Islam.

Kegiatannya yang aktif sebagai pemimpin di kuil tersebut telah membawanya untuk membuka lebih banyak kuil di seluruh negara , dimana beliau seringkali menjadi Minister. Khutbahnya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih, menyebabkan beliau naik pangkat dengan cepat sekali. Akhirnya beliau telah menjadi orang nombor dua kepada pemimpin Nation of Islam iaitu Elijah Muhammad.

Kesesatan Elijah Muhammad

Sewaktu Malcolm berusaha keras untuk gerakan ini, beliau kerap mendengar desas-desus mengenai skandal Elijah Muhammad dengan beberapa setiausahanya.Penzinaan adalah ditolak oleh ajaran Nation of Islam. Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tohmahan ini. Tetapi selepas disiasat beliau dapati kebenarannya. Malah Elijah Muhammad sendiri mengaku melakukan zina tetapi berkata ia adalah dibenarkan kerana dia adalah "Pesuruh Tuhan". Walaupun begitu, kepercayaan beliau kepada Elijah Muhammad tidak pernah goyah. Pada 1963, selepas pembunuhan Presiden John F.Kennedy , Malcolm telah memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam pulang ke reban." (chickens coming home to roost) -- keganasan yang Kennedy gagal tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang hebat oleh rakyat Amerika yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi perintah ini.

Setahun kemudian, Malcolm mula berganding bahu dengan karyawan kulit hitam terkenal Alex Haley dalam penulisan buku "The Autobiography of Malcom X" . Beliau juga mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan yang lain iaitu Muslim Mosque,Inc. Namun, beliau tetap mengikuti ajaran Nation of Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuat ucapannya yang terkenal iaitu Mengundi atau Peluru (Ballot or Bullet).

Pada waktu yang sama, Malcolm mula mendekati beberapa gerakan Islam Fundamantelis, yang mengalakkanya mendalami Islam yang sebenarnya. Beliau kemudian membuat keputusan untuk mengerjakan Ibadah Haji .

Ibadah haji mengubah persepsi beliau terhadap "perkauman' dan mula sedar kepalsuan Nation of Islam.

Pada musim bunga 1964, Malcolm pergi mengerjakan ibadah Haji di Makkah. Perjalanan ini telah mengubahkan hidup beliau. Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil. Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam.

Beliau berkata "Perjalanan Haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di USA. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau terus memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada - El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organization of Afro-American Unity. Disana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

Ketegangan meningkat antara Malcolm dan Nation of Islam. Perintah diberi oleh anggota Nation untuk membunuh Malcolm. Pada 14 Feb 1965 rumahnya di New York dibaling dengan bom api oleh Nation of Islam, tetapi Malcolm dan keluarganya terselamat.

Seminggu kemudian pada 12 Feb, di Audubon Ballroom , Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang. Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanya. Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau.

Malcolm X dikebumikan di Ferncliff Cemertery di Hartsdale, New York . Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu Tamadge Hayer,Norman 3x Butler dan Thomas 15x Johnson. Suatu memo FBI telah mendedahkan penglibatan agensi itu, dengan mengadakan perselisihan antara kedua gerakan itu yang berakhir dengan pembunuhan Malcolm X. Peranan FBI tidak begitu jelas. Walaupun begitu, adalah diketahui bahawa salah seorang pengawal peribadi beliau merupakan pegawai polis NYPD yang menjadi perisik dan melapor kepada FBI.

Antara petikan ucapan beliau:

(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya.)

Buku Autobiography beliau dikarang oleh Alex Haley antara 1964 dan 1965, berdasarkan temuramah dengan beliau sebelum beliau terbunuh (dengan epilog selepas itu), dan diterbitkan pada 1972. Buku ini telah diberi penghormatan oleh majalah TIME sebagai satu daripada 10 buku bukan fiksyen terpenting pada abad ke-20.

Malcolm X Speaks: Selected Speeches and Statements

Filem berkisarkan hidup Malcom X dikeluarkan pada 1992, dan diarah oleh pengarah kulit hitam kontroversial iaitu Spike Lee. Filem ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Denzel Washington sebagai Malcolm.


Monday, May 25, 2009

Dato' Husam Musa:Pembubaran DUN Perak makin hampir

May 21, 09(Harakah)Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib Othman awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Selepas siapa diputuskan menang sebagai Menteri Besar yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas.

Saya difahamkan Dr Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politik BN di Semenanjung. Jika tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan Pakatan Rakyat. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iaitu pilihan raya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

Pakatan Rakyat, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia!

Friday, May 22, 2009

Wahai 'Tiga Hakim' kamu bakal diadili nanti.......

Tiada lagi yang dapat dinyatakan selain berserah kepada ALLAH S.W.T.Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang benar.Saya pasti rakyat Perak tidak akan sesekali mengiktiraf Datuk Seri Zamry sebagai MB Perak kerana kami yakin MB yang kami sokong dan kami pilih dan pastinya MB Perak yang sah ialah Datuk Seri IR Hj Nizar Jamaluddin akan tetap menjadi MB kami.Bagi ketiga-tiga Hakim yang tidak bertindak adil bersiap sedia kamu untuk mengadap ALLAH S.W.T sesungguhnya ALLAH S.W.T berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An Nisa' :58)

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. " (Surah An Nahl :90)

Benarlah firman ALLAH S.W.T

AL-Fatihah.

Allayarham Hj Ismail sudah lima penggal mewakili Dun Manik Urai Kelantan yang dimemenangi pada pilihan raya umum 1986 kecuali pada PRU tahun 2004 pulang ke Rahmatullah disebabkan menghidap penyakit gout dan kencing manis.Sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah.

Thursday, May 21, 2009

Ulama dan Sasterawan tersohor Nusantara

Haji Abdul Malik Haji Abdul Karim Amrullah(HAMKA)
(16 Februari 1908- 24 Julai 1981)

Beliau dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau tanggal 16 Feb 1908 ( 14 Muharram 1326 H), Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik Haji Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan gelaran Buya Hamka ayahnya ialah seorang Tokoh Islam terkenal Dr H.A Karim Amrullah alias Haji Rasul pembawa pembaharuan Islam Minangkabau yang juga menjadi pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Beliau bersekolah di Desa Padang Panjang, dan malamnya belajar mengaji Al-Quran dengan ayahnya sendiri sampai khatam. Beliau belajar agama pada sekolah Diniyah School dan Sumatera Thawalib di Padang Panjang dan parabek 1916-1923.

Tahun 1924 beliau berangkat ke Jogja dan kursus pergerakan Islam dari HOS Tjokrominoto, H. Fachruddin,R.M. Suryopranoto dan iparnya sendiri A.R. St. Mansur yang waktu itu ada di Pekalongan. Tahun 1925 kembali pulang ke padang panjang dan mengarang buku berjudul "Chathibul Ummah".

Pada tahun 1927 berangkat ke Makkah, sepulang dari Makkah , beliau kembali melanjutkan menulis di majalah " Seruan Hitam", "Kepentingan Tabligh", "ayat-ayat Mi'raj" . Pada tahun 1930 beliau menulis dalam suratkhabar "Pembela Islam" di Bandung. Beliau berpindah ke Makasar pada tahun 1932 dan telah mengeluarkan buku beliau yang paling awal dicetak iaitu "Laila majnun"

Apabila berpecah perang revolusi, beliau berpindah Sumatera Barat., lalu menghasikan kayra-karya yang hangat dan mencetus minda. Pada tahun 1950 beliau telah berpindah ke Jakarta. Selama 30 tahun beliau telah menulis tidak kurang dari 60 judul buku.

Kerana jasa-jasanya dalam mengajian Islam dengan bahasa Indonesia yang indah itu , maka pada tahun permulaan 1959 , Majlis tertinggi Universiti Al- Azhar Kaherah, Mesir telah memberikan gelar Ustadz Ziah Fachrizah ( Dr. Honoris Causa) kepada Hamka. Dan dari Universiti Malaya beliau juga telah memperolehi gelaran Doktor dalam Sastera. Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981.Sumbangan beliau terhadap dunia Islam melalui penulisan-penulisan telah menjadi pencetus kebangkitan islam di Nusantara.Jasa-jasanya tetap akan dikenang walaupun beliau telah lama meninggalkan kita.

Antara buku-buku hasil nukilan beliau yang sehingga kini menjadi rujukan:

  1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
  2. Si Sabariah. (1928)
  3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
  4. Adat Minangkabau dan agama Islam(1929).
  5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
  6. Kepentingan melakukan Tablig (1929).
  7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
  8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
  9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
  10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
  11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
  12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
  13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
  14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
  17. Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.
  18. Tuan Direktur 1939.
  19. Dijemput mamaknya,1939.
  20. Keadilan Ilahy 1939.
  21. Tasawuf Moden 1939.
  22. Falsafah Hidup 1939.
  23. Lembaga Hidup 1940.
  24. Lembaga Budi 1940.
  25. Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
  26. Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
  27. Negara Islam (1946).
  28. Islam dan Demokrasi,1946.
  29. Revolusi Fikiran,1946.
  30. Revolusi Agama,1946.
  31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
  32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
  33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
  34. Sesudah naskah Renville,1947.
  35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
  36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukit Tinggi,
  37. Ayahku,1950 di Jakarta.
  38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
  39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
  40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
  41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
  42. Kenangan-kenangan hidup 2.
  43. Kenangan-kenangan hidup 3.
  44. Kenangan-kenangan hidup 4.
  45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.
  46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
  47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
  48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
  49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
  50. Pribadi,1950.
  51. Agama dan perempuan,1939.
  52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
  53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan 1950).
  54. Pelajaran Agama Islam,1956.
  55. Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.
  56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
  57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
  58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
  59. Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
  60. Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.
  61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
  62. Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
  63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
  64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
  65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963 ,Bulan Bintang.
  66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
  67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
  68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
  69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
  70. Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
  71. Himpunan Khutbah-khutbah.
  72. Urat Tunggang Pancasila.
  73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
  74. Sejarah Islam di Sumatera.
  75. Bohong di Dunia.
  76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
  77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
  78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
  79. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Sumber:e-malabari.net dan Wikipedia

Malaysia negara Islam????

hot!! surat company tak bagi pekerja solat! mana kementerian 1malaysia?

Bila dapat email nie bukan tahap berdesing jer telinga kami, hampir-hampir nak mendidih otak kami. Memang sungguh celaka memo daripada syarikat ini yang tak bagi pekerja Islamnya bersolat. Sungguh celaka!!!

Hati tengah panas membara. Tak boleh nak tulis lebih-lebih. Kalau nak tengok gambar company tue baca artikel ini sepenuhnya.


http://beautifulnara.com/company-tak-bagi-sembahyang-sungguh-cilaka/#more-2731


Ehsan Kerabubersuara.blogspot

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup oleh kain kafan.


'Mungkin inilah dilema remaja-remaja kita sekarang'


'Lihatlah saudara-saudaramu disana mereka sanggup bersusah payah semata-mata untuk mendapat hak untuk berhijab'



Tiada istilah 'mahu' ataupun 'tidak mahu' yang patut ada ialah wajib.Jika dilihat sekarang kebanyakan golongan wanita dari kalangan remaja-remaja Melayu menganggap pemakaian tudung dan menutup aurat sebagai satu pilihan sama ada mahu atau pun tidak mahu.Adakah mereka terlupa atau terlepas pandang Fiman ALLAH S.W.T:

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A'raaf : Ayat 26)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)


Juga terdapat dalil dari Al-Hadis:

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid , tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Maka dengan itu ingat wahai sekalian muslimat 'tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain putih yakni kain kafan yang akan mengiringi kamu kekubur dan ingat pada ketika itu tiada lagi kata-kata taubat yang akan diterima,maka beringatlah sebelum kamu dikafankan'.

Sudah-sudahlah UMNO..

Nasihat ini ditujukan kepada ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO

Sudah-sudahlah UMNO begitu banyak kemungkaran yang telah kamu lakukan.Lihatlah bagaimana kamu telah membunuh keadilan dan demokrasi dinegeri tanah tumpahnya darahku Perak Darul Ridzuan yang tercinta.Lupakah kamu pada Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An Nisa' :58)

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. " (Surah An Nahl :90)

Tidak cukup dengan itu kamu lakukan pula Rasuah/Politik wang,mungkin kamu terlupa dengan apa yang terkandung didalam Hadis Nabi Junjungan kita Muhammad Rasulullah yang telah bermaksud:
"Rasulullah melaknat orang yang memberi rasuah,yang menerima dan menjadi perantara"

Tidak cukup dengan itu pemimpin-pemimpin kamu turut mengambil hasil dari penjualan arak dan aktiviti perjudian melalui lesen-lesen dan cukai-cukai,mungkin juga mereka masih terlupa dengan Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. " (Surah Al-Mai'dah :90)

10 golongan yang dibenci Rasulullah berkaitan dengan Arak:
1.Orang yang memerah buahnya
2.Orang yang meminta diperahkan arak untuknya
3.Orang yang membantunya
4.Orang yang membawanya(pengedar)
5.Orang yang dihantar kepadanya(Pemesan)
6.Orang yang menjualnya
7.Orang yang makan harganya
8.Orang yang membeli dan
9.Orang yang dibeli untuknya
10.Orang yang mendapat hasil daripada penjualan arak.
ya siapakah pihak yang ke-10 ini...renung-renungkan.....

Tidak cukup dengan semua ini mereka telah menghalalkan Riba dan mungkin mereka tidak pernah mendengar Sabda Nabi S.A.W:
"Jual beli emas dengan emas,perak dengan perak,gandum dengan gandum,sekoi dengan sekoi,buah kurma dengan buah kurma dan garam dengan garam hendaklah sama timbangan atau sukatan dan tukar menukar dalam masa yang sama.Jika sekiranya berlainan bahan-bahan ini bolehlah kamu jual sebagaimana yang kamu suka dengan syarat penukaran dimasa sama"
(HR Imam Ahmad dan Muslim)

Dan lihatlah bagaimana mereka mengalakkan perbuatan keji seperti zina dan maksiat dengan membenarkan konsert-konsert yang melalaikan program-program TV yang mengajak anak-anak kita menghampiri zina kerana mungkin mereka tidak jumpa ayat ini didalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " (Surah Al-Isra' :32)

Cukuplah muhasabahlah renungkan kembali kenyataan-kenyataan ini.Ingatlah Azab dan Bala ALLAH yang akan kita terima jika kita terus menyokong puak-puak yang ingin mengundang kemurkaan ALLAH kerana apabila datang azab ALLAH ia tidak mengenal sama ada orng itu baik atau tidak maka marilah kita sama-sama 'mencegah kemungkaran' dengan tidak menyokong puak-puak yang akan mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T yakni UMNO/BN....

Pilihan terletak ditangan kamu sama ada memilih Parti yang ingin menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata untuk mendapatkan Redha ALLAH.PAS berpegang teguh kepada dasar parti itu yakni mendukung Al-Quran dan As-Sunnah untuk pemerintahan yang lebih adil dan saksama kerana PAS yakin kepada Firman ALLAH S.W.T:
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7).

Renung-renungkan......

Tuesday, May 19, 2009

Ijtihad dalam berdemokrasi..

Sehingga kehari ini umat islam diseluruh dunia masih lagi tidak bersependapat tentang keperluan untuk menjalankan Demokrasi.Sesetengah dari kalangan umat islam berpendapat Demokrasi adalah haram kerana ianya adalah sistem yang dibawa oleh golongan kufar.Namun kebanyakan dari umat islam pula telah bersepakat untuk menjadikan Demokrasi sebagai landasan untuk menegakkan hak-hak ALLAH S.W.T berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Keputusan ini dilakukan melalui ijmak.Ijmak ialah hasil ijtihad majoriti Ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya/hukumnya sama ada didalam Al-Quran ataupun As-Sunnah.Apabila suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti Ulama yang Muktabar,maka ia diterima sebagai Ijmak.Kesahihan Ijmak sebagai sumber ketiga pemerintahan Islam diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W yang terkandung didalam dialog Baginda dengan Muaz bin jabal yang telah dilantik sebagai Gabenor Yaman.
Baginda bertanya kepada Muaz bin jabal:
“Dengan apakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara?”
Jawabnya: “Dengan Kitab ALLAH.
“ Nabi bertanya lagi: “Jika kamu masih tidak temui/ketahui?”
Jawabnya: “Dengan Sunnah Rasulullah.”
Rasulullah bertanya lagi: “Jika tidak kamu dapati juga?”
Jawabnya: “Aku berijtihad dengan fikiranku.”
Lalu Rasulullah telah bersabda: “Alhamdulillah Dia telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang dicintai oleh ALLAH dan RASUL Nya.”

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan dimuka bumi, melainkan sesudah ia melantik seorang dari mereka menjadi ketua”(HR Imam Ahmad)


Dalam senario politik negara hari ini kita tiada pilihan selain demokrasi. Ulama'berijtihad bahawa selagi belum muncul sistem pemerintahan yang lebih baik dari demokrasi, maka kita manfaatkan demokrasi ini untuk sedikit ruang agama ini boleh disampaikan. Kita tidak mencipta demokrasi tapi kita dipaksa berjuang digelanggang demokrasi.
Bila ada ulama berijtihad di bawah hukum 'mengambil kemudaratan yang lebih ringan' ada pula suara-suara yang tidak bersetuju.Sedangkan kita tahu, bukan sesuatu yang mudah untuk ulama-ulama ingin mengeluarkan fatwa mereka ,bahkan bukan mudah para mujtahid ingin mengeluarkan ijtihadnya. Segalanya dilakukan penuh penelitian dan pengkajian dan keputusan yang diambil hasil persepakatan bersama.
Jika sekiranya kita tinggalkan demokrasi dan tinggalkan pilihanraya , apa yang dapat kita jangkakan berlaku pada situasi politik negara ??...atas jangkaan-jangkaan 'kemudaratan' itulah sebab dan musabab untuk meneruskan kerja di gelanggang demokrasi dengan harapan demokrasi acuan Barat ini dapat kami hapuskan dan digantikan dengan Syura InsyaALLAH.

Friday, May 15, 2009

KIAMAT sudah dekat......

Sesungguh tanda-tanda kiamat itu telah jelas dan telah berlaku terang-terangan didepan mata kita.Kita harus mengakui bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam Hadis iaitu sabda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim,Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi .Dan ingatlah sesungguhnya kiamat itu semakin hampir dan tidak mungkin semakin jauh.Hayatilah video ini dan muhasabahlah...........

Wednesday, May 13, 2009

Yusuf Estes terima hidayah dalam satu malam dari Paderi beralih menjadi Pendakwah Muslim.



YUSUF Estes menyifatkan pengislamannya sebagai perkara yang paling berharga dalam hidupnya.



HIDAYAH datang tanpa disangka. Walau sehebat mana sekalipun menangkis, namun atas kehendak Allah s.w.t., maka kita akan menerimanya dengan hati yang reda. Begitulah yang melanda kehidupan seorang paderi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga beliau menerima Islam sebagai pengabadian hidup.

“Ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana pengkhutbah atau paderi boleh memeluk Islam terutamanya setelah mengetahui semua perkara negatif mengenai Islam hampir setiap hari. Bagaimanapun, saya menyifatkan pengislaman ini sebagai perkara yang cukup berharga setelah menerima hidayah Allah s.w.t,” ujarnya yang merupakan paderi tentera di Penjara Awam AS.

Yusuf Estes dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan Kristian di Midwest. Keluarganya bukan sahaja membina gereja dan sekolah tetapi merupakan orang pertama yang meneroka kawasan tersebut. Beliau masih berada di sekolah rendah semasa ditempatkan di Houston, Texas pada 1949.

“Saya selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan kepercayaan Kristian semakin bercambah.

“Pada masa yang sama, saya turut berminat mengkaji agama lain termasuklah Hindu, Yahudi, Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang Amerika. Tetapi entah kenapa, saya tidak mengkaji Islam secara serius berbanding agama-agama tersebut,” ceritanya mengimbas kenangan yang membawanya mengenali agama Islam.

Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat pada agama, sedikit sebanyak membuatkan Yusuf cenderung kepada genre muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama.

Bakatnya itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah gereja dan kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya memiliki studionya sendiri pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di Laurel, Maryland.

Selama 30 tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan yang berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor piano dan organ dari Texas dan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf, bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau tidak menemui ketenangan jiwa.

Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa kepercayaan mengenai agama Islam terkandung di dalam kitab Injil. Baginya, ini adalah sesuatu yang melampau dan di luar dugaan terutama apabila beliau mendapati pembawa kitab Injil yang digunakan untuk mengembara seluruh dunia terlalu membenci Islam.

Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong aktiviti gereja terutama program sekolah di gereja dan ditahbiskan sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya mengenali banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy Swaggart, Jim dan Tammy Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat Robertson.

“Mereka turut menerbitkan kaset puji-pujian dan mengedarkannya secara percuma ke beberapa rumah warga tua dan hospital. Pada 1991 juga, beliau memulakan bisnes dengan seorang lelaki yang berasal dari Mesir. Ayah mahu saya berjumpa dengannya.

“Dalam kepala, saya terbayangkan tentang piramid, Sungai Nil dan segala keindahan yang terdapat di Mesir. Tetapi, setelah ayah memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah Islam, hati saya tersentak. Bagaimana ayah boleh mempercayai individu yang menganut agama yang menyuruh umatnya menjadi pengganas dan pengebom berani mati? Saya tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini hanya kerana dia adalah Muslim!” kata Yusuf.

Bagaimanapun ayahnya tetap memaksa beliau berjumpa dengan lelaki itu yang bernama Mohamed Abel Rehman dengan menyifatkannya seorang lelaki yang baik. Apabila menemuinya, Yusuf amat terkejut kerana penampilan Mohamed jauh meleset daripada sangkaannya.

“Saya selalu mengandaikan bahawa lelaki Islam mestilah berjanggut dan memakai serban di atas kepalanya tetapi penampilannya jauh berbeza. Dia amat ramah dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun begitu, saya berpendapat, dia perlu diselamatkan,” cerita Yusuf mengenai pertemuannya dengan lelaki tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Mohamed, Yusuf mengajukan beberapa soalan berkaitan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mohamed sangat mesra dan tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpendapat, yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.

Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang mahu melakukan urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu dan bercadang mengajaknya untuk mengikuti trip perniagaan ke Texas.

Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya dan bercadang tinggal di masjid buat sementara waktu. Yusuf memohon kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumahnya supaya dapat menguruskan perniagaan dengan lancar.

Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah rakan-rakan paderinya yang menetap sekitar Texas termasuklah salah seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantar sakit itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi rakannya tidak berminat mengenai Islam.

Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi roda dan merupakan teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki tersebut dalam kesunyian dan memerlukan seseorang untuk membantunya.

“Saya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus dan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian, Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke bandarnya dengan selamat. Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

“Selepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan memohon maaf di atas sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan dengan masalah serius beberapa tahun lalu. Kemudian dia ingin membuat pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.

“Saya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi Katolik yang dikenali sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah hidupnya dengan saya semasa menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS dan Mexico.

Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya tinggal bersama kami. Pete turut menceritakan bahawa paderi Katolik turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya memiliki Doktor Falsafah dalam bidang berkenaan,” ceritanya panjang lebar.

Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan mengenai Kristian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik Mohamed kepada agama tersebut. Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun lalu. Mohamed menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat mengikut Mohamed ke masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana. Mereka pulang awal dan Pete memberitahu Yusuf, tidak ada apa yang istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan pulang ke rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan hasrat yang serupa.

“Hari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya setelah lama menunggu saya terdengar ketukan di pintu dan sebaik membukanya, saya terkejut melihat lelaki di sebelah Mohamed yang memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya. Rupanya lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete boleh tertarik kepada Islam,” ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku ke atas Pete.

Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal tersebut. Tambah mengejutkan apabila isterinya turut tertarik dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran yang dicari-carinya sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkan Mohamed dan mengajaknya berbincang di luar.

“Kami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu bagi Mohamed untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang kebenaran sudah tiba akhirnya dan kini adalah masanya untuk saya memainkan peranan.

“Saya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan bersujud di atasnya seperti orang Islam bersembahyang. Saya kemudiannya berdoa, ‘Ya tuhanku, sekiranya engkau ada, berikanlah aku panduan.’ Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik sesuatu. Tiada pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi, saya sedar ada sesuatu telah berubah,” jelasnya. Yusuf kemudiannya naik dan mandi dengan harapan membersihkan diri daripada segala dosa yang membelenggu hidup saya selama ini. Saya seolah-olah memulakan hidup baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.

Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf melafazkan dua kalimah syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed. Malah, isterinya turut mengikut jejak yang sama. Selang beberapa bulan, ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak dapat membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama para jemaah yang lain.

Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada sekolah Kristian kepada sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya adalah orang terakhir dalam keluarga mereka yang melafazkan dua kalimah syahadat.

“Islam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi seperti saya, Pete dan ayah yang selama ini kuat pada pegangan agama Kristian. Hanya dengan keagungan-Nya, kami diberi panduan untuk melihat kebenaran Islam tanpa membutakan mata dan hati masing-masing. Selepas 10 tahun, anak-anak saya juga sudah boleh menghafaz al-Quran dengan baik.

“Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna,” ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim.

AL-Quran Dan AS-Sunnah itu matlamat kami

Wahai saudara-saudaraku Muslimin dan Muslimat ingatlah pesan Rasulullah S.A.W semasa Khutbah terakhir Baginda, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku ".

Al-Quran itu kalam ALLAH S.W.T,Petunjuk bagi insan yang beriman,Diturunkan kepada Nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W ,Al-Quran mengandungi 114 surah,Berkat dan berbahgialah bagi yang membacanya dan mengamalkan isi kandungannya.

Sifat-sifat al-Quran

  • an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

  • al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah Al-Maidah 5:15)

  • al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.(Surah Yunus 10:57)

  • ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57).


As-Sunnah Dan Kepentingannya

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Hidup dan matiku untuk menegakkan agamaMU YaALLAH,Kami bersyukur YaALLAH dilahirkan didalam nikmat Islam YaALLAH,bimbinglah kami serta pimpinlah kami kejalan yang Engkau redhai YaALLAH.Diutuskan kepada kami semulia-mulia manusia yakni Nabi akhir zaman yakni Nabi Muhammad S.A.W Sebesar-besar nikmatMu YaALLAH dijadikan kami Ummat Nabi Muhammad yakni ummat yang terbaik,ummat yang telah dijanjikan menjadi ummat pertama memasuki pintu Syurgamu YaALLAH.Ya Nabi walaupun kami tidak pernah bersua denganmu namun kami sambut perjuanganmu Ya Rasulullah.Semoga hidup dan mati kami berpegang pada pesananmu mendaulatkan AL-Quran dan As-Sunnahmu.

Tuesday, May 12, 2009

Setelah bersinar untuk seketika, Kegelapan Badan Kehakiman muncul kembali

Setelah sinar Badan Kehakiman muncul semalam,hari ini kegelapan muncul kembali dek politikus-politikus UMNO/BN yang memanupulasi Badan Kehakiman sekaligus menafikan hak Rakyat Perak.Tindakan ini memang sudah dijangka memang sudah menjadi resmi puak-puak UMNO/BN menggunakan cara kotor untuk mencapai matlamat.Tiada yang dapat diungkapkan lagi selain berdoa semoga DUN Negeri Perak segera diBUBARKAN!!!
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.Marilah kita Rakyat Perak berdoa dan terus berdoa meminta pertolongan ALLAH.Kebenaran pasti akan datang,cuma masanya sahaja akan ditentukan ALLAH S.W.T..

Monday, May 11, 2009

Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata tentang Syiah

Berikut adalah pemerhatian Dr.Syeikh Al-Qaradawi terhadap puak Syiah.Beliau juga mengeluarkan Fatwa supaya jangan terjadinya penyebaran fahaman Syiah di negara2 yang berfahaman Sunnah supaya tidak berlaku perbalahan.

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan , dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Jom sekalian rakyat perak kita pakat puasa sunat esok

Alhamdulillah serta sujud syukur kepada ALLAH S.W.T terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada datuk Seri IR Hj Nizar Jamaluddin berhubung kes 'Pengesahan MB Perak' yang difailkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri IR Haji Nizar Jamaluddin ,pada jam 3.45ptg sebentar tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim telah membuat keputusan mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau juga menegaskan supaya DS Zamry dan barisan EXCO yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat SUK.Keputusan ini sedikit sebanyak mengembalikan kenyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara. Namun demikian YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur. Sementara itu DSNJ selepas mendengar keputusan hakim beliau bergegas untuk ke Ipoh bagi memohon perkenan Sultan Perak supaya DUN dibubarkan dan hak rakyat dapat dikembalikan di Perak.Marilah kita rakyat Perak sama-sama menadah tangan berdoa kepada ALLAH S.W.T semoga DUN Perak segera dibubarkan.

Friday, May 8, 2009

Doa Rakyat Perak terhadap pencabulan UMNO/BN

"YaALLAH,Pemelihara alam semesta yang melindungi orang-orang yang ketakutan,yang menghinakan al mutakabbirin,Yang membinasakan al-Jaharin(orang yang zalim),terimalah doa kami,perkenankanlah kami,berikan akan hak kami,pulangkan semula kepada kami kemerdekaan kami kebebasan kami."

"YaALLAH Tuhan kami,sesungguhnya mereka yang menyamun kami itu dari puak-puak UMNO/BN telah merampas negeri kami,menyangkal hak-hak kami,mereka telah berlaku zalim dinegeri ini dan banyak membuat kerosakan didalamnya."

"YaALLAH ya Tuhan kami,tangkiskanlah tipu daya mereka dari kami,lenyapkanlah keampuhan mereka,cerai beraikan persatuan mereka(UMNO/BN) tindakkanlah terhadap mereka beserta sesiapa yang menolong mereka,yang berdamai dengan mereka atau yang mengasihi mereka dengan siksaan Maha Perkasa,Maha Kuasa."

"YaALLAH Ya Tuhan kami,Jadikanlah kekalahan itu diatas mereka.Timpahkan malapetaka kepada mereka.Hinakanlah pemerintahan mereka,hapuskan kuasa mereka dari Negeri kami dan janganlah Kamu memberikan jalan bagi mereka diatas seorang Mukminin pun."

Marilah kita sekalian Rakyat Perak mengAMINkan Doa ini semoga ALLAH dan Kekuasaannya memakbulkan Doa kita Rakyat yang dizalimi UMNO/BN.

Rakaman video pencabulan demokrasi yang dilakukan puak UMNO/BN







Inilah sikap -sikap puak UMNO/BN yang mencabuli kuasa rakyat.Jangan pernah mereka fikir rakyat akan berdiam diri kerana dalam kamus hidup rakyat tiada perkataan 'Mengalah' yang ada cumalah 'Perjuangan misti diteruskan sehingga terkuburnya UMNO/BN' Takbir!!!

Kronologi Sidang Dun Negeri Perak

olahan dari YB Idham Lim Cina Islam Blog:
8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi

8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.

9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi. Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi. Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.


10.30 pagi. Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.


10.40 pagi. Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.
Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi. BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi. Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi. Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu
Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi. Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi. Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi. Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tgahari. Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.
Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.


12.35 tghari. Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tghari. Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tghari. Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tghari. Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tghari. Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...
Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tghari. Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....
Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 petang. Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram
Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang. Kecoh Hampir ke Kemuncaknya
Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang
Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker.
Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang. BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang. Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!
ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker
Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?
Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang. Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin
Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang. Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang. Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang. Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang. Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.

Keadilan yang telah terkubur di Perak...

Semalam telah berlangsungnya Sidang Dun Negeri perak yang dinantikan seleruh rakyat negeri Perak .Namun Sidang DUN itu telah dicemari pencabulan kuasa oleh pihak BN apabila mereka mengingkari arahan Speaker Sivakumar supaya MB haram dan ADUN yang dikehendakinya keluar dari dewan persidangan.Namun arahan speaker sivakumar langsung tidak diendahkan malahan MB haram(Zamry) telah membuat usul agar speaker sivakumar yang sah dipecat.Mereka kemudiannya melantik secara haram Speaker yang baru(Ganesan).Begitu pencabulan terhadap Demokrasi yang dilakukan pihak BN.Hari ini termaktublah dalam sejarah negara terjadinya 'Sidang DUN paling kotor abad ini'.Inilah titik hitam dalam sejarah persidangan DUN,bagaimana satu pencabulan hak telah dilakukan terang-terangan.Mereka memperkotak-katikkan Kerajaan Pakatan Rakyat yakni kerajaan pilihan rakyat.Mereka mencabar kuasa rakyat.Rakyat Perak tidak sama sekali akan berdiam diri dan redha apalagi membiarkan kerajaan haram BN terus mencabuli Demokrasi.Laungan Takbir!!Reformasi!!Makkal Sakthi!! akan terus bergema tanpa henti.Dan ingatlah wahai BN bahawa ALLAH akan membalas perbuatan kotor kamu,ingat disuatu masa dikala pagi mahupun petang pembalasan akan datang kerana doa-doa rakyat Perak yang dizalimi InsyaALLAH akan dimakbulkan.Dan ingatlah kejahatan akan dibalas kejahatan..Takbir!!!!Untuk gambar-gambar apa yang telah berlaku sekitar Sidang Dun Negeri Perak sila klik disini

Thursday, May 7, 2009

Al-Quds milik kita?



Sampai bila kita hanya mampu melihat kezaliman terhadap saudara kita disana,Wanita dan anak-anak kecil diperlakukan seperti binatang sembelihan.Para pemuda dan pemudi gugur mempertahankan kota suci.Adakah AL-Quds hanya milik mereka dan bukan semua ummat Islam?Apakah kita sanggup melihat peristiwa hitam sabra&syatilla berulang?Kita disini tidak mampu melakukan apa-apa?Bahkan memboikot pun kita tidak mampu,kita masih mampu ketawa menjamah makanan istimewa hidangan KFC ataupun Mcdonald..tanpa sedikit pun kekesalan dimuka kita....Hakikatnya duit hasil keuntungan produk-produk Yahudi dan sekutunya Amerika akhirnya menjadi peluru-peluru yang akan menjamah tubuh-tubuh saudara kita di Palestin....Fikirkanlah...Jika kita masih tidak merasakan apa-apa disaat kita menjamah makanan itu,berhentilah menjadi manusia...mungkin keras untuk diterima tapi itulah kenyataannya...

Tuesday, May 5, 2009

Harun Yahya berjuang dalam penulisan

Harun Yahya


Adnan Oktar dikenal sebagai seorang penulis dengan nama pena “Harun Yahya”. Beliau adalah seorang ‘alim yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk berdakwah tentang keberadaan dan keesaan Allah dan keluhuran akhlaq Al Qur’an kepada masyarakat. Berawal ketika masih duduk di bangku universitas, beliau telah menggunakan setiap saat dalam hidupnya demi dakwah ini dan tidak pernah takut berhadapan dengan segala kesulitan yang merintangi jalan. Hingga kini, beliau tetap berdiri kokoh, tegar dan sabar dalam menghadapi segala tekanan dan fitnahan. Di bawah ini adalah sedikit dari perjalanan hidup Adnan Oktar, yan g juga dikenal dengan nama pena Harun Yahya.

Adnan Oktar dilahirkan pada tahun 1956 di Ankara dan dibesarkan di kota ini hingga lulus SMU. Komitment beliau terhadap Islam tumbuh semakin kuat ketika beliau duduk di bangku SMU. Pada periode ini, pengetahuan yang mendalam tentang Islam beliau dapatkan dari membaca berbagai buku-buku agama. Di samping itu, beliau juga memperoleh pemahaman tentang fakta-fakta penting lain yang kemudian beliau beritahukan kepada orang-orang di sekitarnya. Pada tahun 1979, Adnan Oktar pindah ke Istanbul untuk menuntut ilmu di Universitas Mimar Sinan. Di masa inilah beliau mulai melaksanakan misi dakwah, menyeru manusia kepada akhlaq yang baik dan memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar.

Adnan Oktar memusatkan usahanya dalam membuktikan kebohongan serta ancaman yang terselubung dari teori evolusi tersebut. Kerana teori evolusi disebarkan dengan jalur ilmiah, beliau berpendapat bahwa sains merupakan sarana yang paling tepat untuk membongkar kepalsuan dari dasar berpijak teori buatan ini. Beliau mempersiapkan sebuah buku berjudul “Teori Evolusi”, sebuah rangkuman dari penelitian dan pengkajian beliau yang dalam tentang teori evolusi. Beliau menanggung sendiri semua biaya yang dikeluarkan untuk pencetakan dan penggandaan buku tersebut dari uang hasi penjualan beberapa harta warisan yang beliau terima dari keluarganya. Kemudian beliau membagi-bagikan buku-buku tersebut secara gratis kepada para mahasiswa dan mendiskusikannya dengan siapapun yang ditemuinya. Buku ini memuat ulasan yang sangat lengkap yang membuktikan bahwa teori evolusi adalah sebuah kebohongan yang tidak logis dan tidak memiliki nilai ilmiah sama sekali. Setiap orang yang berdiskusi dengan beliau dapat dengan jelas memahami bahwa teori evolusi tidak memiliki kebenaran ilmiah sedikitpun. Sehingga seseorang dapat dengan mudah memahami fakta bahwa tak satu makhluk hidup pun yang dapat muncul di dunia ini secara kebetulan kecuali dengan kehendak Allah. Namun sebagian mahasiswa yang taklid secara buta terhadap pemikiran materialisme, kendatipun telah mengetahui kebenaran, secara terang-terangan menyatakan pengingkaran mereka. Beberapa diantara mereka sampai berani mengatakan: ”Bahkan seandainya saya melihat Allah dengan mata kepala saya sendiri, saya akan tetap berperang melawan-Nya.

Lebih dari itu, beberapa mahasiswa militan di universitas tersebut secara terang-terangan mengancam Adnan Oktar dengan mengatakan bahwa nyawa beliau dalam bahaya jika beliau tidak mau berhenti dari aktifitasnya. Namun semua tekanan dan ancaman ini hanyalah membuat tekad Adnan Oktar semakin kuat dan kokoh. Reaksi yang keras dan kekhawatiran dari kaum materialis dan atheis adalah bukti yang nyata bahwa Adnan Oktar berada pada pihak yang benar. Di universitas yang didominasi oleh kaum Marxis, dimana sering terjadi perbuatan anarki, setiap hari puluhan orang mati terbunuh. Dalam kondisi yang demikian, beliau secara terbuka mendakwahkan tentang keberadaan dan keesaan Allah serta kemuliaan Al Qur’an. Di sebuah institusi pendidikan dimana orang-orang menyembunyikan keimanan mereka, beliau secara rutin datang ke masjid Molla dan melakukan sholat tanpa mengindahkan semua tanggapan dan ancaman yang ditujukan kepadanya. Untuk maklumat lanjut tentang Harun Yahya sila klik disini (pelbagai cerita termasuk pendedahan beliau tentang kaitan Freemason dengan Zionisme)

Innity