Tuesday, May 19, 2009

Ijtihad dalam berdemokrasi..

Sehingga kehari ini umat islam diseluruh dunia masih lagi tidak bersependapat tentang keperluan untuk menjalankan Demokrasi.Sesetengah dari kalangan umat islam berpendapat Demokrasi adalah haram kerana ianya adalah sistem yang dibawa oleh golongan kufar.Namun kebanyakan dari umat islam pula telah bersepakat untuk menjadikan Demokrasi sebagai landasan untuk menegakkan hak-hak ALLAH S.W.T berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Keputusan ini dilakukan melalui ijmak.Ijmak ialah hasil ijtihad majoriti Ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya/hukumnya sama ada didalam Al-Quran ataupun As-Sunnah.Apabila suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti Ulama yang Muktabar,maka ia diterima sebagai Ijmak.Kesahihan Ijmak sebagai sumber ketiga pemerintahan Islam diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W yang terkandung didalam dialog Baginda dengan Muaz bin jabal yang telah dilantik sebagai Gabenor Yaman.
Baginda bertanya kepada Muaz bin jabal:
“Dengan apakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara?”
Jawabnya: “Dengan Kitab ALLAH.
“ Nabi bertanya lagi: “Jika kamu masih tidak temui/ketahui?”
Jawabnya: “Dengan Sunnah Rasulullah.”
Rasulullah bertanya lagi: “Jika tidak kamu dapati juga?”
Jawabnya: “Aku berijtihad dengan fikiranku.”
Lalu Rasulullah telah bersabda: “Alhamdulillah Dia telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang dicintai oleh ALLAH dan RASUL Nya.”

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan dimuka bumi, melainkan sesudah ia melantik seorang dari mereka menjadi ketua”(HR Imam Ahmad)


Dalam senario politik negara hari ini kita tiada pilihan selain demokrasi. Ulama'berijtihad bahawa selagi belum muncul sistem pemerintahan yang lebih baik dari demokrasi, maka kita manfaatkan demokrasi ini untuk sedikit ruang agama ini boleh disampaikan. Kita tidak mencipta demokrasi tapi kita dipaksa berjuang digelanggang demokrasi.
Bila ada ulama berijtihad di bawah hukum 'mengambil kemudaratan yang lebih ringan' ada pula suara-suara yang tidak bersetuju.Sedangkan kita tahu, bukan sesuatu yang mudah untuk ulama-ulama ingin mengeluarkan fatwa mereka ,bahkan bukan mudah para mujtahid ingin mengeluarkan ijtihadnya. Segalanya dilakukan penuh penelitian dan pengkajian dan keputusan yang diambil hasil persepakatan bersama.
Jika sekiranya kita tinggalkan demokrasi dan tinggalkan pilihanraya , apa yang dapat kita jangkakan berlaku pada situasi politik negara ??...atas jangkaan-jangkaan 'kemudaratan' itulah sebab dan musabab untuk meneruskan kerja di gelanggang demokrasi dengan harapan demokrasi acuan Barat ini dapat kami hapuskan dan digantikan dengan Syura InsyaALLAH.

No comments: