Thursday, May 21, 2009

Sudah-sudahlah UMNO..

Nasihat ini ditujukan kepada ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO

Sudah-sudahlah UMNO begitu banyak kemungkaran yang telah kamu lakukan.Lihatlah bagaimana kamu telah membunuh keadilan dan demokrasi dinegeri tanah tumpahnya darahku Perak Darul Ridzuan yang tercinta.Lupakah kamu pada Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An Nisa' :58)

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. " (Surah An Nahl :90)

Tidak cukup dengan itu kamu lakukan pula Rasuah/Politik wang,mungkin kamu terlupa dengan apa yang terkandung didalam Hadis Nabi Junjungan kita Muhammad Rasulullah yang telah bermaksud:
"Rasulullah melaknat orang yang memberi rasuah,yang menerima dan menjadi perantara"

Tidak cukup dengan itu pemimpin-pemimpin kamu turut mengambil hasil dari penjualan arak dan aktiviti perjudian melalui lesen-lesen dan cukai-cukai,mungkin juga mereka masih terlupa dengan Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. " (Surah Al-Mai'dah :90)

10 golongan yang dibenci Rasulullah berkaitan dengan Arak:
1.Orang yang memerah buahnya
2.Orang yang meminta diperahkan arak untuknya
3.Orang yang membantunya
4.Orang yang membawanya(pengedar)
5.Orang yang dihantar kepadanya(Pemesan)
6.Orang yang menjualnya
7.Orang yang makan harganya
8.Orang yang membeli dan
9.Orang yang dibeli untuknya
10.Orang yang mendapat hasil daripada penjualan arak.
ya siapakah pihak yang ke-10 ini...renung-renungkan.....

Tidak cukup dengan semua ini mereka telah menghalalkan Riba dan mungkin mereka tidak pernah mendengar Sabda Nabi S.A.W:
"Jual beli emas dengan emas,perak dengan perak,gandum dengan gandum,sekoi dengan sekoi,buah kurma dengan buah kurma dan garam dengan garam hendaklah sama timbangan atau sukatan dan tukar menukar dalam masa yang sama.Jika sekiranya berlainan bahan-bahan ini bolehlah kamu jual sebagaimana yang kamu suka dengan syarat penukaran dimasa sama"
(HR Imam Ahmad dan Muslim)

Dan lihatlah bagaimana mereka mengalakkan perbuatan keji seperti zina dan maksiat dengan membenarkan konsert-konsert yang melalaikan program-program TV yang mengajak anak-anak kita menghampiri zina kerana mungkin mereka tidak jumpa ayat ini didalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " (Surah Al-Isra' :32)

Cukuplah muhasabahlah renungkan kembali kenyataan-kenyataan ini.Ingatlah Azab dan Bala ALLAH yang akan kita terima jika kita terus menyokong puak-puak yang ingin mengundang kemurkaan ALLAH kerana apabila datang azab ALLAH ia tidak mengenal sama ada orng itu baik atau tidak maka marilah kita sama-sama 'mencegah kemungkaran' dengan tidak menyokong puak-puak yang akan mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T yakni UMNO/BN....

Pilihan terletak ditangan kamu sama ada memilih Parti yang ingin menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata untuk mendapatkan Redha ALLAH.PAS berpegang teguh kepada dasar parti itu yakni mendukung Al-Quran dan As-Sunnah untuk pemerintahan yang lebih adil dan saksama kerana PAS yakin kepada Firman ALLAH S.W.T:
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7).

Renung-renungkan......

No comments: