Wednesday, April 8, 2009

Ibn-ul-Khattab Komander Jihad persis Khalid Bin Walid





Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab nama sebenar beliau ialah Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem. Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987. 1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989)dan Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988.



Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali.

Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba.Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahideen. Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya.Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah.Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995. Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut.Namun beliau tersentak apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan:

“Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbeer, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana.” kata beliau.Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam. Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997 dan kini, 1999). Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral.

Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan berkata,"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.” Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung]. Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh.Anda boleh melihat banyak video beliau dalam You Tube dengan hanya menaip nama beliau.

Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan.

Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur.

Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata:

“Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?”



Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata,"Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain.”

Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'terrorist' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu janda dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'.

Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan. 20 tahun kemudian, tiada lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula oleh para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut - mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20 ini.

No comments: