Thursday, April 9, 2009

Syeikh Muhammad Abduh Reformis Islam yang ulung


(1849-1905)


Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh . Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.

Syeikh Muhammad Abduh telah belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil. Selepas itu, beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr dan Syeikh Darwish.

Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu, termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil.

Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam.

Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi . Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

Syeikh Muhammad Abduh memiliki sifat keperibadian yang tinggi. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. Beliau juga berani kebencian bangsa Mesir terhadap tentera Inggeris kepada tokoh-tokoh Inggeris semasa mengunjungi London pada tahun 1881. Beliau juga mendesak agar segera keluar dari bumi Mesir kerana Islam ditegah memberi ketaatan kepada yang lain daripada Islam.

Walaupun Syeikh Muhammad Abduh seorang yang tegas, namun di sebalik ketegasannya itu, ada sifat penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah al-Khairiah al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan.

Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Di samping itu, Syeikh Muhammad Abduh meruapakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika itu.

Aliran pemikiran serta perjuangan

Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya.

Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut:

* Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'ma atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.
* Integrasi ilmu: Syeikh Muhammad Abduh mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti al-Azhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama. Beliau mengkritik dengan katanya:

"Aku sangka pengajian seperti ini hanya berlaku di Tanta sahaja, tetapi juga berlaku di al-Azhar. Aku dapati 95 peratus daripada pelajarnya tidak dapat bertahan lebih lama dengan corak pengajaran seperti ini. Para guru mengajar apa yang dia faham ilmu itu tanpa mengira kemampuan pemahaman seseorang pelajar. Mereka menyangka pelajar telah faham, sedangkan sebenarnya mereka tidak faham."

Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

* Kecekapan pentadbiran: Ketika Syeikh Muhammad Abduh bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah.


Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan

* Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu.
* Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.
* Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasfi (jumud).
* Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin.
* Kadar gaji guru yang rendah.

Kaedah Islah

Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

* melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti al-Azhar;
* melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyyah dan al-Ahram
* melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid , Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih , dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah.
* melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

* mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra,geografi,sejarah&seni khat;
* mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;
* mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;
* menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;
* memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.Walaupun sudah lama beliau meninggalkan kita namun jasanya kepada dunia Islam tidak pernah padam dan beliau akan tetap dikenang sebagai seorang Reformis ulung didalam dunia Islam.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

* Riasalah at-Tauhid
* Tafsir Juz' 'Amma
* Tafsir Surah al-'Asr
* Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani
* Syarh Nahji al-Balaghah
* Syarh Maqamat al-Badi'
* at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah
* al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih
* al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Pengaruh Syeikh Muhammad Abduh kepada pergerakan Ikhwan Muslimin dan Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bermula dari pengaruh beliau dan gurunya Sayyid Jamaluddin Al-Afghani wujudnya pergerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Bana yang banyak terpengaruh dengan konsep Pan Islamic yang diasaskan mereka juga perjuangan mereka menentang penjajahan Barat kerana mereka sedar bahaya penjajahan Barat terhadap umat Islam pada ketika itu.Usaha ini yang kemudiannya diwarisi pula kepada anak murid Muhammad Abduh iaitu Muhammad Rashid Reda kemudian tersebarlah pengaruh kebangkitan islam dan tertubuhlah sebuah pergerakan Islam Ikhwan Muslimin yang mencetuskan fenomena kebangkitan pergerakan Islamiyah diseluruh dunia yang menentang penjajahan Barat serta pembaikkan akidah umat Islam termasuk di Malaysia sendiri menerusi pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Timur Tengah khursusnya di Al-Azhar Mesir.Menerusi siri-siri tarbiyah secara terus dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslim seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Bana dan Sayyid Qutb yang kedua-duanya Syahid kerana tentangan penjajah dan pemimpin sekular Mesir.Apabila sekembalinya pelajar-pelajar ini ke malaysia,mereka pula menyebarkan pengaruh Ikhwan Muslim menerusi pergerakan-pergerakan seperti Parti Islam Semalaysia(PAS) dan Angkatan Belia Islam(ABIM).Pas yang kini diterajui Tn.Guru.Abdul Hadi Awang yang juga mendapat pengaruh terus dari Ikhwan Muslimin semasa belajar di Timur Tengah.TG Abdul Hadi adalah tokoh reformasi di dalam Parti Islam itu. Sewaktu menuntut ilmu di Timur Tengah dahulu (Universiti Islam Madinah dan Universiti Al-Azhar), TGAH mendapat didikan terus dari tokoh-tokoh besar Ikhwan antaranya Mustafa Masyhur, Fathi Yakan, Said Hawa.TGAH juga diamanahkan sebagai mas'ul kepada sayap pemuda Ikhwan di sana. Karisma dan ketokohan TGAH sememangnya disedari oleh kepemimpinan Ikhwan lantas beliau diangkat memegang peranan penting dalam organisasi Ikhwan di Timur Tengah. Saling tak tumpah seperti ayahandanya, Tuan Guru Awang yang juga tokoh Ikhwan Muslimin di rantau Nusantara.Kini PAS telah menjadi parti politik islam yang terbesar di Malaysia.PAS amat menekankan konsep tarbiyah kepada ahli-ahlinya seperti Ikhwan Muslimin.

5 comments:

Anonymous said...

Banyak lagi kisah Abduh ning yang tak diterang dengan jelas. Mungkin sebab artikel ini jenis cut-n-paste. Kisah dia jadi ahli freemason, kisah dia berkawan dengan ejen Foreign Affairs British Wilfred Blunt, kisah dia dilantik oleh Lord Cromer sebagai mufti, kisah dia berpakat dengan aliran teosofi dan lain-lain lagi.

Jadi, artikel ni berat sebelah. Sesuai untuk bacaan buku teks untuk lulus pengajian sekolah sekular.

Abduh adalah musuh Allah, Nabi dan Agamanya. Dia adalah antara dajjal-dajjal kecil makhluk perosak Khilafah.

TokPakir

Na'im Nikmat said...

YaALLAH apalah dosa beliau sehingga kamu sanggup berkata begitu,bagi sy beliau adalah perjuang,beliau telah diusir dari Mesir semata-mata Revolusi Urabi untuk menentang penjajah dan sekularisme.Mengapa pula beliau dihalau jikalau beliau adalah seorang sekular.Berfikirlah sebelum berkata-kata,janganlah sempitkan fikiran.Kenalilah siapa sebenarnya musuh Islam dan siapa perjuang Islam..

Briged Akhdor LR2 said...

Sumber dari mana saudara korban-demokrasi membuat tohmahan2 yg samasekali tidak berasas ni..banyak jasa beliau dalam memantapkan lagi kaedah pembelajaran di al-azhar dan sebagainya.selain itu buku2 yang beliau karang banyak manfaatnya .Kesimpulannya tohmahan yang diberikan kepda muhd Abduh amat tidak bertanggungjawab..

bal said...

Setuju dengan Korban Demokrasi.

To believe totally that Syeikh Muhammad Abduh is a freemason is stupid. But to ignore the fact is twice as stupid.

Na'im Nikmat, sila banyakkan pembacaan anda.

Anonymous said...

Saye mmbuat kajian ttg syikh muhammad abduh...smg kajian ini dpt mmbuka minda ttg syeikhh muhammad abduh ni...trime ksh atas penulisan d atas...sgt nenarik....