Sunday, April 12, 2009

Islam yang bagaimana UMNO mahukan?

Islam yang bagaimana UMNO mahukan?
UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO mengubah Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat dengan hukuman kufur yang diberikan oleh Lord Reid seorang kufar

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari

4.ALLAH mengharamkan JUDI namun UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka

5.ALLAH mengharamkan Arak namun UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam

6.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang

Jadi Islam yang bagaimana yang mereka mahukan?Apakah mereka lupa pada Sabda Nabi S.A.W "Aku tinggalkan kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh pada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selamanya,dua perkara ini ialah AL-Quran dan AS-Sunnah" namun adakah UMNO berpegang pada kedua-dua ini AL-Quran dan As-Sunnah?Anda sendiri tahu jawapannya........

2 comments:

Hamba Ilahi said...

salam.secara jujurnya saya juga masih jauh dalam pencarian cinta ILAHI. namun apa yang saya faham Malaysia bukan negara Islam tetapi negara untuk orang Islam. papun salam ukhwah
insaf dengan keadaaan negara.moga kepimpinan yang baru dapat mencatur ISLAM dengan sebaiknya.amin
salam ukhwah u penulis blog...

Briged Akhdor LR2 said...

dah 52 tahun Bn perintah tapi islam semakin cacamarba dibuatnye .baru2 nie kes llulus lesen judi ,dah jelas judi haram ditambah lak lg 10 lesen judi baru yg diluluskan olh najib .tp mufti tak tegur pun .