Friday, May 8, 2009
Keadilan yang telah terkubur di Perak...
Semalam telah berlangsungnya Sidang Dun Negeri perak yang dinantikan seleruh rakyat negeri Perak .Namun Sidang DUN itu telah dicemari pencabulan kuasa oleh pihak BN apabila mereka mengingkari arahan Speaker Sivakumar supaya MB haram dan ADUN yang dikehendakinya keluar dari dewan persidangan.Namun arahan speaker sivakumar langsung tidak diendahkan malahan MB haram(Zamry) telah membuat usul agar speaker sivakumar yang sah dipecat.Mereka kemudiannya melantik secara haram Speaker yang baru(Ganesan).Begitu pencabulan terhadap Demokrasi yang dilakukan pihak BN.Hari ini termaktublah dalam sejarah negara terjadinya 'Sidang DUN paling kotor abad ini'.Inilah titik hitam dalam sejarah persidangan DUN,bagaimana satu pencabulan hak telah dilakukan terang-terangan.Mereka memperkotak-katikkan Kerajaan Pakatan Rakyat yakni kerajaan pilihan rakyat.Mereka mencabar kuasa rakyat.Rakyat Perak tidak sama sekali akan berdiam diri dan redha apalagi membiarkan kerajaan haram BN terus mencabuli Demokrasi.Laungan Takbir!!Reformasi!!Makkal Sakthi!! akan terus bergema tanpa henti.Dan ingatlah wahai BN bahawa ALLAH akan membalas perbuatan kotor kamu,ingat disuatu masa dikala pagi mahupun petang pembalasan akan datang kerana doa-doa rakyat Perak yang dizalimi InsyaALLAH akan dimakbulkan.Dan ingatlah kejahatan akan dibalas kejahatan..Takbir!!!!Untuk gambar-gambar apa yang telah berlaku sekitar Sidang Dun Negeri Perak sila klik disini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya bersama sekalian rakyat Perak dan seluruh pencinta keadilan mengutuk dengan sekerasnya segala tindakan kerajaan pemberontak UMNO/BN yang jelas biadab lagi mencemarkan nilai-nilai murni rakyat Malaysia.
Buat rakyat Perak, jangan sekali-kali dilupakan sejarah hitam ini. Sematkan di hati keazaman untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Biar mereka faham dalam sebuah negara demokrasi, kuasa sebenar adalah kuasa rakyat. Kita humban,mereka jauh di dasar Tasik Banding dan jangan biar mereka timbul lagi untuk membuat kacau. Sekiranya ada janji-janji manis dihamburkan, ingatlah itu semua penuh dengan kepalsuan semata-mata mahu memikat simpati rakyat.
Pemberontak UMNO/BN terbukti jahat. Menyokong mereka sama seperti menyokong kejahatan yang telah dan bakal mereka lakukan. Kaedah usul fiqh ada menyebut, “ar-ridha bi syai-in ridha bima yatawalladu minhu” yang bermaksud, meredai sesuatu bererti meredai hal-hal yang berlaku kerananya.
Tolak UMNO/BN. Selamatkan demokrasi. Kembalikan keamanan dan kesejahteraan.
Post a Comment