Nuffnang

Innity

Innity

Tuesday, May 31, 2011

Berus Bulu Babi Mungkin Anda Pernah Menggunakannya Atau Sedang Menggunakannya...

Bila saya berjalan di kedai-kedai atau dekat pasar malam, saya selalu terpandang banyak kedai menjual alat kosmetik yang murah-murah, tapi brand entah apa-apa la kan. Saya pun terfikir, selamat ke alat makeup ni semua?? Then halal ke produk kosmetik yang dijual tu? Untuk info, kebanyakkan kosmetik yang murah dijual di pasar malam atau kedai yang dijual di pasaran adalah diimport dari negara China. Kebanyakkan tidak selamat digunakan dan tidak mendapat sijil pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan dan JAKIM. Tapi naik hairan saya dengan orang Malaysia ni, ramai yang tak kisah. Beli saja asalkan menarik dan murah. Halal haram letak tepi asalkan boleh bercantik-cantik.




Bukan saja produk kosmetik murahan saja, yang branded pun belum tentu status halalnya. Bayangkan kita pakai produk yang dibuat daripada babi dan dibawa semasa kita bersolat, adakah sola kita diterima? Sebab itu lah, muslimah pada hari ini perlu ambil tahu tentang hal ini. Kita mungkin susah nak mengesan produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya, tapi ada satu benda kita dapat tahu sama ada dibuat dari bulu babi atau tak iaitu berus makeup (make up brush) yang selalu orang buat sapu blussher dan juga dust powder.



Banyak berus kegunaan domestik adalah dibuat daripada bulu babi. Ramai yang lebih gemar menggunakan berus bulu kerana kerana lebih lembut, bedak lebih melekat dan hasil makeupnya cantik berbanding menggunakan berus sintetik. Macam mana nak tahu berus makeup dibuat daripada bulu atau sintetik?? Caranya adalah dengan membakar bulu berus tersebut. Jika tak ada bau, maka berus tersebut dibuat daripada sentetik. Tapi kalau bau yang dihasilkan seperti rambut atau daging terbakar, maka perlulah berhati-hati kerana kemungkinan bulu itu adalah bulu babi.


Walaupun tak semua berus makeup diperbuat daripada bulu babi kerana ada juga dibuat daripada bulu binatang lain seperti kambing dan kuda, namun jika difikir logik berus yang murah yang dijual lambak di pasaran adakah dibuat daripada bulu kuda yang mahal? Semestinya pengilang menggunakan bulu babi yang murah, lebih menguntungkan dan mudah didapati.


Bukan berus makeup sahaja, banyak berus lagi kebanyakkannya diperbuat daripada bulu binatang haram ni. Saya dapat info di bawah ni di satu laman web.




Berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan adalah haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek.
Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.





Namun masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal, tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam. Apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual. Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang digunakan.



Berus lukisan pun ada yang dibuat daripada bulu babi..
Berus gigi pun....
Berus sabut tak ada kes lagi setakat ni....dah nama pun sabut...

Jadi, umat Islam hari ni perlu hati-hati dalam hal kepenggunaan....Sumber

Tuan Kedai Ini Di Hukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedainya.



Dihukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedai

Kes yang menjadi buah mulut di Amerika kini

Di USA setiap rakyat mempunyai hak untuk mempunyai senjata. Malangnya ada manusia yang menyalah gunakan hak asasi mereka untuk merompak sesuka hati dengan menggunakan senjata milik mereka. Di Oklahoma City Texas berlaku sebuah kes yang unik dan membawa kepada perubahan didalam undang-undang negeri. Pada tahun 2009 dua orang remaja bawah umur merompak sebuah kedai milik Jerome Ersland (59) tahun. Antwun Parker (16) bersama temannya yang pada ketika itu berumur 14 tahun menggunakan pistol untuk merompak farmasi milik Jerome. Jerome tidak kaget bila pistol diacukan kearahnya kerana beliau sendiri mempunyai sepucuk pistol. Dengan sepantas kilat Jerome menembak Antwun dan temannya. Antwun yang tidak bersenjata ditembak di kepala oleh Jerome. Rakan beliau yang memegang pistol panik dan melarikan diri. Jerome Ersland yang mengamuk dirompak mengejar rakan Antwun tetapi beliau berjaya melarikan diri.

Kerana emosi yang melampau Jerome masuk kembali kedalam kedai untuk mendapatkan sepucuk lagi pistol miliknya sebelum menembak Antwun Parker sebanyak 5 kali bagi di bahagian perut memastikan si perompak mati katak disitu juga. Pihak tertuduh mendakwa Jerome mempunyai hak menembak Antwun keran wujudnya CASTLE LAW. Di Amerika Syarikat 20 negerinya mengamalkan Castle Law yang membenarkan tuan punya hartanah menggunakan leathel force bile mempertahankan diri didalam hartanah milik mereka. Jika si penceroboh mati tuan punya tanah tidak akan dihadapkan ke mahkamah.


Kes Jerome Ersland menembak Antwun Parket ini unik kerana rakaman CCTV menunjukkan Eastland menembak Antwun walaupun beliau sudahpun cedera tidak sedarkan diri ditembak. Ini dilihat oleh pihak pendakwa raya sebagai bukan "mempertahankan diri" tetapi "membunuh". Pihak juri mendapati Jerome bersalah atas kesalahan membunuh darjah pertama dan beliau akan dipenjarakan seumur hidup. Kes ini menyebabkan hubungan kaum antara orang kulit putih dan hitam di Oklahoma City tegang. Ada yang mengatakan Jerome Ersland bersalah kerana membunuh dan beliau sebenarnya seorang rasis anti orang kulit hitam. Penyokong Jerome pula berkata beliau tidak seharusnya dihukum kerana beliau yang menjadi mangsa pada awalnya. Tindakan membunuh Jerome sepatutnya adalah terdetik dari perasaan marah melampau dan bukannya rasis.


Hasil dari kes ini beberapa orang senator cuba mewujudkan Akta Jerome Ersland bagi memakstikan jika berlaku lagi kes membunuh perompak oleh tuan punya hartanah, si tuan punya tidak boleh dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu Cleta Jennings, ibu kepada Antwun Parker akan menyaman Jerome Ersland kerana membunuh anaknya. Beliau mahu menyaman Jerome atas kesalahan wrongful death. Di samping itu Cleta juga mengatakan anaknya seorang hero.Ahli keluarga perompak boleh menyaman si mangsa kerana membunuh ketika dirompak!

N'N:Kalau dah berani merompak maka beranilah mati, tapi berbeza di Amerika hanya di Amerika sahaja ahli keluarga perompak boleh menyaman orang yang dirompak, pelik......

Sumber

Selama 50 Tahun Lebih Berkuasa UMNO Gagal Bendung Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Melayu,Kenapa Melayu Terus Jadi Hamba Dadah?

http://sawitsan.files.wordpress.com/2010/02/addiction.jpg

KES penyalahgunaan dadah di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Sehinggakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini, melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam. Hakim Datuk Abd Rahim Uda menegaskan orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

“Masalahnya kita orang Islam, tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya,” katanya ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang.

Apa yang diluahkan Hakim Abd Rahim seharusnya mendapat perhatian serius seluruh masyarakat Melayu. Malah, kita patut berasa bimbang kerana berdasarkan perangkaan, remaja dan belia Melayu adalah golongan paling ramai terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Mengikut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK), etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009

Menurut statistik Bukit Aman pula, 222 rakyat Malaysia berketurunan Melayu kini ditahan di penjara luar negara kerana kesalahan dadah sama ada dijadikan keldai dadah atau secara sedar. Dari sini, timbul persoalan mengapa orang Melayu mudah terpengaruh dan terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah? Dalam perbualan dengan Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Fathi, beliau mengemukakan beberapa faktor, termasuk berkait dengan soal budaya, perilaku, latar belakang keluarga dan tempat tinggal, pendidikan serta pengaruh luar.

“Taraf pendidikan orang Melayu pula secara umumnya masih rendah dan yang terbabit dalam dadah kebanyakannya daripada keluarga miskin. Selain itu, sistem kekeluargaan yang dulunya kuat, kini semakin rapuh menyebabkan anak terbiar dan tidak diberi perhatian,” katanya yang pernah menjadi penagih sebelum mengasaskan Pengasih – badan yang dianggotai bekas penagih dadah.

Sememangnya mengikut statistik ADK, majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu menunjukkan 8,492 orang (78.40 peratus) adalah mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap pendidikan tamat Tingkatan Tiga, iaitu mempunyai sijil LCE/SRP/PMR. Bilangan penagih tertinggi juga dikesan pada mereka yang mempunyai sijil pada peringkat LCE/SRP/PMR, iaitu seramai 4,069 orang (37.56 peratus).

Persoalannya, kenapa kes penyalahgunaan dadah terus meningkat sedangkan banyak program dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang gejala ini? Malah, pelbagai undang-undang digubal dan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan dadah, termasuk hukuman mati mandatori. Penguatkuasaan juga diperhebatkan dan mengikut statistik, rampasan beberapa jenis dadah, seperti heroin, ecstasy, candu dan kokain menunjukkan peningkatan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu. Namun, di sebalik kejayaan ini, isu dadah terus menghantui kita. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.

“Kita semua berisiko dan yang tidak mempunyai kekuatan diri lebih berisiko tinggi untuk mudah terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Sebab itu, kempen kena bermula dari rumah dengan menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak mengenai bahaya dadah. Kita juga kena banyakkan aktiviti bagi meningkatkan jati diri serta pembangunan intelektual dan rohaniah anak. Malah, mengikut satu kajian, anak yang selalu bersukan bersama ibu bapa didapati jarang terbabit dalam dadah. Peranan pertubuhan komuniti seperti PIBG, JKK kampung, jawatankuasa kariah surau atau masjid juga penting bagi membantu memerangi gejala dadah,” katanya.

Mesej ini sepatutnya membuka mata seluruh masyarakat agar bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kes penyalahgunaan dadah. Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan dadah ini serius, tetapi ramai yang cuma mengeluh, tetapi tidak membantu. Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan saja apa yang berlaku di sekeliling kita.

Mungkin ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan masalah mereka atau tidak membabitkan anak atau ahli keluarga mereka. Barangkali ramai juga tahu anak jiran kita mengambil dadah, tetapi kita buat tak tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang lain. Ini bukan soal hendak jaga tepi kain orang, tetapi membabitkan masa depan generasi kita. Bersamalah membanteras dadah

Sumber

Perogol Akan Fikir 10 Kali sebelum Mahu Merogol Wanita Yang Potong Kemaluan Lelaki yang Cuba Merogolnya..

AFP menyiarkan berita seorang wanita berusia 40 tahun di Dhaka bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti, kata polis dalam satu kenyataan.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Minyak Naik , Tarif Elektrik Naik, Ini Cara Jimat Untuk Luruskan Rambut Tanpa Pergi Ke Salon..


Lelaki Ini Beruntung!! Menikah Dengan Gadis Cantik Kembar Sekaligus

The Lucky Man, Poligami Dengan 2 Gadis Kembar Yang Cantik Dan Ikhlas Menyayangi Sang Pria

Mr Wichai (Tao), 24 tahun, dari propinsi Samut Songkram, kehidupan nya menjual barang-barang terpakai, telah menikah dengan dua kembar gadis cantik, Ms Sirintara dan Ms Thipawan (22), dia menjamin bahawa kedua nya ’suka sama’! Mr Wichai, telah menikah dalam suatu upacara untuk pernikahan kembar secara serentak.


Dalam wawancara di Thailand oleh wartawan Rath, Mr Wichai mengatakan bahawa dia tidak melihat banyak memiliki masalah dalam melakukan tugas-tugas perkawinan nya dengan dua isteri. Keterlibatan dalam upacara sebelum pernikahan, Mr Wichai berhasil ditawarkan sebuah maskawin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap untuk kekasihnya.


Kedua keluarga merayakan perkawinan dengan rasa gembira dan berkata kepada orang mereka senang untuk pernikahan tiga orang. Mr Wichai kepada pers bahwa ia telah berteman baik dengan gadis kembar tersebut sejak mereka masih anak-anak. ‘Ketika saya dewasa, saya berjalan lewat rumah setiap pagi dan mencoba memutuskan untuk diri saya, mana yang paling saya sukai, tetapi itu hal yang mustahil , saya suka mereka berdua dan saya tidak boleh menentukan salah satu dari mereka untuk hidup bersama.

Sampai pada satu hari ketika saya tidak mampu menahan lagi dan sedikit frust hingga akhirnya saya mengatakan kepada mereka,’ Saya cinta kalian berdua dan ingin menikahi kalian berdua” Ternyata Mr Wichai yang beruntung, ketika kedua gadis mengakui untuk bersumpah bersama dan ingin menikah dengan lelaki yang sama!

‘Awalnya tidaklah mudah, dengan gossip tetangga, tapi keluarga kembar memahami, dan mendukung sepenuhnya, Mereka hanya mencintai untuk satu orang pria. Mr Wichai hidup bersama dengan dua gadis kembar di rumah keluarganya setelah pernikahan, dan ibunya dengan bangga telah mempersiapkan dua buah kamar untuk yang mereka baru menikah. Ketika ditanya tentang aturan tidurnya, Mr Wichai menjawab dengan sederhana dan sambil tersenyum.

‘Tentu saja tidak ada masalah! Selama tiga malam dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam lagi dengan Sirintara. Dan setiap hari Sabtu, kita akan tidur bersama-sama, Mengasyikan? Ada yang ingin meniru jejak Winchai?

N'N:Jangan gatal2 nak tiru kerja haram nie....

Janda Rindukan Bau Bekas Suami,Menyesal Minta Cerai.



KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.
“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor.
Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.
Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.
“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.myMetro

Pelik, Ini Jambatan Sungai Atau Sungai Jambatan???

Jambatan Sungai Magdeburg merupakan jambatan sungai yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 918 meter yang merentasi Sungai Elbe. Jambatan sungai yang terletak di Jerman ini telah dimanfaatkan sejak Oktober 2003 hingga kini yang menghubungkan Canal Elbe-Havel dan Canal Mitteland. Selain menjadi laluan kapal-kapal dan perahu-perahu,ada juga penduduk disana menggunakan jambatan tersebut sebagai laluan darat dengan berjalan kaki,berbasikal dan sebagainya bagi menghubung ke pekan sebelah...





Video Yang Akan Buat UMNO Demam Sampai PRU13...

Monday, May 30, 2011

Ucapan Hebat UMNO Untuk Menang PRU13: Rakyat Harus Sedia Tampung Sebahagian Kos Subsidi .

Rakyat harus sedia tampung sebahagian kos subsidi:



N'N: Kenapa orang Melayu senang betul diperbodohkan??? Berjuta-juta duit untuk kroni tapi subsidi harus ditanggung rakyat.Rakyat perlu berjimat cermat tetapi mereka boros menghabiskan wang rakyat.Ketirisan akibat rasuah,mark-up duit projek tapi xperlu risau Melayu masih undi mereka...Melayu masih boleh diperbodohkan....Sudah 50 tahun lebih diperbodohkan dan masih diperbodohkan. Menteri-menteri hidup senang-lenang dengan minyak percuma,kereta2 besar,rumah2 besar tetapi subsidi harus ditanggung rakyat...Gaji mereka dan elaun mereka langsung tidak dipertikaikan. Mereka boleh mengumpul kekayaan tetapi rakyat harus tanggung subsidi...Beri contoh rakyat di negara-negara luar tetapi tahukah di negara luar tukang sapu sampahnya shj gajinya beribu2 dollar??? Tetapi tetap dibandingkan dengan Malaysia yang ada rakyatnya terpaksa mengikat perut kerana kemiskinan...Tetapi Melayu tetap akan sokong mereka...Beri mereka 100 tahun lagi untuk memerintah...

Tiga Negara Yang Hanya Dipisahkan Dengan Sungai.





Sumber:borakkosong

N'N:Boleh melawat 3 Negara dalam masa 1 hari he3.....

Gila Seks:259 Wanita Mengaku Dirogol Tentera Ghaddafi

BENGHAZI: Pada awalnya, maklum balas terhadap soalan trauma perang di Libya seperti yang dijangkakan, jika teruk, 10,000 orang menderita pasca traumatik stres (PTSD), 4,000 kanak-kanak dengan masalah psikologi.

Kemudian hasil yang tidak dijangkakan timbul, 259 wanita mendakwa dirogol tentera yang setia dengan Muamar Gaddafi.

Dr Seham Sergewa yang menguruskan kanak-kanak trauma akibat perang Libya didatangi wanita bermasalah yang menceritakan rahsia gelap mereka kepadanya.

Mangsa pertama tampil dua bulan lalu diikuti dua lagi. Kesemua adalah ibu kepada kanak-kanak yang dirawat pakar kanak-kanak yang mendapat latihan di London itu. Mereka membuka rahsia bagaimana mereka dirogol tentera Gaddafi.

Sergewa memutuskan untuk menambah soalan mengenai rogol dalam kertas soal selidik yang diagihkan kepada rakyat Libya yang tinggal di kem pelarian selepas dihalau dari rumah. Tujuan utama adalah untuk menentukan bagaimana kanak-kanak bergelut dengan perang dan beliau menjangkakan ramai yang menderita akibat PTSD.

Lebih mengejutkan, 259 wanita tampil mengakui pernah dirogol oleh tentera Gaddafi. - AP

sumber

Sekolah di China Melarang Pelajar Laki2 & Perempuannya Berdekatan Tidak Kurang 20 inci Untuk Elak Pergaulan Bebas.

Baru-baru ini, sebuah sekolah di Kota Chengdu melarang pelajar lelaki dan wanita untuk saling berdekatan. Para pelajar berbeza jenis kelamin diharuskan menjaga jarak minima 20 inci atau setengah meter.

Pihak sekolah Yandao Jie Middle School menyatakan pembatasan tersebut agar pelajar tak terlalu intim satu sama lain di lingkungan sekolah. Aturan ini dikeluarkan demi mengajarkan para remaja sopan santun.

Bila kedapatan pelajar saling berdekatan, mereka akan mendapat peringatan. Hukuman terberat yang diterima remaja pelajar yang tak patuh adalah dikeluarkan dari sekolah.

Seperti dikutip Telegraph, pihak sekolah memberikan catatan bagi setiap murid yang akan melanjutkan pendidikan ke sekolah terbaik atau sekolah di luar negeri, angkatan bersenjata atau ke parti komunis China.

Menurut media tempatan China, aturan baru mengenai pergaulan remaja di sekolah untuk memberikan pelajaran kesopanan pada pelajar. Di negeri China setiap pelajar diajarkan segala sesuatu, dari cara makan, berbaris, hingga berbicara.

Sekolah Jie Yandao, sekolah mewajibkan tiap pelajarnya berpakaian kemas dan sesuai ketentuan, serta jarak ideal lelaki dan perempuan iaitu 70 cm - 1 meter.

N'N:Kenapa Negara Islam tak boleh buat mcm ni?

Kes Syariah Tertunggak, Mahkamah Syariah Mungkin kena Buat Overtime Shif Malam.

Kes tertunggak: Mahkamah Syariah mungkin beroperasi malam

KOTA BHARU 29 Mei — Mahkamah Syariah berkemungkinan akan beroperasi pada waktu malam serta pada cuti umum untuk menyelesaikan kes tertunggak serta mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan isu rumah tangga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, langkah itu akan mampu menyelesaikan banyak perkara walaupun mahkamah pada masa ini mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Halal Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. — Bernama

Pemimpin UMNO Memang Taik JUDI, Mari Lihat Siapa Mereka.

Senarai pemimpin UMNO yang terlibat dengan perniagaan judi
Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.


A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -


1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd,
Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah.

Sumber

N'N:Adakah pemimpin seperti ini mahu melihat Syariat Islam tertegak dimuka bumi???

Seram Tengah Malam:Sosok Hantu Hutan Tengah Malam, Mirip Spiderman

Belum lama ini seorang pemburu rusa berhasil merakam sosok mahluk aneh saat dirinya memburu di tengah hutan. Lokasi TKP terdapat di Berwick dekat kota Morgan , Louisiana Amerika Serikat. Bila memperhatikan gaya dan cara mahluk aneh yang di abadikan saat tengah malam di hutan tersebut mengingatkan kita pada sosok Spiderman, mahluk tersebut berjalan agak merangkak dengan cepat.

Beginilah sosok hantu hutan yang dihebohkan mirip Spiderman tersebut

Beginilah sosok hantu hutan yang dihebohkan mirip Spiderman tersebut

Foto tersebut heboh setelah di upload di laman web WildGame Innovation laman web untuk para pemburu, Daily Mail menceritakan tanggapan sama orang melihat foto hantu hutan tersebut, banyak yang meragukan kebenarannya dan menilainya sebagai rekayasa kamera. Namun pemilik asli foto tidak terima, dia berkeras bahawa sosok itu asli kerana dirinya mengalaminya sendiri.

Sumber:ruanghati

Sunday, May 29, 2011

Inilah Sebabnya Kenapa BN Mahu Haramkan PKR.

http://2.bp.blogspot.com/-CAFHJsoth3U/TeDdztE9U_I/AAAAAAAAG8U/_zWajiFHI4o/s320/053%25282%2529.JPG

103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR

Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal Kepada UMNO’ kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung.

Beliau juga memberikan penerangan terhadap fitnah yang paling keji, kotor dan aib yang dilemparkan kepada Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sudah melampau. Halik telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung yang hadir pada petang itu bahawa pelaku dalam video skandal seks itu bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang di gembar-gemburkan oleh media dan kepimpinan UMNO/BN.

Dalam penerangan beliau, telah memberikan beberapa 'bezantara' di antara si pelaku dalam video tersebut dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Antaranya, bentuk fizikal mereka ternyata berbeza kerana ada beberapa faktor susuk fizikal yang jelas menunjukkan dua individu berbeza.Dari segi perut buncit, potongan rambut pendek semacam polis atau askar yang tipis dan bertetek besar bujur. Sedangkan Anwar kata Halik tidak mempunyai cirri-ciri sedemikian tetapi hanya 'seiras'.

Malah menurut Halik Zaman lagi, dalam ucapan Presiden, selama Dato’ Seri dalam penjara selama 6 tahun, beliau banyak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, serta makanan rutin beliau hanyalah buah kurma. Jadi dengan rutin diet sebegini, bagaimana beliau boleh mempunyai susuk tubuh yang agak ‘berisi’ dan ‘berperut buncit’?

Suasana yang agak paling mengharukan, sedih dan amat memilukan apabila ada antara yang hadir turut mengalirkan airmata kerana turut bersedih dan bersimpati yang menimpa nasib Anwar Ibrahim, serta keluarganya yang tertimpa fitnah terancang itu.

Menurut penduduk kampung berkenaan, bukan sahaja diri individu yang hadir itu, malah rata-rata mereka tidak mempercayai fitnah terbaru itu dan menganggapnya sebagai mainan politik kotor BN yang ingin membunuh karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri akan hadir ke Tenom khususnya di Kemabong pada 11 Jun ini bagi mengageh-agehkan geran tanah yang berbentuk saham, mengikut nisbah 60% kepada penduduk kampung dan 40% kepada Sime Darby.

Namun mereka yang hadir pada petang itu tidak termakan ‘gula-gula’ yang bakal di berikan kerana menurut mereka lagi, UMNO paling bijak memutar-belitkan kenyataan dan ada kemungkinan juga nanti bila akhir tahun tidak mustahil Sime Darby akan umumkan tiada keuntungan dan rakyat hanya tinggal gigit kuku.

Oleh kerana itulah, kata Halik, penduduk pedalaman di Kemabong sudah mulai bosan dengan lakonan putar-alam kepimpinan UMNO/BN dan biar apa pun ‘juadah’ yang bakal UMNO/BN hidangkan kepada mereka kelak, mereka tetap tidak akan terpengaruh.

Kata Halik,"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti, geran tanah adat akan diberikan langsung kepada rakyat di atas nama sendiri tanpa menerusi Sime Darby"./Sabahkini

Cubaan Untuk Bunuh Anak,Ibu Kandung Buang Anak di Tengah Jalan Raya.

MEDAN- Akibat stress tidak mampu membiayai kehidupan anak-anaknya, seorang ibu sanggup mencuba membunuhnya. Ibu tersebut sanggup menaruh anaknya di tengah jalan raya di kawasan Stesen Kereta Api Medan, Sabtu (16/5/2011).

Beruntung anak malang ini berhasil diselamatkan warga. Setelah diselamatkan, akhirnya kanak-kanak berusia dua tahun bernama Imam Suhada itu dirawat penduduk yang telah menyelamatkannya. Imam pun langsung dimandikan dan diberi pakaian .

Anak pasangan Suheri dan Ismayani itu diduga juga mengalami sejumlah penyiksaan sebelum diletakkan di tengah jalan raya. Ketika diselamatkan warga ditemukan sejumlah luka bekas sundutan ubat nyamuk bakar di sekujur tubuh anak malang itu. Sundutan tersebut tak lain dilakukan oleh ibunya, Ismayani, warga Gudang Arang, Belawan, Medan, Sumatera Utara.

Menurut Marudut Hutagalung, seorang petugas yang telah menyelamatkan anak malang tersebut, sang ibu tega tersebut meletakan anak kesayangannya di jalan raya dengan maksud cuba membunuhnya. Beruntung dia berhasil mengamankan Imam dan membawa ibunya ke Pollantas Medan

Sementara itu, Ismayani mengaku sanggup membuang anaknya kerana himpitan ekonomi yang memaksanya melakukan perbuatan keji tersebut. Bahkan dia juga sanggup menyulut tubuh anaknya dengan ubat nyamuk dengan dalih ingin mendapat belas kasihan dari warga.
(Rudy Hermansyah/SUN TV/ugo)

N'N:Binatang lagi mulia daripada manusia ini....

Kasut Yang Mengerikan Dan Anda Pun Pasti Takut Untuk Mengenakannya...

Gwen Murphy mengubah bekas kasuts menjadi kasut yang mempunyai karakter unik dengan wajah yang menakutkan. Seniman ini menggunakan tanah liat dan cat akrilik untuk membuat kasut-kasut ini.







Sumber

Berkatkah Ilmu Yang Dituntut Jika Murid Kurang Ajar Seperti Ini???

image

Sumber

Jus KATAK Untuk Kuatkan Tenaga Batin???















JUS KATAK BAIK UNUK TENAGA BATIN???

N'N:Macam2.......

Saturday, May 28, 2011

Macam-macam:Pemandu Trak Ini Mengelembung Seperti Belon Kerana Pam Udara Tertusuk Ke Buntutnya.

VIVAnews - Seorang pemandu trak dari New Zealand menggelembung badannya seperti belon ketika buntutnya tertusuk sebuah pam udara untuk gigi mesin kendaraannya. Udara sebanyak 100 pon per inci persegi mengisi badannya.

Steven McCormack sebelumnya berdiri di atas tempat kaki traknya pada Sabtu 21 Mei 2011 lalu. Namun dia tergelincir dan jatuh, mematahkan sebuah saluran udara ke saluran air untuk gigi mesin kendaraannya.

McCormack jatuh dengan sangat keras sehingga buntut kirinya tertusuk saluran udara dan seketika mengepamkan udara ke badannya. “Saya merasakan udara kuat masuk ke badan dan saya merasakan seperti akan meledak sejak dari kaki,” katanya kepada media tempatan di Kota Whakatane, di Pulau Utara, New Zealand, pada Rabu 25 Mei ini.

McCormack merasakan dirinya menggelembung seperti sebuah belon. “Saya tak punya pilihan selain berbaring di sana dan mengembang seperti belon.”

Syukurlah rakan kerjanya mendengar teriakannya dan berlari mendekati. Segera rakannya melepaskan pentil pengaman untuk menghentikan aliran udara.

McCormack lalu dilarikan ke hospital dengan tubuh menggembung dan cairan mengisi salah satu paru-parunya. Dokter menyatakan, udara telah memisahkan lemak dari ototnya, namun syukurlah tak sampai masuk ke saluran darahnya.

McCormack yang berusia 48 tahun itu menyatakan, kulitnya terasa seperti “babi panggang”– keras di luar namun lunak di dalam. Ada-ada saja.

Sumber

Jika Pilihanraya Bersih PR Sudah Lama Tawan Malaysia!!!



http://3.bp.blogspot.com/-LSngLvY7FFA/TdukZ4yGv8I/AAAAAAAANfU/vli9_xINpIE/s250/bersih%2B2011.jpg

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan Bersih 2.0 seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ajk Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. - HD

N'N:Insha Allah marilah ramai2 kita nyatakan pendirian kita kepada Proses Pilihanraya yang lebih adil & saksama.

Petikan Surat As-Syahid Syed Qutb Dari Penjara Kepada Adiknya, Hamidah Qutb

http://media.economist.com/images/images-magazine/2010/29/bk/201029bkp001.jpg

Adikku,
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri
Terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek
Hanya bermula dengan kelahiran kita, dan berakhir dengan kematian
Berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi, dan kemudian kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku,
Jika hidup kita untuk aqidah dan untuk orang lain
Maka terasalah hidup ini begitu luas dan panjang
Ia lahir bersama kemanusiaan, dan tidak akan mati
Walau setelah ruh terlepas dari jasad ini, walau berpisah dengan bumi.

Kita akan merasa bahagia dan puas!
Hakikat umur kita berlipat ganda jauh melebihi jumlah angkanya
Walaupun pada hitungan tahun, usia kita kecil sahaja
Itulah kebahagiaan hakiki
Bukan kebahagiaan fantasi.

Dalam kehidupan seperti itu
Tergambarlah keuntungan yang kita peroleh sejak awal kelahiran kita
Dari hari ke hari
Dari masa ke masa
Dan seluruh umur kita
Keuntungan itu terasa dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita.

Terasa betul bahawa hidup ini
Bukan sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita
Bukan sekadar berapa banyak jumlah angka umur kita
Tapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yang dapat kita rasakan!

Inilah kenyataan yang dinamakan Realiti.
Bukan seperti imaginasinya kaum yang materialistik itu
Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka perkatakan

sumber : http://halwahati.wordpress.com/2011/03/25/nilai-kehidupan-2/

Dunia Makin Celaru:Lima Orang Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 tahun

Adegan sebuah film porno yang baru ditonton menjadi inspirasi kepada seorang murid kelas 4 SD di Kel. Hutabalang, Kec. Pinangsori, Tapanuli Tengah (Tapteng). Bersama 4 teman sebayanya, seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun pun jadi sasaran aksi seks. Kes ini dilaporkan Kapolsek Pinangsori, AKP Kamdani SAg. “Kejadiannya Sabtu lalu, namun baru dilaporkan oleh orang tua mangsa kerana penyelesaian secara kekeluargaan oleh pihak keluarga mangsa dengan keluarga pelaku mengalami jalan buntu,” terang Kamdani.

Peranan orang tua dalam membimbing dan mengawasi pergaulan anak-anak sangat diperlukan

Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang. Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya.

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri tubuh Dona.Dona yang lugu itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, “Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu,” terang Kamdani, “Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orang tua mangsa.”


Pihak Polsek Pinangsori mengaku telah memeriksa Dona, para tertuduh (5 anak), juga saksi peristiwa gila itu. “Selesai siatan nanti segera kita ajukan ke Kejaksaan,” kata Kamdani, yang mana telah bekerja sama dengan Balai Penelitian Anak Sibolga, serta tak menahan para tersangka cilik itu. Untuk kes ini, polis memakai Pasal 81 subsider Pasal 82 UU No.23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.

“Dari hasil pemeriksaan” sambungnya, “memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Jadi kita sangat prihatin, kerana para pelaku cuba meniru adegan film itu.”-ruanghati.com


N'N:Siapa yang membentuk anak2 itu menjadi perogol? Video lucah? Ibu-bapa? Masyarakat? Pemerintah? Sistem Pemerintahan? Hiburan Melampau? Apa pun persoalannya jawapannya tetap satu yakni apabila Syariat Islam itu diabaikan maka balalah jawapannya,bala tidak shj datang dalam keadaan seperti tsunami tetapi ia juga datang dalam keadaan sesatnya akidah manusia.........

Inilah Wanita Yang Hobinya Suka Gugurkan Anak

Mendengar kisah seorang wanita asal Puerto Rico yang melakukan 15 kali pengguguran dalam 15 tahun akan terasa sangat menyedihkan. Irene Vilar, wanita yang menulis buku Impossible Motherhood itu pun digelar sebagai wanita pecandu pengguguran

Irene Vilar adalah wanita yang lahir pada tahun 1974, dimana saat itu sebanyak 37 peratus wanita yang sudah berkeluarga dimandulkan untuk sebuah kajian yang dilakukan Amerika tentang pemakaian pil gugur anak.

Wanita yang mengaku telah melakukan 15 kali aborsi dalam 15 tahun itu dilahirkan dari keluarga bermasalah. Ibunya adalah seorang penagih dan pernah menjalani operasi saluran usus yang membuatnya depresi dan akhirnya meninggal dunia kerana bunuh diri. Ayah dan kedua abangnya pun merupakan penagih heroin.

Pada saat duduk di bangku kuliah, Vilar bertemu dengan seorang profesor berumur 50 tahun yang akhirnya menjadi suaminya. Pernikahannya tidak berjalan dengan baik kerana sang suami tidak pernah ingin memiliki anak. Ia percaya bahawa memiliki anak hanya akan menghilangkan keinginan dan kemampuan seksualnya.

Selama pernikahannya dengan sang suami yang lebih tua 34 tahun darinya, Vilar sudah melakukan 12 kali pengguguran Sejak awal, suaminya selalu berkata bahawa ia menyukai wanita muda dan tidak akan sakit hati. Ia pun mengatakan bahawa wanita yang punya anak hanya akan menjadi korban gender dan tidak boleh menikmati kebebasan.

Vilar pun menjadi stress dan selalu cuba membunuh bayi yang dikandungnya setiap kali ia hamil. Namun anehnya, ketika ia sudah berhasil menggugurkan kandungannya, ia jadi ketagihan untuk melakukannya lagi. Ia merasa harus melakukan sesuatu untuk melukai dirinya sendiri.

"Saya selalu memakan pil pengguguran setiap kali hamil. Tapi setelah pengguguran yang ke-9 dan 10, saya merasa ada sesuatu yang kurang jika tidak melakukannya lagi. Lalu ketika hamil lagi, saya merasa senang kerana dapat melakukan aborsi lagi," ujar Vilar.

Vilar akhirnya mengakhir perkahwinannya dengan sang professor pada tahun ke-8 pernikahannya. Ia merasa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang narsis dan suka mengatur.

Ia pun mengaku bahawa keberaniannya membuat buku yang berjudul Impossible Motherhood terinspirasi dari kisah keluarganya yang sebahagian besar penagih narkoba dan juga keadaan ekonominya yang buruk.

Namun dalam bukunya itu banyak pertanyaan yang tidak terjawab seperti bagaimana ia boleh hamil beberapa kali? Apa yang terlintas di kepalanya ketika melakukan pengguguran atau sudah pernahkah ia mencuba cara lain untuk mencegah kehamilan seperti pemakaian kondom?

Para ahli mengatakan bahawa Vilar mungkin mengalami gangguan mental. Namun mereka tidak terlalu terkejut dengan kes yang dialami Vilar, kerana hampir 10 peratus wanita yang melakukan pengguguran berulang-ulang, biasanya akan ketagih dan terus melakukannya lagi.

Meskipun Vilar merasa tindakannya sudah membuatnya ketagihan, namun ia merasa sangat terganggu dan tidak ingin ada orang lain yang melakukan hal yang sama seperti dirinya.

Sumber

Selama Mana Rakyat Mampu Bertahan Lagi???UMNO/BN Di Ambang Kejatuhan....

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, kerajaan melalui Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan lapor Malaysia Kini.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Sumber

Friday, May 27, 2011

Video,Aksi Smackdown Ahli Parlimen Ukraine.

2405110527_video-pertengkaran-ricuh-pada-sidang-parlemen-ukraina


Kejadian itu bermula ketika Martynyuk memimpin sidang di parlimen .Sidang yang tenang itu berubah setelah Martynyuk meminta Lyashko berbicara. Lyashko menolak, lalu menyebut sang wakil ketua sebagai "orang Farisi".


Di dalam Injil, orang Farisi dikenal bersifat munafik.
Mungkin itu yang membuat Martynyuk marah dan terus menyerang rakannya. Seraya menekan leher Lyashko, Martynyuk menghunjamkan dua jarinya ke telinganya.


Bak pertandingan gusti profesional, Martynyuk lalu membanting Lyashko ke lantai.
Tidak terima diperlakukan seperti itu, Lyashko bangkit dari lantai dan menantang Martynyuk lagi. Keduanya kemudian saling mendorong.


Sejumlah anggota DPR sempat terkejut melihat adegan itu, namun kemudian berlari ke meja pimpinan untuk memisahkan keduanya.
Setelah itu, Martynyuk kembali memimpin sidang, seolah tidak pernah terjadi insiden apa pun. Begitu juga dengan Lyashko yang akhirnya berpidato dengan nada tinggi. Beberapa kali jari telunjuknya menuding Martynyuk yang melihat sambil tertawa kecil.


Sebuah video heboh yang dipost netter di YouTube. Video ini tentang kekecohan sidang di parlimen Ukraine. Saat ketua sidang memerintahkan kepada wakilnya untuk membuat pidato namun ditolak, maka ketua sidang pun langsung membanting wakilnya. Berikut video yang diunggah dari Youtube:







Sumber

Anda Bercita-cita nak Kerja Ngan Gomen....Batalkan Hasrat Anda Kerana Kerajaan UBN Dah Takder Duit Sekarang.....

http://4.bp.blogspot.com/-_pUnCPXXIYg/Td8dXes5h0I/AAAAAAAAP6Y/rmHmbVLn4ak/s1600/Untitled-2.gif

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

http://2.bp.blogspot.com/-gjT-34fDCRc/TdzHNlzRtaI/AAAAAAAACU4/6I7i-CvobuY/s1600/logo%2Bpas.htm

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir.


N'N:Agak2 mahu ker diorang cat lambang UMNO pulak?

Sumber:http://kachipemas.blogspot.com

Apa Harus Anda Lakukan Jika Dirompak di ATM???

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRO0t5zfvySp_ULI-pradeYtacZuOFdUtvhVUmx3NYHKSeDBl7rzw

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

N'N:Insha Allah tips ini mungkin berguna buat kita kelak, tapi berdoalah kepada ALLAH S.W.T minta dijauhkan dari segala mara bahaya.

Gambar Laut Terbelah Dua...

Fenomena laut terbelah dua adalah satu perkara yang jarang berlaku. Namun kisah di bawah ini tetap tidak dapat menandingi kisah Nabi Musa yang membelah laut ketika dikejar oleh tentera Firaun. Kejadian laut terbelah ini berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.




Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

N'N:Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu ALLAHUAKBAR!!!

Innity