Bukan saja produk kosmetik murahan saja, yang branded pun belum tentu status halalnya. Bayangkan kita pakai produk yang dibuat daripada babi dan dibawa semasa kita bersolat, adakah sola kita diterima? Sebab itu lah, muslimah pada hari ini perlu ambil tahu tentang hal ini. Kita mungkin susah nak mengesan produk yang mengandungi unsur babi di dalamnya, tapi ada satu benda kita dapat tahu sama ada dibuat dari bulu babi atau tak iaitu berus makeup (make up brush) yang selalu orang buat sapu blussher dan juga dust powder.
Banyak berus kegunaan domestik adalah dibuat daripada bulu babi. Ramai yang lebih gemar menggunakan berus bulu kerana kerana lebih lembut, bedak lebih melekat dan hasil makeupnya cantik berbanding menggunakan berus sintetik. Macam mana nak tahu berus makeup dibuat daripada bulu atau sintetik?? Caranya adalah dengan membakar bulu berus tersebut. Jika tak ada bau, maka berus tersebut dibuat daripada sentetik. Tapi kalau bau yang dihasilkan seperti rambut atau daging terbakar, maka perlulah berhati-hati kerana kemungkinan bulu itu adalah bulu babi.
Walaupun tak semua berus makeup diperbuat daripada bulu babi kerana ada juga dibuat daripada bulu binatang lain seperti kambing dan kuda, namun jika difikir logik berus yang murah yang dijual lambak di pasaran adakah dibuat daripada bulu kuda yang mahal? Semestinya pengilang menggunakan bulu babi yang murah, lebih menguntungkan dan mudah didapati.
Bukan berus makeup sahaja, banyak berus lagi kebanyakkannya diperbuat daripada bulu binatang haram ni. Saya dapat info di bawah ni di satu laman web.
Berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan adalah haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek. Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.
Namun masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal, tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam. Apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual. Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yang digunakan.
Berus lukisan pun ada yang dibuat daripada bulu babi..
Berus gigi pun....
Berus sabut tak ada kes lagi setakat ni....dah nama pun sabut...
Jadi, umat Islam hari ni perlu hati-hati dalam hal kepenggunaan....Sumber
1 comment:
bahaya betull kena cari berus gig sabut ni...=)
Post a Comment