Tuesday, May 31, 2011

Tuan Kedai Ini Di Hukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedainya.



Dihukum Penjara Kerana Membunuh Perompak Yang Merompak Kedai

Kes yang menjadi buah mulut di Amerika kini

Di USA setiap rakyat mempunyai hak untuk mempunyai senjata. Malangnya ada manusia yang menyalah gunakan hak asasi mereka untuk merompak sesuka hati dengan menggunakan senjata milik mereka. Di Oklahoma City Texas berlaku sebuah kes yang unik dan membawa kepada perubahan didalam undang-undang negeri. Pada tahun 2009 dua orang remaja bawah umur merompak sebuah kedai milik Jerome Ersland (59) tahun. Antwun Parker (16) bersama temannya yang pada ketika itu berumur 14 tahun menggunakan pistol untuk merompak farmasi milik Jerome. Jerome tidak kaget bila pistol diacukan kearahnya kerana beliau sendiri mempunyai sepucuk pistol. Dengan sepantas kilat Jerome menembak Antwun dan temannya. Antwun yang tidak bersenjata ditembak di kepala oleh Jerome. Rakan beliau yang memegang pistol panik dan melarikan diri. Jerome Ersland yang mengamuk dirompak mengejar rakan Antwun tetapi beliau berjaya melarikan diri.

Kerana emosi yang melampau Jerome masuk kembali kedalam kedai untuk mendapatkan sepucuk lagi pistol miliknya sebelum menembak Antwun Parker sebanyak 5 kali bagi di bahagian perut memastikan si perompak mati katak disitu juga. Pihak tertuduh mendakwa Jerome mempunyai hak menembak Antwun keran wujudnya CASTLE LAW. Di Amerika Syarikat 20 negerinya mengamalkan Castle Law yang membenarkan tuan punya hartanah menggunakan leathel force bile mempertahankan diri didalam hartanah milik mereka. Jika si penceroboh mati tuan punya tanah tidak akan dihadapkan ke mahkamah.


Kes Jerome Ersland menembak Antwun Parket ini unik kerana rakaman CCTV menunjukkan Eastland menembak Antwun walaupun beliau sudahpun cedera tidak sedarkan diri ditembak. Ini dilihat oleh pihak pendakwa raya sebagai bukan "mempertahankan diri" tetapi "membunuh". Pihak juri mendapati Jerome bersalah atas kesalahan membunuh darjah pertama dan beliau akan dipenjarakan seumur hidup. Kes ini menyebabkan hubungan kaum antara orang kulit putih dan hitam di Oklahoma City tegang. Ada yang mengatakan Jerome Ersland bersalah kerana membunuh dan beliau sebenarnya seorang rasis anti orang kulit hitam. Penyokong Jerome pula berkata beliau tidak seharusnya dihukum kerana beliau yang menjadi mangsa pada awalnya. Tindakan membunuh Jerome sepatutnya adalah terdetik dari perasaan marah melampau dan bukannya rasis.


Hasil dari kes ini beberapa orang senator cuba mewujudkan Akta Jerome Ersland bagi memakstikan jika berlaku lagi kes membunuh perompak oleh tuan punya hartanah, si tuan punya tidak boleh dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu Cleta Jennings, ibu kepada Antwun Parker akan menyaman Jerome Ersland kerana membunuh anaknya. Beliau mahu menyaman Jerome atas kesalahan wrongful death. Di samping itu Cleta juga mengatakan anaknya seorang hero.Ahli keluarga perompak boleh menyaman si mangsa kerana membunuh ketika dirompak!

N'N:Kalau dah berani merompak maka beranilah mati, tapi berbeza di Amerika hanya di Amerika sahaja ahli keluarga perompak boleh menyaman orang yang dirompak, pelik......

Sumber

No comments: