Monday, May 30, 2011

Kes Syariah Tertunggak, Mahkamah Syariah Mungkin kena Buat Overtime Shif Malam.

Kes tertunggak: Mahkamah Syariah mungkin beroperasi malam

KOTA BHARU 29 Mei — Mahkamah Syariah berkemungkinan akan beroperasi pada waktu malam serta pada cuti umum untuk menyelesaikan kes tertunggak serta mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan isu rumah tangga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, langkah itu akan mampu menyelesaikan banyak perkara walaupun mahkamah pada masa ini mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Halal Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. — Bernama