Monday, May 30, 2011

Sekolah di China Melarang Pelajar Laki2 & Perempuannya Berdekatan Tidak Kurang 20 inci Untuk Elak Pergaulan Bebas.

Baru-baru ini, sebuah sekolah di Kota Chengdu melarang pelajar lelaki dan wanita untuk saling berdekatan. Para pelajar berbeza jenis kelamin diharuskan menjaga jarak minima 20 inci atau setengah meter.

Pihak sekolah Yandao Jie Middle School menyatakan pembatasan tersebut agar pelajar tak terlalu intim satu sama lain di lingkungan sekolah. Aturan ini dikeluarkan demi mengajarkan para remaja sopan santun.

Bila kedapatan pelajar saling berdekatan, mereka akan mendapat peringatan. Hukuman terberat yang diterima remaja pelajar yang tak patuh adalah dikeluarkan dari sekolah.

Seperti dikutip Telegraph, pihak sekolah memberikan catatan bagi setiap murid yang akan melanjutkan pendidikan ke sekolah terbaik atau sekolah di luar negeri, angkatan bersenjata atau ke parti komunis China.

Menurut media tempatan China, aturan baru mengenai pergaulan remaja di sekolah untuk memberikan pelajaran kesopanan pada pelajar. Di negeri China setiap pelajar diajarkan segala sesuatu, dari cara makan, berbaris, hingga berbicara.

Sekolah Jie Yandao, sekolah mewajibkan tiap pelajarnya berpakaian kemas dan sesuai ketentuan, serta jarak ideal lelaki dan perempuan iaitu 70 cm - 1 meter.

N'N:Kenapa Negara Islam tak boleh buat mcm ni?

No comments: