Sunday, May 29, 2011

Inilah Sebabnya Kenapa BN Mahu Haramkan PKR.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs6VfOfd5PIk9TA-Kb5I1-OyvYVyTsNmOhLgby74vD94nOyJBEwSGZJehOtBHfj4EqAUbPHDwtkPNJSRBBigNZg_d3x40gOEapGWmfn3ZeOvyxzjfHYPrzkQnWTYONv76ruzrns9v-rWI/s320/053%25282%2529.JPG

103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR

Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal Kepada UMNO’ kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung.

Beliau juga memberikan penerangan terhadap fitnah yang paling keji, kotor dan aib yang dilemparkan kepada Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sudah melampau. Halik telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung yang hadir pada petang itu bahawa pelaku dalam video skandal seks itu bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang di gembar-gemburkan oleh media dan kepimpinan UMNO/BN.

Dalam penerangan beliau, telah memberikan beberapa 'bezantara' di antara si pelaku dalam video tersebut dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Antaranya, bentuk fizikal mereka ternyata berbeza kerana ada beberapa faktor susuk fizikal yang jelas menunjukkan dua individu berbeza.Dari segi perut buncit, potongan rambut pendek semacam polis atau askar yang tipis dan bertetek besar bujur. Sedangkan Anwar kata Halik tidak mempunyai cirri-ciri sedemikian tetapi hanya 'seiras'.

Malah menurut Halik Zaman lagi, dalam ucapan Presiden, selama Dato’ Seri dalam penjara selama 6 tahun, beliau banyak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, serta makanan rutin beliau hanyalah buah kurma. Jadi dengan rutin diet sebegini, bagaimana beliau boleh mempunyai susuk tubuh yang agak ‘berisi’ dan ‘berperut buncit’?

Suasana yang agak paling mengharukan, sedih dan amat memilukan apabila ada antara yang hadir turut mengalirkan airmata kerana turut bersedih dan bersimpati yang menimpa nasib Anwar Ibrahim, serta keluarganya yang tertimpa fitnah terancang itu.

Menurut penduduk kampung berkenaan, bukan sahaja diri individu yang hadir itu, malah rata-rata mereka tidak mempercayai fitnah terbaru itu dan menganggapnya sebagai mainan politik kotor BN yang ingin membunuh karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri akan hadir ke Tenom khususnya di Kemabong pada 11 Jun ini bagi mengageh-agehkan geran tanah yang berbentuk saham, mengikut nisbah 60% kepada penduduk kampung dan 40% kepada Sime Darby.

Namun mereka yang hadir pada petang itu tidak termakan ‘gula-gula’ yang bakal di berikan kerana menurut mereka lagi, UMNO paling bijak memutar-belitkan kenyataan dan ada kemungkinan juga nanti bila akhir tahun tidak mustahil Sime Darby akan umumkan tiada keuntungan dan rakyat hanya tinggal gigit kuku.

Oleh kerana itulah, kata Halik, penduduk pedalaman di Kemabong sudah mulai bosan dengan lakonan putar-alam kepimpinan UMNO/BN dan biar apa pun ‘juadah’ yang bakal UMNO/BN hidangkan kepada mereka kelak, mereka tetap tidak akan terpengaruh.

Kata Halik,"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti, geran tanah adat akan diberikan langsung kepada rakyat di atas nama sendiri tanpa menerusi Sime Darby"./Sabahkini

No comments: