yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, August 3, 2009

komplot SPRM???

Najib dituntut mohon maaf peralatkan polis untuk kepentingan Umno




KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum di sisi rakyat berikutan tindakan ganas polis terhadap perhimpunan aman anti-ISA semalam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak habis-habis berdalihkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi justifikasi kepada tindakan ganas terhadap perhimpunan aman.

"Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh pembangkang sentiasa berlangsung dengan aman dan kekecohan hanya berlaku akibat tindakan ganas polis," kata beliau.

Sebagai contoh, katanya, pada 28 Julai 2006, perarakan lebih 50 ribu manusia diketuai Presiden PAS yang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat berlangsung dengan penuh aman kerana pihak polis tidak bertindak ganas.

"Dalam perarakan itu, kedai-kedai tidak ditutup, tidak ada orang awam yang bertempiaran lari dan tidak bekas air minuman yang pecah apabila pihak polis tidak bertindak ganas," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut beliau, apa yang berlaku dalam demonstrasi anti-ISA semalam memperjelaskan lagi kegagalan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak mengikut SOP bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

"Rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa perarakan 28 Julai 2006 itu tidak diganasi dan tidak berlaku kekecohan kerana ia tidak mengancam kepentingan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Adakah tidak bertindak ganas terhadap perarakan tersebut tidak selaras dengan SOP yang didakwa itu?

"Tetapi perhimpunan anti-ISA semalam terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas pihak polis kerana ia menacabar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sentiasa menjadi talian hayat Umno," kata Mahfuz.

Amat jelas, katanya lagi, tindakan ganas polis semalam dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan Umno dan BN dan bukan untuk keamanan negara.

Beliau juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kepada rakyat kerana menyalahgunakan polis demi menjaga kepentingan kuasa mereka dan parti mereka.

Sumber:Harakahdaily.net

MESRA,CEPAT&BETUL..

MESRA,CEPAT&BETUL..Slogan ini benar-benar mempamerkan kemesraan untuk pelanggannya.Bagi siapa yang belum maklum slogan ini dilaungkan oleh siapa maka gambar-gambar dibawah akan menjelaskan bahawa slogan ini adalah slogan ataupun MOTTO sebuah institusi yang dikenali sebagai P.D.R.M(Polis DiRaja Malaysia) ataupun mungkin selepas anda melihat gambar ini anda sendiri akan menukarnya kepada P.R.D.M(Polis Raja Di Malaysia).Inilah hakikatnya apabila suatu institusi yang sepatutnya membela rakyat menjadi kuda&anjing kepada kerajaan pemerintah iaitu UBN.Maka anda lihat apa yang terjadi bila tiada pemisahan kuasa diantara Kerajaan dan Badan yang melaksanakan Undang-Undang maka rakyat yang mahu menjalankan Demokrasi kebebasan bersuara dizalimi.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

















Gambar-Gambar Sekitar Perhimpunan Mansuh ISA.




































[ANTISA+1+OGOS.jpg]



Sumber Gambar:Blogers-Blogers PR .


Ada lebih 300 gambar demo GMI Klik disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)