Saturday, August 29, 2009

Jangan Kita Semua Mudah Lupa Yang Kita Pernah Menguasai 2/3 Dunia

Islam pernah menakluki 2/3 dunia suatu ketika dahulu.Namun kini ummat Islam adalah ummat yang tertindas,sejak runtuhnya daulah Islamiyah ummat Islam seakan sudah kehilangan arah tuju.

Hakikatnya Ummat Islam telah dijajah oleh pemikiran Barat melalui Penjajahan terhadap negara-negara Islam.Kaedah 'Pecah dan Perintah' yang dilakukan Barat dibantu dengan dakyah-dakyah Yahudi menjadikan Ummat Islam sebagai Ummat yang bisa di injak-injak.

Dahulunya kita pernah bersatu dalam segala hal,namun kini akidah ummat Islam telah dirosakkan melalui penjajahan minda.Maka Islam kini terpecah kepada kelompok-kelompok yang kecil.Pada dasarnya Ummat Islam adalah Ummat yang kuat kerana mereka berpegang pada Al-Quran Dan As-Sunnah dan itulah yang membuatkan ummat Islam begitu kuat kerana akidah ummat Islam yang berpegang kepada Al-Quran Dan As-Sunnah tidak mampu di ganggu-gugat sebarang anasir-anasir jahat.

Kaum Kufar amat takut jika akidah ummat Islam di tahap yang tertinggi maka mereka telah merangka satu perancangan yang amat bersistematik yakni melalui penjajahan minda.Ummat Islam akan dilekakan dengan hiburan yang melalaikan mereka dari mengingati ALLAH sedikit demi sedikit.Kini dakyah yang dibawa mereka boleh dikatakan telah berjaya.Apabila ummat Islam menjadi lemah dan leka,kemudian golongan kufar dengan senang masuk menjajah Negara-negara ummat islam yang telah mereka rosakkan akidahnya melalui cara yang amat halus.

Setelah berjaya menjajah mereka merekrut Pemimpin-Pemimpin dari kalangan orang islam supaya berfikiran Sekular dengan memisahkan Agama dari segala sudut kecuali dikekalkan dalam adat dan istiadat(seperti pemimpin-pemimpin UMNO), perkara ini terjadi disemua negara Islam yang dijajah.Maka dengan itu telah berjayalah perancangan mereka.... Namun Ummat islam sekalian janganlah kamu sekalian lupa yang kita pernah menguasai dunia berbekal Iman Dan Takwa,janganlah kita mudah terlupa pesanan nabi Muhammad S.A.W:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

Akan sentiasa ada jemaah yang akan menegakkan Hukum-hakam ALLAH S.W.T, cuma mungkin pejuang-pejuang ini berbeza pendapat dalam landasan perjuangan mereka dan membuatkan para pejuang-pejuang yang mempunyai idealogi-idealogi yang berbeza.Artikel selepas ini akan mengulas perbezaan pendapat kelompok-kelompok pejuang seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, Al-qaeda dll InsyaALLAH .



2 comments:

Unknown said...

Minta maaf saya hanya membaca separuh saja,berpinar mata ni,knp tulisan kecik sangat,knp x guna read more untuk pendekkan tulisan tu.
Mata saya ni masaalah sikit kalau tulisan terlampau padat.

Apa pun saya setuju dgn pandangan saudara.
Love you my brother in Islam,hehee.

Briged Akhdor LR2 said...

artikel yg menarik utk dijadikan bhn polemik..yg pasti umat islam kini amat ramai tapi bagaikan buih2 di lautan itulah hakikat yg harus diterima..mmg islam suatu kerajaan hebat satu ketika dulu malahan hmpir mengusai dunia..tapi kini disetiap negara pasti ada perselisihan pendapat deri segi ibadah,pentadbiran tp masalah takkan selesai hnya dgn menyalahkan n saling menyatakan dia betul dia salah..yg penting kita cr penyelesaian yg baik..kini umat islam dijajah dgn halus sehingga jihad tiada dlm jiwa umat islam ..pegang qura pegang sunnah nescaya selamat.artikel yg menarik teruskan menulis ..