Saturday, August 29, 2009

Perbuatan yang mencemar kemulian Ramadhan!!!

[arakkepalalembu3.jpg]

N'N':Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini.Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

3 comments:

Ayid said...

"Sungguh sedih melihat kekurang bijaksanaan sebilangan umat Islam terutama orang Melayu yang mendakwa mereka cintakan agamnya. Perbuatan mengarak kepala lembu yang telah disebelih dan berkumpul di hadapan bangunan kemudian memijak-mijak kepala lembu itu adalah satu tindakan yang kurang bijak memalukan umat Islam. Mungkin ini ajaran Hadari

.

BUJANG SUSAH said...

Biarkan si bodoh terjun dgn labu2nya... biarkan...biarkan...

Na'im Nikmat said...

Firman ALLAH S.W.T:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6)