Friday, August 21, 2009

Orang yang engkar pasti masuk neraka..

Tuan Guru Nik Aziz kata:
"tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia, kepada pak turut Nabi Muhammad S.A.W". Itu adalah kenyataan TGNA yang sangat senang difahami. Didalam dunia ini hanya ada seorang manusia yang maksum dan manusia mulia itu ialah Rasulullah S.A.W. Rasulullah pernah berpesan:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku" .


Dalam dakwah TGNA selalu beliau berpesan supaya kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, tinggalkan kebangsaan dan tinggalkan sekularisme.Terlampau susahkah untuk difahami nasihat-nasihat TGNA ini? Didalam Al-Quran terang-terangan menyatakan bahawa golongan yang kufur maka Neraka jawapannya.Kufur bermaksud golongan yang engkar.Siapa yang engkar? Yang engkar ialah yang mengikut dasar lain selain Islam. Apa dasar lain selain Islam? Dasar2 lain selain Islam diantaranya Nasionalisme,Sekularisme,komunisme,Sosialisme Dll.Maka jika seseorang mengamalkan dasar lain selain Islam mereka adalah golongan yang engkar dan tempatnya pasti dineraka.Namun berbeza dengan Demokrasi kerana terdapat Ijmak dalam berdemokrasi

Sehingga kehari ini umat islam diseluruh dunia masih lagi tidak bersependapat tentang keperluan untuk menjalankan Demokrasi.Sesetengah dari kalangan umat islam berpendapat Demokrasi adalah haram kerana ianya adalah sistem yang dibawa oleh golongan kufar.Namun kebanyakan dari umat islam pula telah bersepakat untuk menjadikan Demokrasi sebagai landasan untuk menegakkan hak-hak ALLAH S.W.T berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Keputusan ini dilakukan melalui ijmak.Ijmak ialah hasil ijtihad majoriti Ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya/hukumnya sama ada didalam Al-Quran ataupun As-Sunnah.Apabila suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti Ulama yang Muktabar,maka ia diterima sebagai Ijmak.Kesahihan Ijmak sebagai sumber ketiga pemerintahan Islam diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W yang terkandung didalam dialog Baginda dengan Muaz bin jabal yang telah dilantik sebagai Gabenor Yaman.
Baginda bertanya kepada Muaz bin jabal:
“Dengan apakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara?”
Jawabnya: “Dengan Kitab ALLAH.
“ Nabi bertanya lagi: “Jika kamu masih tidak temui/ketahui?”
Jawabnya: “Dengan Sunnah Rasulullah.”
Rasulullah bertanya lagi: “Jika tidak kamu dapati juga?”
Jawabnya: “Aku berijtihad dengan fikiranku.”
Lalu Rasulullah telah bersabda: “Alhamdulillah Dia telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang dicintai oleh ALLAH dan RASUL Nya.”

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan dimuka bumi, melainkan sesudah ia melantik seorang dari mereka menjadi ketua”(HR Imam Ahmad)


Dalam senario politik negara hari ini kita tiada pilihan selain demokrasi. Ulama'berijtihad bahawa selagi belum muncul sistem pemerintahan yang lebih baik dari demokrasi, maka kita manfaatkan demokrasi ini untuk sedikit ruang agama ini boleh disampaikan. Kita tidak mencipta demokrasi tapi kita dipaksa berjuang digelanggang demokrasi.
Bila ada ulama berijtihad di bawah hukum 'mengambil kemudaratan yang lebih ringan' ada pula suara-suara yang tidak bersetuju.Sedangkan kita tahu, bukan sesuatu yang mudah untuk ulama-ulama ingin mengeluarkan fatwa mereka ,bahkan bukan mudah para mujtahid ingin mengeluarkan ijtihadnya. Segalanya dilakukan penuh penelitian dan pengkajian dan keputusan yang diambil hasil persepakatan bersama.
Jika sekiranya kita tinggalkan demokrasi dan tinggalkan pilihanraya , apa yang dapat kita jangkakan berlaku pada situasi politik negara ??...atas jangkaan-jangkaan 'kemudaratan' itulah sebab dan musabab untuk meneruskan kerja di gelanggang demokrasi dengan harapan demokrasi acuan Barat ini dapat kami hapuskan dan digantikan dengan Syura InsyaALLAH.


Firman ALLAH S.W.T:

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(Surah al-Baqarah ayat39)


Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.(Surah Al-Insan ayat 1-4)

1 comment:

Unknown said...

Selamat berpuasa dari ijoks2009,semoga amalan kita tahun ini diterima oleh Allah dan dipanjangkan umur kita agar dapat berpuasa kembali tahun hadapan.Amin..