Wednesday, August 26, 2009

(Terkini) Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam.

Khamis, 20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat. Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka. Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.

Al-Ummah menyatakan, Gaza adalah sumber kekuatan kerohanian Islam, dan malangnya Hamas yang mana mendakwa mereka pejuang Islam, dengan jelasnya telah menyimpang dari ajaran itu. Mereka juga mendakwa, pimpinan Hamas seperti Ismail Haniyya, Mahmoud Al Zahhar, Younis Astal dan Khalid Mashal, telah menjadi pengikut telunjuk barat selagi mana Hamas mempercayai sistem pilihan raya merupakan medan bagi membentuk sebuah kerajaan. Mereka mendakwa , Hamas seharusnya menjalankan Undang-undang Islam, dan mempraktikkan sebagaimana ajaran ahli Sunnah dan Al-Quran.

Tentera Kebangsaan itu menafikan pejuang Hamas adalah ‘mujahidin’, dan menukarkan mereka kepada gerakan dan penentang Islam. Mereka terus mengugut untuk bertindak balas selagi Hamas menyerang pejuang mereka. Tentera Al Ummah merupakan rangkaian Al Qaeda, yang mana pemimpin mereka di Gaza, Abu Hafss, telah meyatakan Hamas tidak mengikut acuan syariah yang telah diwahyukan oleh Allah dan tidak mengikut ajaran Islam. Dia menambah, kumpulan mereka tidak bersangkut paut dengan Al-Qaeda dan hanya sama melalui ideologi perjuangan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

N'N':Hamas,Fatah dan kini Al-Ummah kenapa mereka tidak bersatu menentang musuh yang sama yakni Zionis laknatullah.

1 comment:

Fitnah Khawarij said...

apakah nanti Hamas akan menjadi mangsa seperti FSA yg dituduh murtad dn kafir oleh ISIS kerana dituduh tunduk kpd barat?

sedangkan ISIS itu khawarij kerjanya mengkafirkan org islam dan menghukum dgn mudah mereka yg tk sehaluan dgnnya.

apakah ini fitnah besar yg akan melanda Hamas?