Tuesday, August 25, 2009

Balasubramaniam dan Yusri ada persamaan..

http://alisabki.files.wordpress.com/2008/07/subra21.jpghttp://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/08/yusri-aug20.jpg


Balasubramaniam pernah menggegarkan Malaysia apabila tampil berani menjadi saksi kepada kes Altantuya yang mencabar kredebiliti PM Malaysia sekarang Dato Seri Najib Tun Razak.Namun sebaliknya berlaku apabila Balasubramaniam keesokan harinya menarik balik perakuan sumpah itu tanpa pengetahuan peguamnya. Perakuan itu ditarik balik sebelum Balasubramaniam hilang tidak lama kemudian.

Yusri pula pada 20 Ogos lalu, rakan kongsi Rohaizat, Yusri Ishak membuat pendedahan tentang salahlaku Rohaizat di Yayasan Aman, Penanti. Bukan setakat sidang media, malah beliau turut serta dipentas-pentas ceramah Pas pada malam-malam berikutnya.Dalam sidang media di Yayasan Aman, Yusri begitu tenang dan menjawab soalan-soalan secara spontan, tanpa membayangkan sebarang perasaan takut atau dipaksa.Namun sebaliknya berlaku apabila beliau telah membuat satu lagi sidang media beberapa hari kemudiannya, jauh dari Permatang Pasir. Sidang media yang dibuat di Hotel Grand Season, menyaksikan Yusri membuat ‘about-turn’, dan menyatakan kekesalan beliau kerana Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan isu tersebut. Sidang akhbar hari ini agak aneh dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

N'N':Kedua-dua mereka tampil menyatakan kebenaran,namun selepas membuat kenyataan yang agak berani kedua-duanya tiba-tiba menrik balik kenyataan itu.Anda sebagai orang yang bijak seharusnya tahu apa yang berlaku.Anda nilai sendiri..

No comments: