Nuffnang

Innity

Innity

Saturday, August 31, 2013

Friday, August 30, 2013

HAIRAN DUA KALI UMNO TINGGAL (GAMBAR)


Misteri Nusantara.....

WAJIB LIHAT & BACA: ADA PERSAMAAN ANTARA LEMBU DENGAN SESETENGAH MANUSIA (GAMBAR)


İni memang pelik, bukan cobaan, tapi memang benar!! İni lembu dalam studio!! İni bukan di Malaysia, ataupun di Mexico tapi di Turki! Orang2 Turki di sini pun terkejut. Kata mereka ini sejarah! (Türk televizyon tarihinde bir ilk).

Orang Turki memang gila!! Mereka menjadi gila melihat ummat menderita. İni satu lagi drpd siri-siri kegilaan mereka. Kehadiran lembu ini dalam studio, di dalam berita TV Turki, dan memang mengejutkan. Lembu ini diwawancara oleh pengacara berita tersebut tentang hal2 umat berkaitan situasi di Syria dan Mesir. Memanglah lembu ini membisu, dan pastilah juga ianya tidak boleh menangis. Sungguh Sinis!! Sinis!!Sinis terhadap seluruh dunia yang membiasu!!

Pepatah Turki ada mengatakan melihat sesuatu tanpa sebarang reaksi, macam pandangan lembu. Cuba lihat betul2 cara lembu melihat dan merenung, tanpa reaksi dan kaku!! TV ini cuba menyampaikan kepada umat keseluruhannya bahawa org yang hanya melihat pembunuhan, kekejaman dan kezaliman tanpa ada sebarang reaksi adalah seperti lembu. Benar sekali kata Recceb Tayyib Erdogan, untuk bersimpati kita hanya perlu jadi manusia. Kita tak mampu menghantar jasad, hantarkan saja doa! Semoga Allah memberikan bantuan dan pertolongan kpd saudara2 kita dan semoga Allah memlihara umat ini dan agama ini. İnshaAllah.

INILAH PERKARA YANG TELAH DISOROK DALAM FILEM 'TANDA PUTERA'....


Wednesday, August 28, 2013

RAIS YATIM BOLEH MENANGIS BILA BACA STATUS NI (GAMBAR)


Akhirnya!!! Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!!



Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang.

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik... negara jiran yang mana satu entahlah..

Sebenarnya Datuk Seri.. bukanlah rakyat menunggu bendera yang diberikan oleh Kerajaan.. atas semangat patriotik rakyat sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bendera itu...

Tetapi Datuk Seri.. oleh kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari kalangan yang rajin membaca dan juga bukan terdiri dari kalangan yang mudah lupa seperti ahli UMNO itu..

Dan masih terngiang-ngiang dalam ingatan akan kata-kata seorang sejarahwan yang juga seorang Profesor sebelum PRU13 yang lalu.

Kerana beliau adalah seorang Proffesor maka rakyat berpegang dan menghormati akan kata-katanya itu..

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya pada 9 September 2011.

Katanya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun... Videonya sila lihat di SINI

Jadi Datuk Seri.... bila Proffesor tu dah kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kita memasang bendera menyambut hari Merdeka?

Sedangkan kita tak pernah dijajah.. jadi kenapa kita menyambut Hari Merdeka ni?.. kita Merdeka dari siapa?

Hingga kini Datuk Seri.. rakyat masih tertunggu-tunggu apakah benar kenyataan Professor itu atau hanya satu hujah untuk membolehkan Mat Sabu dianggap menghina anggota Polis suatu masa lalu..

Tuesday, August 27, 2013

SILA BERHATI-HATI BUKU YANG DIFATWAKAN HARAM INI MUNGKIN SUDAH BERADA DIRUMAH ANDA (GAMBAR)


Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playboy kini difatwakan haram.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

Saturday, August 24, 2013

SAKASTIK BUAT ULAMA MUDA UMNO (STATUS FB)


Nabi s.a.w, bersabda :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SIAPAKAH YANG DR.MAZA MAKSUDKAN SEDANG PUTAR BELIT DAN MENGKHIANATI NAS & HUKUM ISLAM (STATUS TWEET)

Wednesday, August 21, 2013

SITUASA MESIR: SILA PILIH ANTARA DUA HUJAH INI......


Hujah pertama:

- semasa Husni Mubarak jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Husni Mubarak jatuh Dan Mursi naik, wajib iktiraf Mursi sbg pemimpin Mesir dan taat kpd Mursi dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan Mursi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Mursi hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.

- semasa Mursi jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Mursi jatuh Dan Sisi naik, wajib iktiraf Sisi sbg pemimpin Mesir dan taat kpd Sisi dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan Sisi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Sisi hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.

- semasa Sisi jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Sisi jatuh Dan Org lain naik, wajib iktiraf org lain itu sbg pemimpin Mesir dan taat kpd org lain itu dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan org lain itu. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan org lain itu hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.

Kita perlu Konsisten dlm hukum. Jgn ikut halalkan Demonstrasi utk menjatuhkan pemimpin dengan hujah Martin Luther berjaya dgn demonstrasi...

Ingatlah, perbuatan org kafir tak pernah jadi dalil dlm Islam, apatah lagi bila mudharatnya lebih besar.

Gantikanlah demonstrasi dgn Nasihat Dan Ketaatan dlm perkara makruf.


Hujah kedua:

Hujah puak itu, sesiapa pun yang naik menjadi pemerintah, walau dengan apa jalan sekalipun termasuklah dengan cara rampasan kuasa/menipu dll maka wajiblah ditaat.

Alkisah, 'Ada sebuah keluarga, suami-isteri dan 2 orang anak-anak yang dicerobohi dan ditawan oleh seorang perompak yang menggunakan pedang samurai lalu si suami itu pun dibunuh. Setelah itu perompak itu pun menguasai keluarga tersebut yang terdiri daripada Isteri dan dua orang anak-anak.

Adakah perompak itu 'automatik' menjadi suami kepada si Isteri dan Bapa kepada dua orang kanak-kanak terbabit? Atas alasan dia yang menguasai keluarga terbabit sekarang dan jika melawannya akan mengakibatkan mudharat, pertumpahan darah, dll?

Adakah si Isteri kena redha, sabar dan solat saja melayani kehendak 'suami barunya' itu yang datang tanpa diundang dan anak2nya kena panggil perompak itu Bapa? Kalau lawan maka berdosa dan jadi khawarij?

Sedangkan ada hadith Rasulullah SAW yang bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Jika keluarga yang kecil itupun tidak mudah bagi sang perompak untuk menguasainya dan menjadi 'pemerintah' yang sah inikan pula sebuah negara. Jika akad nikah syarat seorang lelaki menjadi suami maka bai'ah dan pengesahan dari perundangan merupakan syarat seseorang jadi ketua.

Dalam konteks dunia moden hari ini ialah pilihanraya dan rakyat yang memberi mandat bukannya sesiapa saja datang bawa tentera lalu kuasai negara dengan bunuh dan tangkap orang awam.

Seterusnya duduk dalam rumah menanti dengan doa tanpa keluar berusaha mengubah nasib mereka samalah macam kisah bani Israel yang berkata kepada Musa;

قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, & berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja."


N'N: aku pilih hujah kedua.....

KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA: INI SYARAT BARU JADI RAKYAT MALAYSIA KALAU TAK PENUHI ANDA KENA KELUAR DRPD NEGARA INI (GAMBAR)


Syaratnya anda perlu sayang Tun M.....kah3....

Sunday, August 18, 2013

INILAH BUKTI PALING YANG KONKRIT BAHWA MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM (GAMBAR)


Di Mesir walaupun dlm keadaan darurat tetapi kaum lelaki & perempuannya masih menjaga batas2 syariat...Manakala di Malaysia pula korang fikirlah sendiri....

Saturday, August 17, 2013

INI YANG BERLAKU BILA MANUSIA2 BANGANG NAK KOMEN ISU MESIR (STATUS FB)


(Macai umno & Agamawan pro umno memang hebat bila buat komen)

Jihad yang berlaku di Mesir adalah sebesar-besar jihad. Sesiapa yang bersikap sinis terhadap apa yang berlaku, memperlekeh dan mempersoalkan mereka yang syahid, berhati-hatilah. Ditujukan juga kepada pihak media yang bersekongkol dengan golongan penzalim menfitnah rakyat Mesir melakukan makar dan huru hara dan dengan itu mereka wajar ditembak oleh tentera.

Ingatlah apa yang diucapkan (dan lebih besar dari itu menyebarkan pula berita-berita bohong tentang para syuhada dan mukhsinin) pasti akan diminta pertanggungjawaban.

Sedang mereka yang terbunuh kini insyaAllah sedang bergembira dengan nikmat Allah, kita pula yang akan berdiri di depan Allah dan diminta pertanggungjawaban atas keceluparan dan kebiadaban kita terhadap para syuhada. (sedangkan apabila saudara mara dan kenalan kita meninggal kita mendoakan agar ruh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan syuhada dan solihin)

Hayatilah hadis Nabi tentang golongan yang berdepan dengan penguasa yang zalim. Mereka bersama penghulu para syuhada iaitu Sy Hamzah bin Abd Mutalib r.a. (sahabat dan bapa saudara kesayangan Rasulullah SAW)


سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

Penghulu para Syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zhalim lalu ia menyuruhnya dan melarangnya, lalau pemimpina itu membunuhnya. (Hadits Shahih dalam Mustadrak ‘ala shahihain, imam Al Hakim no. 4884).

Dalam hadits yang lain ditegaskan:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar di hadapan pemimpin zhalim (H.R. Abu Dawud no. 4344, Ibnu Majah no. 4011, dishahihkan oleh Syaikh Al Bani).

GAMBAR INI AKAN TERANGKAN SITUASI YANG BERLAKU DI MESIR




Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital.

Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup. Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun. Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing). Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.

Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala keceraan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.


Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel Rahman, doktor pakar bius (anesthetist).
Medan Rabaah.
9.44pm, 15 Ogos 2013.

Thursday, August 15, 2013

PERKEMBANGAN MESIR: BERITA & GAMBAR YNG TIDAK AKAN ANDA LIHAT DI TV1,TV2 &TV3



10 FAKTA TRAGEDI MESIR BERDARAH

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID &lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan &bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah &amkampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi &mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM &KEMENANGAN ISLAM

Moga Allah LAKNAT &HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!

Thursday, August 8, 2013

BEGINILAH RAKYAT SYRIA DIRAIKAN SEMPERNA AIDILFITRI OLEH PEMERINTAH MEREKA (GAMBAR)


Apakah salah si kecil ini sehingga terpaksa menahan dan meraung kesakitan sebegini rupa. Wahai saudaraku kalian yg memiliki akal fikiran yang waras dan sifat belas kasihan? Bagaimana kiranya bayi ini adalah anak anda? Atau adik anda? atau cucu anda?

Ya Allah kau hancurlah kerajaan syiah pimpinan Basyar Assad dan sekutu-sekutu mereka, azablah mereka dgn azab yg pedih. Sungguh mereka menzalimi hamba-hambamu dengan kezaliman yang amat dahsyat.

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Saturday, August 3, 2013

ROSMAH BOLEH MENANGIS BILA TENGOK GAMBAR NI.


Tidak ada kena-mengena dgn mana2 rosmah samada masih hidup atau telah mati........

Innity