Hujah pertama:
- semasa Husni Mubarak jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Husni Mubarak jatuh Dan Mursi naik, wajib iktiraf Mursi sbg pemimpin Mesir dan taat kpd Mursi dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan Mursi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Mursi hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.
- semasa Mursi jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Mursi jatuh Dan Sisi naik, wajib iktiraf Sisi sbg pemimpin Mesir dan taat kpd Sisi dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan Sisi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Sisi hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.
- semasa Sisi jadi pemimpin, haram Demonstrasi utk menjatuhkannya. Namun bila Sisi jatuh Dan Org lain naik, wajib iktiraf org lain itu sbg pemimpin Mesir dan taat kpd org lain itu dlm perkara makruf Dan haram melakukan pemberontakan Dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan org lain itu. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan org lain itu hendaklah dinasihati Dan dibantu utk memperbaikinya.
Kita perlu Konsisten dlm hukum. Jgn ikut halalkan Demonstrasi utk menjatuhkan pemimpin dengan hujah Martin Luther berjaya dgn demonstrasi...
Ingatlah, perbuatan org kafir tak pernah jadi dalil dlm Islam, apatah lagi bila mudharatnya lebih besar.
Gantikanlah demonstrasi dgn Nasihat Dan Ketaatan dlm perkara makruf.
Hujah kedua:
Hujah puak itu, sesiapa pun yang naik menjadi pemerintah, walau dengan apa jalan sekalipun termasuklah dengan cara rampasan kuasa/menipu dll maka wajiblah ditaat.
Alkisah, 'Ada sebuah keluarga, suami-isteri dan 2 orang anak-anak yang dicerobohi dan ditawan oleh seorang perompak yang menggunakan pedang samurai lalu si suami itu pun dibunuh. Setelah itu perompak itu pun menguasai keluarga tersebut yang terdiri daripada Isteri dan dua orang anak-anak.
Adakah perompak itu 'automatik' menjadi suami kepada si Isteri dan Bapa kepada dua orang kanak-kanak terbabit? Atas alasan dia yang menguasai keluarga terbabit sekarang dan jika melawannya akan mengakibatkan mudharat, pertumpahan darah, dll?
Adakah si Isteri kena redha, sabar dan solat saja melayani kehendak 'suami barunya' itu yang datang tanpa diundang dan anak2nya kena panggil perompak itu Bapa? Kalau lawan maka berdosa dan jadi khawarij?
Sedangkan ada hadith Rasulullah SAW yang bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Jika keluarga yang kecil itupun tidak mudah bagi sang perompak untuk menguasainya dan menjadi 'pemerintah' yang sah inikan pula sebuah negara. Jika akad nikah syarat seorang lelaki menjadi suami maka bai'ah dan pengesahan dari perundangan merupakan syarat seseorang jadi ketua.
Dalam konteks dunia moden hari ini ialah pilihanraya dan rakyat yang memberi mandat bukannya sesiapa saja datang bawa tentera lalu kuasai negara dengan bunuh dan tangkap orang awam.
Seterusnya duduk dalam rumah menanti dengan doa tanpa keluar berusaha mengubah nasib mereka samalah macam kisah bani Israel yang berkata kepada Musa;
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, & berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja."
N'N: aku pilih hujah kedua.....
No comments:
Post a Comment