yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, July 14, 2012

KORANG PERNAH TENGOK ORANG MASAK GUNA KERETA (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/406251_4231894033600_60136030_n.jpg

Itu baru panas dunia belum panas akhirat lagi bro........

BEKAS PENGETUA NI CUKUP MASAK DENGAN PERANGAI UMNO.



PONTIAN: Gara-gara dianggap penyokong pembangkang, bekas Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di negeri ini telah di tukarkan sejauh 360 kilometer.

Hj Jasimin, 63 berkata penyertaannya dalam gerakan Islam PAS adalah diatas kesedaran disamping penyalahgunaan kuasa jelas berleluasa sewaktu beliau masih bergelar kakitangan kerajaan lagi.

”Saya tak payah ambil contoh yang jauh. Saya lihat dengan kepala dan mata sendiri bagaimana penyelewengan itu boleh dibuat.

”Saya di buang daerah sejauh 3 jam perjalanan. Kononnya di buang daerah kerana penyokong PAS. Sebagai seorang bekas Pengetua, saya tiada apa-apa kepentingan. Yang saya utamakan adalah keselesaan pelajar saya mengikuti pembelajaran yang kondusif.

”Suatu ketika, atap bocor dalam bilik darjah menyebabkan aliran elektrik terganggu. Jadi, saya buat permohonan kepada pihak terbabit untuk membaikinya.

”Apabila peruntukan itu sudah sampai. Alangkah terkejutnya saya lampu kalimantang yang harga pasaran sekitar RM120, diclaim RM360. Berkali-kali ganda naik.

”Saya ajukan pertanyaan ini kepada pihak terbabit. Malangnya, bukan penjelasan yang saya terima, tapi saya pula dimarahnya pula. Dia kata saya tak berterima kasih. Untungnya diberikan peruntukan, kalau tak bagi?, katanya.


”Ya, Allah. Saya minta bukan untuk kepentingan saya. Ia untuk kemudahan anak-anak murid saya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Penyampaian sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan, di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru-baru ini. SUMBER

REALITI BR1M: UMNO/BN BAGI KITA AMBIL, TAPI BIILA MENGUNDI KITA UNDI PR (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/406145_442030785830201_2128287578_n.jpg

Rakyat tidak berhutang apa-apa dengan kerajaan bahkan kerajaan yang berhutang dengan Rakyat yang telah menyokong mereka....

GAMBAR YANG SAYU.....

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/380690_395218127206239_1391064651_n.jpg

Mungkin ada daripada kalangan kita yang bernasib baik terlupa apa yang dipanggil 'lapar'...Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba nanti akan mengajar kita apa itu 'lapar'....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)