Tuesday, July 24, 2012

POLIS RAMPAS RANTAI EMAS SELEPAS BELASAH SAYA

"Anggota polis tersebut memukul saya di perut, di belakang dan di punggung...

"Kemudian dia (anggota polis) menarik rantai emas saya dan menyimpannya di dalam poket," katanya pada sesi pendengaran hari ini.

http://www.antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/leong%20rantai.jpg


KUALA LUMPUR: Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 hari ini diberitahu bahawa seorang anggota polis bertindak merampas barangan berharga milik seorang peserta selepas dikasari.

Saksi kesebelas, Leong Sew Meng mendakwa beliau dibelasah anggota polis beruniform yang tidak memakai tanda nama sebelum rantai emas milikinya dirampas.

"Anggota polis tersebut memukul saya di perut, di belakang dan di punggung...

"Kemudian dia (anggota polis) menarik rantai emas saya dan menyimpannya di dalam poket," katanya pada sesi pendengaran hari ini.

Leong yang pada ketika itu memakai baju hijau 'Lynas' turut mendakwa dirinya diheret ke arah Kelab Sultan Selangor dan sekali lagi dipukul sekumpulan anggota polis sebelum dibawa pula ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Saya dipukul lagi selepas itu oleh sekumpulan anggota polis tersebut walaupun saya merayu (mereka) berhenti.

"Ketika saya dibelasah oleh sekumpulan polis tersebut terdapat seorang anggota yang menggunakan tanda nama 'Koh' berbangsa Cina yang hanya melihat saya dipukul.

"Kemudian saya bertanya kepada anggota polis berbangsa Cina tersebut, mengapa membiarkan saya dipukul, tetapi beliau tidak menjawab," katanya.

Susulan kenyataan itu Naib Presiden Suhakam, Datuk Khaw Lake Tee meminta pihak polis menyiasat anggota yang dimaksudkan oleh saksi kerana dipercayai nama tersebut pernah disebut oleh saksi lain sebelum ini.

Katanya berkemungkinan anggota polis berkenaan akan dipanggil memberi keterangan.

"Tolong siasat siapa anggota polis yuang dimaksudkan oleh saksi ini kerana saksi sebelum ini pernah menyebut nama yang sama.

"Jika perlu kita akan panggil anggota polis yang dimaksudkan untuk memberi keterangan," tegas Khaw.

Sesi pendengaran bersambung.

SUMBER:http://antarapos.com/

No comments: