Monday, March 26, 2012

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG LADANG TEH DI LENGGONG DAN APA KENA-MENGENANYA DENGAN UMNO.

Sekitar awal 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh – teh yang lain. Produk ini suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan penduduk Lenggong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 700 ekar dibangunkan melalui PKNK ini telah memberi peluang pekerjaan serta maanfaat yang besar kepada penduduk setempat.


namun itu suatu waktu dahulu..sekarang..?? mana pergi pokok2 teh..apa yg terjadi kepada ladang Teh Lenggong hari ini..?? kilang teh..??

Kilang memproses serbuk teh yang ditinggalkan


Maka atas rasa tanggungjawab Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak telah membuat tinjauan ke tapak ladang .. namun rombongan mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang teh Lenggong yang telah usang.

Rombongan disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah rombongan mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan warga asing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.


Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.

Seluruh kawasan ladang teh yang dikatakan berkeluasan sekitar 700 ekar telah digondolkan dan rombongan difahamkan oleh individu yang berada disitu tanah ladang teh itu telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok ‘eucalyptus’. Dari maklumat yang diberikan juga, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India.


Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan

Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan

Lihatlah apa lagi yang tinggal?

Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong





Oleh yang demikian, pihak Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak memohon Dato’ Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) yang juaga merupakan ketua kerajaan pada masa ini supaya membuat penjelasan kepada rakyat negeri Perak keatas perkara berikut :


1. Apakah sebab ladang teh ini ditutup dan berapakah kerugian wang rakyat yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Perak hasil penutupan ladang teh Lenggong ini

2. Bagaimana tanah ladang teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian?

3. Tinjauan rombongan mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran angagaran lebigh dari 1000ekar telah teroka. Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?

4. Bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam dikawasan ini kerana difahamkan ianya boleh menggangu sistem akeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong .

Penyelidikan melalui web seperti dibawah menjelaskan kenapa ianya diharamkan.
Sila Rujuk :

http://www.deccanherald.com/content/134708/govt-bans-eucalyptus-cultivation-parts.html

http://zeenews.india.com/news/karnataka/k-taka-bans-plantation-of-eucalyptus-and-acacia-on-forest-land_694703.html

http://www.climatemediapartnership.org/reporting/stories/maathai-calls-for-eucalyptus-ban/

http://www.wrm.org.uy/bulletin/150/Brazil.html

http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html


Haji Razman Bin Haji Zakaria
Pengerusi
Lajnah Pembangunan
Tanah & Wilayah PAS Perak.

sumber lenggongkite

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai orang Perak..apatah lagi memebsar dkt dgn Lenggong...memang rasa sedih..patutnya kerajaan yg memerintah kena la seimbang antara nak cari duit dgn kawasan yg patut dibiarkan semulajadi...
Rugi org Lenggong..rugi pada Perak sebab dh lepaskan satu tanah yg cukup bererti jika dibangunkan tempat rekreasi.
Cuma tanah di lepaskan semasa zaman PKR atau BN..yg ni org Pejabat Tanah je yg tau..