yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, May 10, 2011

Bukan Sahaja Karier Politik Mahu Dibunuh, Mereka Juga Mahu Nyawa DSAI, Kereta DSAI Disabotaj......

http://3.bp.blogspot.com/_s_IzXeynzkg/SNCaqxhFVYI/AAAAAAAAAJs/jpwtzZpM2TE/s320/240820081381.jpg

Pemandu Dakwa Mungkin Ada Cubaan Membunuh Anwar.

Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini. Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga. Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.
Sani ketika berkata, kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, hujung bulan lalu. Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah pulang dari satu program PKR di Chemor, Perak.

“Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan.“Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku,” katanya yang turut menyertakan bukti gambar bahagian brek tersebut.
Menurut Sani, kereta itu kali terakhir diperiksa bulan Oktober tahun lalu. Pada 4 Mac lepas, kereta Anwar rosak apabila mereka yang dipercayai petugas Umno BN mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Anwar..

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan. “Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini” kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.

Sumber:http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/unsur-khianat-pemandu-anwar-buat.html

Gambar Utusan Malaysia Kembali Berperanan...Tahniah...


Berperanan menjadi pembungkus Nasi Lemak......

Jawapan Untuk Penjimatan Petrol: Kereta Yang Dijana Menggunakan Kotoran Manusia(Najis)...

Sebuah kereta mampu berjalan dengan gas metana yang dihasilkan oleh kotoran manusia. Kotoran manusia yang dibuang di tandas di 70 rumah mampu menjadi sumber daya berkendara selama satu tahun.

Teknologi konversi ini telah digunakan di masa lalu, tetapi mobil Bio-Bugâ adalah kereta pertama asal Inggris yang berjalan dengan gas metana tanpa mengurangi kinerja. Teknologi ini dapat menjadi tenaga bagi kereta konvertibel VW Beetle ke 114mph.

Mohammed Saddiq dari perusahaan energi GENeco yang mengembangkan prototipe kereta ini mengatakan bahawa pengguna kereta tidak akan menemukan adanya perbezaan.

Sebelumnya, gas belum cukup bersih untuk menjadi bahan bakar kendaraan bermotor, tanpa mempengaruhi kinerja kata Saddiq.

Namun, melalui penggunaan teknologi terbaru Bio-Bug, pemandu mampu merasakan kereta konvensional apapun dan menggunakan bahan bakar yang boleh diperbarui.

Big-Bug merupakan kereta 2 liter VW Beetle yang telah dimodifikasi untuk berjalan dengan bahan bakar konvensional dan gas metana.

Kereta tetap boleh berjalan dengan bahan bakar biasa, namun secara automatik berpindah ke metana ketika mesin meningkatkan suhunya.

Sumber:http://www.borakkosong.com/

Bob Lokman Dan Dr.Asri Berbicara Tentang Subsidi GULA...

http://www.ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/kurangkan-gula.jpg

Sedih dan kecewa dengan kenaikan harga gula 20 sen, selepas minyak ron 97 juga naik 20 sen,

apakah nasib ibu-ibu dan anak-anak miskin ?

adakah mereka sudah cukup dibela ?

tidaklah kenaikan ini hanyalah untuk kesenangan pihak tertentu sahaja, pasti harga makanan yang melibatkan gula akan naik dengan kadar tidak munasabah, cuba renungkan dan hayati sajak karya Dr Asri ini untuk kesedaran kita bersama.(Bob Lokman)


KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI ?
( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin )

kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu , wang mesti dicatu , kita menuju maju ..
kalian kata : semua menderita , habis harta negara ..
kalian berbahasa ; bukan barang naik harga ,
cuma subsidi turun sahaja ..

kami orang desa , mungkin tidak pandai kira berjuta-juta ..
kami orang kecil kota , mungkin tiada sedemikian harta ..
jika kalian tipu sebegitu , biasanya kami diam selalu ..
tapi dapatkah kami dibohongi , tentang suapan saban hari ?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah .. ?
papa semakin parah.. ? wang semakin lelah ..?
jika semalam berlauk , hari ini cuma berkuah ..
kerana kerajaan kita sedang susah .. ?
maka subsidi kita terpaksa diserah ..

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang semakin angkuh , wang papa makin rapuh ..
apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah .. ?
makananmu sayang , sebahagiannya sudah hilang ..

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari ?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi ..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini ..
atau kami jadi insan curang ..
kami beritahu : cuma subsidi sahaja yang kurang ?
tiada apa yang hilang , nanti akan datang wang melayang ..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi !
pernahkah kalian mengintip kehidupan kami ..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati ..
kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut ..
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa , menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa ?
rumah bocor yang lanjut usia ?
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak asak
siang kami sebak , malam kami sesak ..

sedangkan kalian manusia angkasa ..
istana permata dibina , kereta berjuta dirasa ..
elaun di serata , dari isteri sehingga seluruh keluarga ..
hidangan istimewa , konon meraya kemakmuran negara ..

tapi kami masih di sini .. di teratak ini ..
dengan lauk semalam
dengan hidangan yang tidak bertalam ..
dengan rumah yang suram ..
dengan wang yang hampir padam ..

tiada istana lawa .. tiada kereta berharga ..
tiada layanan di raja .. tiada baju bergaya ..
tiada kediaman menteri .. tiada hidangan v.i.p
tiada persen di sana sini .. tiada bahagian anak dan bini ..

tiba tiba kalian kata : kamilah beban negara ..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna ..
kalian yang belasah , kami yang bersalah ..
kalian yang untung , hutang kami tanggung ..
kalian mewah melimpah , kami susah parah ..
kalian hilangkan wang , poket kami yang terbang ..
kalian bina istana , rumah kami jadi manga ..
kalian makan isi , kami dijadikan abdi ..

lantas , kalian rampas lagi subsidi ..
ke mana wang itu pergi nanti ?
jika kalian berhati suci , wajib menganti buat kami ..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga ?
jika tidak untuk minyak kereta ?
mengapa tambang tidak dipotong sahaja ..
tapi entah berapa kali janji ..
konon : nanti kami ganti , kami ganti , kami ganti ..
hari demi hari , ceritanya pun tidak berbunyi lagi ..
kami terus termanggu di sini ..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya mengigit jari ..

kembalikanlah kepada kami harta negara ..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa ..

Nukilan:Dr Asri

Sumber:FB Bob Lokman

Kelak Tiada Lagi Homoseksual Di Uganda.....

http://1.bp.blogspot.com/_sv6tn2wBXVU/TQdwwMp7qxI/AAAAAAAAACU/xQlUL_O00Oc/s1600/homoseksual.jpg
Gambar Hiasan

Uganda Akan Terapkan Hukuman Mati Bagi Homoseksual

KAMPALA - Sangat tidak beruntung Homoseksual hidup di Uganda.Negara di benua Afrika tersebut, kemungkinan akan menjalankan hukuman mati bagi homoseksual.

ParlImen Uganda akan mengambil keputusan dalam minggu ini. Organisasi-organisasi hak-hak asasi manusia menyuruh masyarakat antarabangsa supaya memprotes tindakan tersebut.

Sebelumnya Uganda pernah tidak meneruskan rancangan undang undang setelah menghadapi tekanan berat antara lain dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Dalam pernyataan pers Cary Alan Johnson dari Komisi HAM Lesbian dan Gay Internasional IGLHRC berkata, "Sangat mengejutkan bahawa undang undang antihomo ini kemungkinan diterapkan, padahal kami sudah memeranginya selama dua tahun. Masyarakat internasional tidak boleh membiarkan ini terjadi."

Homoseksual memang sudah dilarang di Uganda. Tapi anggota parlimen David Bahati tahun 2009 mengajukan usulan untuk meningkatkan hukuman.

Ia antara lain menuntut hukuman mati bagi kaum homoseksual yang membawa Hiv, virus penyebab Aids. Juga orang-orang homoseksual yang seringkali berhubungan seks sesama jenis atau dengan anak di bawah umur atau penyandang cacat harus boleh dikenai hukuman mati.

Sumber

Pemuda China Ini Dapat Hidayah Kerana Daging Babi...

Gara-Gara Daging Babi, Jang Menemukan Islam

Waktu baru menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing, China. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang laki-laki terlihat mendekati masjid.

Lelaki itu sejenak berdiri ragu di depan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkahkan kaki ke dalam masjid, apalagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang ditulis dalam bahasa China, Inggris dan Arab berbunyi “Hanya untuk Muslim.”

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

“Ada yang boleh saya bantu?” tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

“Saya ingin menjadi seorang muslim,” ujar lelaki yang disapa.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Ia membawanya ke pejabat “Komuniti Muslim” yang terletak di dekat bangunan masjid. Sang imam menyerahkan tiga buku kecil tentang Islam. Ia ingin lelaki itu lebih mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dipeluknya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tapi membaca banyak buku lainnya tentang Islam. Ia pun sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi untuk membuktikan bahawa ia tahu apa yang ingin ia lakukan.

Akhirnya, seorang imam membantunya mengucapkan dua kalimat syahadat dan lelaki muda itu rasmi menjadi seorang muslim.

Lelaki itu adalah Jang, yang setelah masuk Islam mengganti namanya menjadi Salim. Setelah bersyahadat, Salim menceritakan mengapa ia ingin menjadi seorang muslim.

“Semuanya berawal dari daging babi,” kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam untuk makan makanan secukupnya, termasuk larangan makan daging babi, membuat rasa ingin tahu Salim dan mendorongnya untuk mencari tahu lebih jauh tentang Islam.

“Saya meneliti jurnal-jurnal perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawabannya,” ujar Salim.

Ia menemukan jawabannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi najis kerana haiwan itu pemakan segala atau omnivora. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu misalnya, yang hanya makan tumbuhan. Sejumlah ilmuwan juga mengatakan bahawa makan daging babi, boleh menyebabkan 70 macam penyakit pada manusia.

“Saya menemukan kesimpulan yang sama dalam pengubatan tradisonal China yang tidak menggalakkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya,” tutur Salim.

Atas pengalamannya itu, Jang tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Ia kini menjadi sebahagian dari komuniti Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam sudah merambah negeri China melalui para pedagang, di era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada yang menyebutkan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah Muhammad Saw pernah mengunjungi China.

Meski komuniti Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi target penindasan dan diskriminasi pemerintah China yang berhaluan komunis. Tetapi siapa yang boleh menghalangi cahaya Islam dan hidayah yang Allah Swt berikan pada umatnya. Jang atau Salim adalah salah satu contohnya. Ia mendapatkan hidayah itu dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

Sumber:http://akueddie.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)