yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, November 25, 2009

Zambry pinjam duit Baitulmal ubahsuai rumah?


Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?
(Sumber)

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.(Sumber)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)