ALOR SETAR - Memang benar ada bai'ah dalam Pas, tetapi ikrar taat setia kepada parti, bukaannya mencerai isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, "Tiada taklik talak tiga dalam Pas yang bermaksud jatuh talak tiga sekali gus bagi seseorang wakil rakyat terhadap isteri mereka jika mereka 'melompat' parti selepas memenangi pilihan raya," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang dimaksudkan bai’ah dalam Pas adalah lafaz taat setia ahli pada parti bukannya melakukan penceraian seperti yang difahami sesetengah pihak.
“Bai’ah yang diamalkan Pas adalah ketaatan dan kepatuhan ahli terhadap perjuangan parti bukannya menceraikan isteri dengan talak tiga.
“Buat apa kita nak ceraikan isteri sedangkan mereka inilah yang memberi sokongan tetapi kalau ada segelintir ahli yang berfikir mahu menambah isteri, itu mungkin betul,” katanya ketika dihubungi, semlaam.
Beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang memperbesarkan isu ini kerana mahu menjatuhkan Pas dengan menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai tanggungjawab terhadap golongan wanita.
Mahfuz berkata, bai’ah yang diamalkan oleh Pas juga tidak pernah membabitkan institusi kekeluargaan kerana ahli Pas tidak mahu berl:akunya pengkhianatan terhadap keluarga.
:Menyokong kenyataan Mahfuz itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ahli Pas bersedia untuk melakukan bai’ah untuk kebaikan mereka, keluarga dan juga parti.
:Menurutnya, amalan ini merupakan amalan sama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum baginda berangkat untuk pergi berperang kerana ia merupakan salah satu cara menunjukkan ketaatan seseorang itu terhadap perjuangannya.
:“Ahli kita sedia melaksanakan bai’ah sebelum menyertai Pas kerana inilah yang akan membuktikan ketaatan kita kepada parti dan kita juga sanggup berjuang demi mempertahankan Pas.
:“Jangan kaitkan bai’ah ini dengan isteri mahupun keluarga kerana ini bukanlah cara yang diamalkan oleh Pas,” katanya.
:Beliau berkata, pihak lain diminta agar tidak mencampuri urusan dalaman Pas termasuklah urusan angkat sumpah yang dilakukan kerana ini mampu merobohkan keutuhan yang telah dibina oleh parti itu.
6 comments:
semoga kes ni dapat diselesaikan dgn baik, gerun juga dgr kalau sampai kena talak
salam tuan...
khianat bukan setakat cerai isteri je,silap2 tak cium syurga.
Assalamualaikum..
Hadis Arba'in An-Nawawi..
ke-14
Jiwa Seorang Muslim Terpelihara..
Ibnu Mas'ud ra. berkata,Rasulullah saw. bersabda,
" Tidak halal darah seorang muslim yg bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan aku adalah RasulNya,kecuali disebabkan oleh salah satu dari tiga hal; tsayyib( org yg sudah mmenikah/janda/duda) yg berzina,membunuh orang,meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah"
(HR Bukhari dan Muslim)
MashaAllah..mgkin kt semua boleh hayati ap yg ign dsampaikan dr hadis ni..
Memisahkan diri dari jamaah..
halal darahnya..
mnceraikn isteri / dibunuh..
maaf andai ana tersilap..
mgkin ad sesiapa yg ingn beri penjelasan..
Wallahualam..
Salam Na'im,
Dalam kes ini hanya orang yang tidak mengenali perjuangan PAS sahaja yang akan buat havoc.
Contoh senang beginilah..Kita bergaduh suami isteri nak cerita dengan orang lain pergaduhan kita?Orang tahu tak masa berbaik balik suami isteri?Sebab masa baik kita tak cerita dengan orang..masa gaduh kita cerita pada orang...
Naim, Yang putar belit tu orang ada akan. Tapi akal tak guna dng betul:
Manusia telah dicipta oleh ALLAH SWT dari setitip air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia di berikan akal dan fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas. Orang yang berakal itu ialah orang yang akal nya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (Keji)
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Post a Comment