Friday, November 6, 2009

Wahai Ummat Islam Mari Kita Kenang Kembali Mengapa kita Menentang UMNO/BN Jika kita sudah Terlupa...

1.UMNO menghalalkan Riba dan mengubah istilah Riba kepada “interest”, faedah dan bunga namun hakikatnya Riba tetap Riba dan tetap Haram.

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar.Golongan Non-Muslim dikelirukan dan ditakut-takutkan dengan HUDUD padahal hukuman HUDUD tidak tertakluk kepada Non-Muslim.

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari bagi mengelirukan ummat Islam(Era Pak Lah) dan kini ulama' mereka diarah mengeluarkan Fatwa bagi kepentingan mereka tapi bukan untuk kepentingan Islam.

4.UMNO menghalalkan Pusat Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan Pusat Judi hanya haram bila tidak mendapat lesen daripada mereka.Malahan UMNO/BN menjadikan cukai daripada judi sebahagian daripada hasil pendapatan UMNO/BN.

5.UMNO menghalalkannya penjualan Arak secara terbuka.Arak menjadi haram dan dirampas Kastam bila cukainya tidak dibayar tetapi menjadi halal bila dibayar cukainya kepada pihak kastam Diraja Malaysia.

6.UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan diangkat dan disanjung para perasuah untuk menjadi Pemimpin.Amalan Rasuah, kronisme dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN seperti sudah sebati dengan UMNO/BN.

7.Rakyat dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.

8.Rakyat tidak mendapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat kekangan melalui akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) rakyat ditipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dll yang seangkatan dengannya.Antara media yang pernah dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta suatu ketika dahulu.Adakah adil apabila akhbar-akhbar lain diberikan hak menerbitkan naskah setiap hari tetapi akhbar pembangkang hanya diberikan hak penerbitan 1-2kali seminggu.

9.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

10.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

11.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar jika suara mereka disekat.

Ditambah pula dengan siri-siri pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

3. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

6. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

8. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

9. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

10. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

11. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

12. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

13. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

14. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

15. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

16. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

17. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

18. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

19. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

20. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

21.UMNO/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah(Menafikan hak-hak Kontraktor Melayu yang menyokong pembangkang) yang kemudiannya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Masih ada yang mahu menyokong UMNO?Jika masih ada memang anda yang menyokong adalah manusia yang telah 'dibutakan mata' dan 'dipekakkan telinga' oleh tipu helah UMNO/BN selama 50tahun lebih memerintah Malaysia....

No comments: