Thursday, December 19, 2019

SIAPA YANG CAKAP PH TAK PANDAI MENTADBIR, JOM SEKEH KEPALA DIA. INI BUKTI PH MENANG RAKYAT SENANG:


Akhirnya berlaku dizaman PH mentadbir sejarah perolehan ASB paling tercorot.

Apa sebenarnya yang PH buat selain bergaduh sesama sendiri dalam isu yang bodoh.

Menteri Kewangan sibuk bermain politik daripada berusaha memantapkan ekonomi.

Menteri Ekonomi pula seakan-akan tiada fungsi.

Bagaimana rakyat hendak berpuashati dengan prestasi PH jika bukti yang jelas dan nyata PH tidak mampu memantapkan ekonomi negara.

Peluang pekerjaan kurang, gaji tidak setimpal dan sara hidup semakin tinggi dan melambung hari demi hari.

Berikut adalah prestasi ASB dibawah pentadbiran BN:


Ringgit Malaysia terus turun, pelabur pula rakus menjual saham.

Jika situasi ini masih tidak dapat mengambil perhatian pemimpin PH maka tunggulah saat kehancuran PH.

BN pun rakyat mampu jatuhkan apalagi dengan PH yang baru setahun jagung dan berhingus itu.

Sekian.



19 comments:

Dr Fadzil said...

Menteri Kewangan tugas bukan naikkan ekonomi. Tugas ini sebenarnya patut dibuat Menteri Ekonomi. Sekadar pencerahan.

Anonymous said...

Lebih sesuai Blogger Naim Nikmat jadi menteri......ha ha ha
Ekonomi memang ada naik turunnya, tak apa, asalkan jangan rugi sudah lah!

cikminah said...

Tahun ini, Pnb berikan saya seorang akaun esekutif sebagai penasihat kewangan. Pegawai ini beritahu saya, mungkin dividen tahun ini lebih rendah dpd tahun-tahun lepas kerana dividen tahun-tahun terdahulu (zaman Najib) terpaksa mengguna duit simpanan emegency PNB akibat ekonomi yg buruk.Tahun ini dividen semakin menyusut mungkin duit simpanan emegency PNB sudah kering digunakan sebagai dividen 7.25% tahun-tahun terdahulu. Kalau diberi dividen 7.25% tahun ini, PNB terpaksa guna duit simpanan pendeposit macam yg dibuat di Tabung Haji atau jual semua asset PNB. Bagi saya, dapat 5.5% dividen, dah cukup baik. Sunggoh gerun memikirkan PNB jadi mcm TH memberi dividen tinggi bukan dari keuntungan perniagaan tapi dari duit simpanan pendeposit. Kemudian gebang, kami pandai meniaga!!!!!!
Puiiiiiii......

Anonymous said...

Bagaimana prestasi ASB semasa Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 4 (16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003). Rujuk dividen ASB 1990 hingga 2003.

Anonymous said...

hj tak perlulah kondem sangat..kan hj sendiri dah sebut pun sebab sebabnya;

a) pelabur rakus jual saham
b) ph baru setahun jagung

asik dok mengutuk saja hj ni...cuba hang bagi ide mcm mana nak pulihkan kohilal tu...aku dah rugi beribu

Anonymous said...

Mananye blogger ni nak paham. Apa yg nampak depan mata je dia boleh cerna.

cikminah said...

5.5% menyebabkan dividen yg saya terima kurang antara rm15-20 ribu. Tak dapatlah saya jalan,
cuti-cuti atau buat umrah tahun depan.

Takpa, sekurang-kurangnya kerajaan PH got the gut buat apa yang betul dpd menipu pendiposit dan akhirnya, terbongkar juga. Ekonomi buruk. Matawang jatuh. Mujur Pnb tak bergantung pd kelapa sawit dan minyak semata.Pnb dah diversify perniagaan kpd hartanah dan lain-lain. Harap tahu depan akan lebih baik.

na'im nikmat said...

Dr.Fadzil, Menteri Kewangan akan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara kerana apa sahaja kenyataan yng dikeluarkan Men.Kewangan akan memberi implikasi kepada ekonomi negara contohnya sentimen pelabur terhadap kenyataan² yng dikeluarkan Men.Kewangan.

na'im nikmat said...

Cik.Minah, atau boleh sahaja kita kata pengurusan PNB tidak pandai menyasarkan pelaburan yang strategik dan menguntungkan...

Terimalah hakikat selepas PH mentadbir ekonomi kita adalah yang paling teruk di rantau Asia.

na'im nikmat said...

Anon 2:02, sy bukan hj dan sy tidak ambil tahu pasal kohilal...

na'im nikmat said...

Anon 9:15, hakikatnya paling corot dalam sejarah...

cikminah said...

Saudara na'im...selagi masalah ekonomi berpunca daripada masalah kitaran semulajadi, InsyaAllah, ia akan pulih juga. Lumrah alam, yg naik akan turun dan yg turun akan naik pula selagi ia tak dimanipulate dgn tujuan untuk menyongap duit seperti menubuh syarikat buluh kasap 1MDB atau yayasan akalbadut.
Saudara, berpeganglah kpd janji Allah bahawa Allah sentiasa membantu orang yg berusaha.

Anonymous said...

na'im nikmat 11:15AM - Boleh jadi juga, dalam parlimen yang akan bersidang nanti pembangkang kena nasihat menteri kewangan dan tidak ketinggalan menteri ekonomi agar bercakap yang positive sahaja. Kemungkinan dari pehak pengurusan PNB sendiri harus dinilai semula. Pembangkang juga adalah wakil rakyat yang bertanggung jawab memakmurkan negara.

Unknown said...

Menteri $ patut letak jawatan la kalau mcm ni..

Lone ranger pomen said...

Patut panggil pas jaga pnb. Dia org Pandai cari duit. Tgk cara Dia org bayar gaji kerajaan negeri kelantan. TaK payah susah2 Cari pun.

PokAmid said...

Dol Naim...
Cu tengok yg tahun 2016,6.75+ 0.50, besar sungguh bezanya, hinggakan walaun mcm Dol Naim ni tk terkata apa2 pun.
Dol, masa tu blum timbul lg skandal 1mdb dan TH, sbb tu div nya amat tinggi kan?
Kahkahkahkahkahkah
Kahkahkahkahkahkah

na'im nikmat said...

SALAM 5.5

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Apa sebenarnya faktor dividen ASB rendah?

Al-jawab:

1) Index KLCI mempengaruhi dividen TH, LTAT, KWAP & ASB. Apabila index KLCI jatuh merosot maka pelaburan akan mengalami masalah. Kenapa merosot?
Kerana kurang pelaburan asing.

Kenapa pelabur asing kurang?

Kerana pelabur tidak yakin dengan prestasi ekonomi Malaysia.



2) Apabila para pelabur lari bermakna dana asing akan keluar secara besar-besaran - tekanan jualan berlaku. Tekanan jualan saham yang tinggi akan mengakibatkan harga saham jatuh dan terus jatuh. Pemegang-pemegang saham akan mengalami kerugian besar. Ratusan ribu rugi setiap hari.

3) Kejatuhan demi kejatuhan ini mengakibatkan index KLCI terus merosot. Jika fenomena ini terus tidak berhenti, terus merosot, dibimbangi akan berlaku kejatuhan mengejut akibat jualan panik pegangan-pegangan saham.



4) Antara faktor pelabur lari ialah kerana Kenyataan ² yng dikeluarkan Men.Kewangan yang menggambarkan ekonomi Malaysia tidak mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelabur. Setiap kali LGE bukak mulut pelabur akan lari. LGE tidak bijak mengurus persepsi pelabur.

5) U-turn kejap kata projek kerajaan sebelum ini merugikan kemudian kata projek itu bagus untuk negara. Mana satu yng betul ni? Pelabur lihat ini macam kerajaan yang tidak bijak mentadbir.

Sekian

Unknown said...

Yg ni satu2 komen yg bijak

Unknown said...

Dari awal dah cakap rakyat ikat perut bantu kerjaan naik kan ekonomi negara.dlm cerita p. Ramli semua dah belaku kat malaysia baru.