Friday, November 27, 2009

Datuk Nik Aziz Nik Mat Tidak bertanding PRU13?.....

"Hari ini umat Islam Malaysia merayakan hari raya haji atau raya korban. Negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang meyambut meriah dengan program korban dan akikah.

Namun satu khabar berita yang bertiup kencang melanda negeri dibawah pimpinan ulama tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan bakal melepas jawatan menteri besar Kelantan dan tidak dicalun dalam pilihanraya umum yang 13 nanti.

Mengikut cakap dengar dari pehak tertentu tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menolak pencalunan pemilihan wakil rakyat akan datang. Jika cerita dan perkabaran ini benar bermakna penggal ini adalan penggal yang terakhir tuan guru menjadi menteri besar Kelantan.

Pejuang dan penyokong gerakkan Islam khasnya PAS kehilangan sebutir mutiara yang membawa obor Islam. Tuan guru adalah seorang ulama, pemimpin dan murabbi malah jiwanya seorang sufi yang tulen"(Sumber)

4 comments:

Unknown said...

Kat mana dapat maklumat ni,sember sahihke,
mmg ada ura-ura yg mengatakan Tokguru akan melepaskan jawatan dan nak bagi kat Husyam tapi tak pasti betul ke tidak.

ada juga khabar angin kata Husyam tidak di restui oleh pemimpin pusat untuk ganti Tokguru.

Tapi ada pro dan kontra kalau Tokguru bersara dari politik.Yg baiknya bolehlah dia rehatkan tenaga dan mindanya,kesian kat dia sudah lebih 40 tahun dia mendidik umat Islam di kelantan dan Malaysia sejak balik dari Al Azhar sejak berumur 20 an lagi.

Yang kontranya bila Tokguru bersara makin mudahlah umno nak mempergunakan puak-puak proksi mereka dlm pas.walau apapun kita harapkan sesiapapun yg menggantikan Tokguru nanti harus Istiqamah ,ikhlas dan tegas dlm perjuangan seperti Tokguru.

Kekuatan musuh terletak pada wang Kekuatan kita ialah keikhlasan dan istiqamah Allah,insyaallah tuhan sentiasa bersama hambanya yang ikhlas..

Kuda Perang said...

Ana tidak mempercayai cerita drp 'hearsay' itu. Biarlah TGNA terus mengepalai teraju Kelantan selagi dia masih ada dan tidak uzur.

Baginda Rasulullah dulu memerintah MAdinah sehingga wafat.

Na'im Nikmat said...

TGNA adalah 1 dalam Sejuta,tapi ana yakin TGNA pasti sudah ada orang yang beliau percayai untuk menjadi pengganti beliau,seseorng yang mempunyai sifat seorg Mujahid seperti TGNA,tapi terus-terang ana masih tidak dapat menerima keputusan beliau tidak mahu bertanding,ana setuju dengan pendapat 'Kuda Perang'.

Na'im Nikmat said...

Mari kita doakan TGNA mendapat kesihatan yang baik, akhi Ijoks&Kuda Perang.