Friday, November 20, 2009

Mengapa UMNO hanya takut kepada Gerakan Islam seperti PAS??

Di Malaysia terdapat banyak pertubuhan dan gerakan Islam yang di antaranya ialah ABIM,BINA,JEMAAH TABLIGH,PERKIM,PUM,USIA,HIZBUT TAHRIR dan PAS.

Namun diantara semua Pertubuhan dan Gerakan yang dinyatakan ini hanya satu Gerakan Islam yang mengambil pendekatan DEMOKRASI yakni Parti Islam SeMalaysia(PAS).

PAS adalah satu-satunya pertubuhan Gerakan Politik Islam yang mengambil peranan untuk menegakkan dan melaksanakan Undang-Undang Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah menerusi Pilihanraya yang jelas bertentangan dengan pendekatan Hizbut Tahrir yang telah mengharamkan untuk ikut serta dalam demokrasi.

Di sini PAS dilihat telah mengambil pendekatan yang sederhana tanpa perlu mengangkat senjata yakni memilih untuk turut serta dalam demokrasi berparlimen berlandaskan Ijmak para Ulama'.

Hakikatnya sejak Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Kerajaan yang dilantik tidak pernah mahu melaksanakan konsep Negara Islam, walaupun umum mengetahui majoriti penduduk Malaysia ialah Ummat Islam.

Disinilah berlaku pertembungan apabila karenah pemimpin UMNO yang tidak mahu menjalankan hukum ALLAH sebagai peraturan tertinggi dalam negara(Sekular) bertembung dengan kumpulan golongan yang mahukan hukum Islam di laksanakan dengan bersungguh-sungguh seperti PAS dan Hizbut Tahrir.

Namun hakikatnya Hizbut Tahrir tidak mampu melakukan sebarang perubahan kerana prinsipnya yang mengharamkan demokrasi dan jelas sekali UMNO tidak gentar dengan apa sahaja yang dilakukan Hizbut Tahrir yang sekadar mampu menghantar Memorendum bantahan dan siri-siri ceramah yang mengajak Ummat Islam meninggalkan demokrasi.

Tindakan itu tidak sama sekali merugikan UMNO yang tidak mahu melaksanakan Hukum Islam kerana UMNO tidak mampu digugat Hizbut Tahrir melalui Pilihanraya kerana Hizbut Tahrir tidak mengundi.

Menyedari mudarat kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap ummat Islam di Malaysia, maka PAS yang membawa slogan perjuangannya:

“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami"

menjadi pencabar terbesar UMNO didalam Pilihanraya. Ini terbukti dengan kesedaran ummat Islam untuk kembali kepada cara hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah PAS berjaya meraih sokongan golongan ummat Islam yang mahukan Undang-Undang Islan tertegak di Malaysia.

UMNO mula merasai hakikat kehilangan kuasa jika PAS mampu mengalahkan mereka melalui pilihanraya.Oleh kerana sebab dan musabab itu menjelaskan mengapa PAS pada hari ini telah diserang dengan teruk oleh UMNO melalui fitnah dan persepsi Negatif untuk memberi tanggapan buruk terhadap PAS.Pemimpin-Pemimpin PAS telah dijadikan sasaran fitnah UMNO yang takut kehilangan kuasa.

Tujuan artikel ini bukan untuk menghina atau menafikan perjuangan mana-mana pertubuhan dan gerakan Islam tetapi sekadar ingin berkongsi mengapa PAS telah menjadi ketakutan yang amat kepada UMNO.

2 comments:

Unknown said...

Soalan di jawab dgn soalan;
Mengapa Abdullah bin Ubai(laknatullah)takutkan pengaruh Rasulullah berkembang di Madinah?

walaupun abdullah bin Ubai sudah lama mampus tapi perangai Abdullah bin Ubai masih ada.

Na'im Nikmat said...

Inilah amanah yang ALLAH berikan pada kita ya akhi untuk menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah dan sememangnya sudah menjadi sunnah dalam perjuangan kita ditentang.PAS boleh diibaratkan seperti gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang mendapat tentangan pemimpin sekular.Walaupun mereka berdepan cabaran yang amat berat namun perjuangan tetap diteruskan untuk ALLAH dan Rasulullah Takbir!!!