Monday, November 30, 2009

Sunnah Pejuang.

http://aberamly.files.wordpress.com/2008/12/doa-nik-aziz.jpg

Sudah sunnah orang berjuang

mengembara dan berkelana
miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang, kawan merata
orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati di lupa
para pejuang tetap di kenang
sejarahnya di tulis orang
makamnya sentiasa di ziarahi
walau perjuangan tidak berjaya
....sudah sunnah orang berjuang.....

Friday, November 27, 2009

Datuk Nik Aziz Nik Mat Tidak bertanding PRU13?.....

"Hari ini umat Islam Malaysia merayakan hari raya haji atau raya korban. Negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang meyambut meriah dengan program korban dan akikah.

Namun satu khabar berita yang bertiup kencang melanda negeri dibawah pimpinan ulama tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan bakal melepas jawatan menteri besar Kelantan dan tidak dicalun dalam pilihanraya umum yang 13 nanti.

Mengikut cakap dengar dari pehak tertentu tuan guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menolak pencalunan pemilihan wakil rakyat akan datang. Jika cerita dan perkabaran ini benar bermakna penggal ini adalan penggal yang terakhir tuan guru menjadi menteri besar Kelantan.

Pejuang dan penyokong gerakkan Islam khasnya PAS kehilangan sebutir mutiara yang membawa obor Islam. Tuan guru adalah seorang ulama, pemimpin dan murabbi malah jiwanya seorang sufi yang tulen"(Sumber)

Thursday, November 26, 2009

Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.

Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.

Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.

Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

Orang yang menjalankan ibadat Korban.

Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.

Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”
(Sumber)

N'N:Salam Aidiladha buat semua saudara-saudara Islamku,semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa korban yakni pengorbanan besar dan ujian yang paling getir yang pernah dihadapi penghuni alam ini, ialah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk mengorbankan puteranya Ismail, iaitu dengan menyembelihnya demi untuk mentaati perintah ALLAH S.W.T. Begitulah taatnya seorang hamba sehingga sanggup mengorbankan satu-satunya putera beliau yakni Nabi Ismail. Nabi Ismail, terselamat daripada pisau sembelihan bapanya, ketika Allah yang menguji Nabi Ibrahim, telah menggantikan puteranya dengan binatang ternakan sebagai korban yang disembelihnya.

Bangsa Maya Tolak Kiamat 2012

Dari mana asalnya gonjang-ganjing kiamat 2012 bermula? Seperti yang diberitakan selama ini, akhir dunia versi 2012 diambil dari kalendar bangsa Maya yang akan “habis” pada 21 Disember 2012.

Lantas bagaimana tanggapan dari bangsa Maya sendiri? Ternyata, mereka sendiri pun sudah muak, jengkel, dan geram dengan hal ini.

Pixtun Chili Apolinaro benar-benar bosan dibhujani dengan pertanyaan-pertanyaan seputar itu. Pixtun adalah seorang bangsa Maya. “Saya kembali dari Britain tahun lalu, dan orang-orang terus bertanya, saya muak dengan hal ini!" geramnya.

Chili Pixtun, berasal dari Guatemala, mengatakan bahkan teori kiamat musim semi dari Barat, bukan berasal dari idea-idea bangsa Maya.

Jose Huchim, seorang arkeolog Maya Yucatan menyatakan, "Saya pergi ke beberapa komuniti berbahasa Maya dan meminta mereka menceritakan apa yang akan terjadi pada tahun 2012, mereka kata, mereka tidak tahu. Bahawa dunia akan berakhir (di tahun 2012)? Mereka tidak percaya! Kami memiliki keprihatinan nyata pada apa yang terjadi hari ini, seperti hujan."

Stuart, seorang spesialis dalam epigrafi Maya di Universiti of Texas di Austin juga mengeluarkan pendapat. "Bangsa Maya tidak pernah mengatakan dunia akan berakhir, mereka tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi dengan sendirinya."

Sebaliknya, Guillermo Bernal, seorang arkeolog di Universitas Otonom Nasional Meksiko mengatakan bahwa kiamat 2012 itu “sangat Kristen.” Menurut Bernal, itu boleh jadi kerana masyarakat Barat selama ini merasa “lelah” dengan kehidupan mereka yang tanpa tujuan. Nah! (Sumber)

Wednesday, November 25, 2009

Zambry pinjam duit Baitulmal ubahsuai rumah?


Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?
(Sumber)

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.(Sumber)

Tuesday, November 24, 2009

Wikipedia Tempat Propaganda Terbaru Israel

Kelompok propaganda Zionis, CAMERA merekrut sejumlah sukarelawan yang akan ditugaskan untuk mengubah atau memutarbalikkan informasi-informasi di internet yang dianggap merugikan kepentingan Israel. Dan salah satu sasaran dari kelompok itu adalah laman Wikipedia, sebuah ensiklopedia online yang memberi kebebasan bagi siapa saja untuk memasukkan data atau input maklumat ke laman tersebut.

"Idea dari Wikipedia adalah, semakin banyak sukarelawan yang berkolaborasi memasukkan data dan informasi ke laman itu maka informasinya makin tepat, selalu up-to-date dan inklusif dibandingkan ensiklopedia yang dibuat dalam bentuk buku," demikian pernyataan CAMERA.

CAMERA menyebut kelompoknya sebagai sebuah komite di Amerika yang menjadi akurasi laporan-laporan tentang Timur Tengah. Basis kelompok ini berada di Amerika Utara dan sudah memiliki pasukan yang beranggotakan puluhan Yahudi yang dibayar untuk melakukan propaganda Israel. Mereka biasanya mengubah isi atau data berbagai informasi biasanya yang terkait dengan tindakan apartheid rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin, tentang Zionisme dan ideologi-ideologi Israel yang diidentikan dengan ideologi Nazi, teror-teror dan kekejaman yang dilakukan Israel di Palestin dan isu-isu yang terkait dengan konflik Israel-Palestina.

Dan baru-baru ini, CAMERA menyebarkan surat edaran yang isinya mengajak siapa saja yang berpotensi untuk menjadi juru propaganda Zionis untuk membantu Israel menginput data dan informasi yang pro-Israel. Dalam surat edaran tersebut tertulis,"CAMERA mencari 10 sukarelawan untuk membantu kami menjaga entri yang terkait dengan Israel di Wikipedia agar tidak 'tercemar' oleh mereka yang anti-Israel dan akan mengedit entri-entri itu. Mereka yang b menjadi sukarelawan mesti mengetahui ilmu komputer."

Disebutkan dalam surat edaran itu, bagi mereka yang berminat menjadi sukarelawan boleh telefon atau kirim email ke CAMERA dan nanti akan dilatih bagaimana caranya menjadi editor sukarelawan untuk mempropagandakan Israel di Wikipedia.

Selama ini CAMERA aktif melakukan propaganda untuk membiaskan informasi-informasi tentang kejahatan perang dan kejahatan kemanusiaan yang dilakukan terhadap warga awam Palestin, terutama di Jalur Gaza. Dalam propagandanya, CAMERA mendakwa mengutip pernyataan dari jubir militer Israel dan berusaha mengemukakan argumen bahawa Israel tidak dengan sengaja melakukan pembantaian terhadap warga tak berdosa Palestin dan tindakan itu dilakukan justeru untuk meminimalkan korban awam. Sebuah argumen yang menyesatkan bagi mereka yang tidak begitu memahami konflik Israel-Palestin.

Orang-orang yang terlibat dalam CAMERA bukan orang sembarangan. Banyak diantaranya para mantan agen intelejen dalam negeri Israel, Shin Beth. Belakangan ini, CAMERA sibuk membuat propaganda untuk melawan laporan Richard Goldstone tentang jenayah perang Israel di Gaza dengan menyebut laporan itu "tidak akurat." (Sumber)

Monday, November 23, 2009

BN Perak:Peruntukan RM 3.6 juta untuk Sek.Persendirian Cina,tetapi tiada satu sen pun diberikan untuk SAR,dimana keadilan??

Bukan untuk mempertikaikan peruntukan kepada Sek. Persendirian Cina, memang sepatutnya kerajaan memberi peruntukan kepada setiap Sekolah-Sekolah di Malaysia tanpa mengira kaum.

Namun apa yang boleh dipertikaikan disini ,mengapa Kerajaan Negeri Perak yang kini dipegang oleh BN tidak bersikap adil dalam memberi peruntukan kepada semua sekolah-sekolah persendirian termasuk Sekolah Agama Rakyat(SAR).

Kita semua sedia maklum bahawa SAR ialah sebuah sekolah persendirian yang tidak mendapat bantuan walau satu sen pun daripada Kerajaan Negeri. Dikala PM melaungkan slogan 1 Malaysia Rakyat Di dahulukan mengapa SAR dipinggirkan.

Saya pernah diceritakan oleh ibu dan bapa yang yang menghantar anak-anak mereka ke SAR tentang bagaimana daifnya keadaan pembelajaran anak-anak mereka sehinggakan ibu dan bapa terpaksa menahan hiba melihat keadaan anak-anak mereka.

Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan yang berbentuk 1 ribu hektar tanah untuk diusahakan dan hasilnya adalah menjadi hak sekolah masing-masing bagi menampung pembelanjaan sekolah masing-masing.Rata-rata dari mereka berterima kasih atas peruntukan yang diberikan kepada SAR dan Sek.Persendirian Cina. Namun pembangkang yang pada ketika itu adalah BN mempertikaikan pemberian tanah seluas 1Ribu Hektar kepada 26 SAR dan 9 buah Sek.

Mereka mempertikai mengapa jumlah yang sama diberi sedangkan SAR mempunyai lebih banyak Sekolah. Pada ketika itu Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan yang sangat munasabah bahawa jumlah murid dikedua-dua Sek. Persendirian itu adalah sama iaitu setiap mereka mempunyai 6 ribu murid masing-masing. Jadi apa yang dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat itu adalah adil dan saksama.

Tapi adakah adil apa yang dilakukan Kerajaan Negeri Perak sekarang yang diterajui UMNO/BN memberikan sejumlah besar peruntukan sebanyak RM3.6 Juta kepada 9 buah Sek.Persendirian Cina tetapi tiada satu sen pun peruntukan diberikan kepada SAR. Tidakkah tindakan ini dilihat seperti UMNO/BN hendak meraih sokongan kaum Cina di Perak yang telah menolak BN pada PRU-12 yang lalu. Anda buatlah pernilaian sendiri....



Bukti-bukti kejayaan Kerajaan Pakatan rakyat berbanding UBN.
1)Kutipan Hasil Negeri perak bertambah kepada RM636 juta. Rakyat Perak yakin kerajaan PR akan menggunakan duit hasil cukai untuk kepentingan rakyat

2) Bajet kebajikan untuk rakyat.Perbelanjaan menurun pendapatan meningkat.

3) Pendapatan hasil sumber hutan selama 9 bulan sebanyak RM40 juta.

4) Meningkatkan martabat Sekolah Agama Rakyat peruntukan RM1.3 juta untuk SAR. RM4.09 juta untuk elaun penyelia dan guru KAFA dan Bantuan Perkapita pelajar-pelajar SAR. RM250,000 untuk elaun guru-guru tadika Islam.

5) Pelabur asing berminat melabur di Perak. Sebanyak RM3,130,017 Bilion pelaburan asing mampu dijana oleh PR dari Januari hingga Disember 2008. Petikan ucapan Dato, Chiang Jung Hsun, Pengusaha I-Con Food Ent Sdn.Bhd “Sekiranya Kerajaan PR Perak memerintah negeri ini setahun yang lalu maka telah banyak pelabur dating melabur disini lebih-lebih lagi dari Taiwan”

6) Beri Skim Takaful Kilafah.RM1,000 untuk menampung pengebumian warga emas berumur 65 tahun ke atas dari golongan miskin tanpa mengira agama,bangsa mahupun ideologi politik.

7) Beri dermasiswa sebanyak RM1,000 untuk seorng pelajar yang Berjaya ke IPTA. 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan.

8) 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan RM750 sebulan.

9) Amalkan perbelanjaan berhemah dan telus.Berjaya mengurangkan hutang kerajaan yang dibuat BN.

10) Kutipan zakat meningkat.Hanya 9bulan memerintah mampu mengumpul RM57 juta untuk manfaat rakyat.

11) Meluluskan tanah untuk Tanah Kampung Tersusun,Tanah kampong Baru,1000 hektar untuk Sekolah SAR dan SUWA, 45 hektar untuk Pondok Pak Teh.

Adakah UBN mampu bersaing dengan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Negeri Perak,50 tahun lebih berlalu namun tidak mampu Kerajaan UBN menempa kejayaan sebesar Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun hanya berkuasa seketika dan dirampas secara haram dan sehingga tertubuhnya 'Rejim Haram Kerajaan Negeri Perak UBN'.

Hendak tipu penduduk Kg.Melayu,Papan iklan diturun, pejabat arak tetap beroperasi

IPOH 21 NOV Pejabat pemasaran arak Perak milik GAB telah menurunkan 4 papan iklan araknya mulai semalam. Atas sebab dan alasan apa, tidak diketahui.


Namun begitu, janganlah kita mudah berasa lega hati kerana pejabat tersebut masih lagi beroperasi berdasarkan papan tanda niaga utama, van pengedaran arak dan juga pengawal keselamatan yang masih berada dipremis tersebut.

Gambar terkini tanpa papan iklan arak

Gambar sebelum ini yang mempunyai 4 papan iklan arak


Mungkin ini hanyalah satu helah agar kegiatan mereka tidak begitu mudah disedari oleh orang ramai yang lalu-lalang di hadapan pejabat tersebut dengan ketiadaan papan iklan arak yang besar itu.

Usaha berterusan perlu dilakukan agar pejabat ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya orang-orang Islam.

Sumber:http://ajijoi.blogspot.com/

BN takut bertanding di Kota Seputeh, mengapa?

Jika BN benar-benar kuat mengapa Umno takut. Hari ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu

Katanya lagi , berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Namun mengapa Umno/BN beriya-iya merayu supaya keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini diketepikan,

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, bekas ADUN Kota Siputeh itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Secara jelas bahawa BN memang takut akan berlakunya Pilihanraya Kecil Kota Seputeh. Sebabnya memang BN gusar dan tidak yakin menang.


Sofi Wahab
Sumber:Harakahdaily

Friday, November 20, 2009

Mengapa UMNO hanya takut kepada Gerakan Islam seperti PAS??

Di Malaysia terdapat banyak pertubuhan dan gerakan Islam yang di antaranya ialah ABIM,BINA,JEMAAH TABLIGH,PERKIM,PUM,USIA,HIZBUT TAHRIR dan PAS.

Namun diantara semua Pertubuhan dan Gerakan yang dinyatakan ini hanya satu Gerakan Islam yang mengambil pendekatan DEMOKRASI yakni Parti Islam SeMalaysia(PAS).

PAS adalah satu-satunya pertubuhan Gerakan Politik Islam yang mengambil peranan untuk menegakkan dan melaksanakan Undang-Undang Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah menerusi Pilihanraya yang jelas bertentangan dengan pendekatan Hizbut Tahrir yang telah mengharamkan untuk ikut serta dalam demokrasi.

Di sini PAS dilihat telah mengambil pendekatan yang sederhana tanpa perlu mengangkat senjata yakni memilih untuk turut serta dalam demokrasi berparlimen berlandaskan Ijmak para Ulama'.

Hakikatnya sejak Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Kerajaan yang dilantik tidak pernah mahu melaksanakan konsep Negara Islam, walaupun umum mengetahui majoriti penduduk Malaysia ialah Ummat Islam.

Disinilah berlaku pertembungan apabila karenah pemimpin UMNO yang tidak mahu menjalankan hukum ALLAH sebagai peraturan tertinggi dalam negara(Sekular) bertembung dengan kumpulan golongan yang mahukan hukum Islam di laksanakan dengan bersungguh-sungguh seperti PAS dan Hizbut Tahrir.

Namun hakikatnya Hizbut Tahrir tidak mampu melakukan sebarang perubahan kerana prinsipnya yang mengharamkan demokrasi dan jelas sekali UMNO tidak gentar dengan apa sahaja yang dilakukan Hizbut Tahrir yang sekadar mampu menghantar Memorendum bantahan dan siri-siri ceramah yang mengajak Ummat Islam meninggalkan demokrasi.

Tindakan itu tidak sama sekali merugikan UMNO yang tidak mahu melaksanakan Hukum Islam kerana UMNO tidak mampu digugat Hizbut Tahrir melalui Pilihanraya kerana Hizbut Tahrir tidak mengundi.

Menyedari mudarat kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap ummat Islam di Malaysia, maka PAS yang membawa slogan perjuangannya:

“ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami"

menjadi pencabar terbesar UMNO didalam Pilihanraya. Ini terbukti dengan kesedaran ummat Islam untuk kembali kepada cara hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah PAS berjaya meraih sokongan golongan ummat Islam yang mahukan Undang-Undang Islan tertegak di Malaysia.

UMNO mula merasai hakikat kehilangan kuasa jika PAS mampu mengalahkan mereka melalui pilihanraya.Oleh kerana sebab dan musabab itu menjelaskan mengapa PAS pada hari ini telah diserang dengan teruk oleh UMNO melalui fitnah dan persepsi Negatif untuk memberi tanggapan buruk terhadap PAS.Pemimpin-Pemimpin PAS telah dijadikan sasaran fitnah UMNO yang takut kehilangan kuasa.

Tujuan artikel ini bukan untuk menghina atau menafikan perjuangan mana-mana pertubuhan dan gerakan Islam tetapi sekadar ingin berkongsi mengapa PAS telah menjadi ketakutan yang amat kepada UMNO.

Adakah UMNO berani menyahut cabaran Kota seputeh sebagai anak jantan atau terus menjadi pengecut seperti di Perak?

Semua sedia maklum kita sedang menanti keputusan Hakim Mahkamah Rayuan samada kerusi DUN Kota Seputeh bakal dikosongkan atau dibiarkan diisi oleh seorang wakil Rakyat yang tidak amanah dalam tugasnya kepada Rakyat(menghadiri Sidang DUN).

Kita semua sedia maklum keputusan ini sebenarnya mewakili keputusan UMNO sendiri samada bersedia menjadi anak jantan atau masih mahu bersifat pengecut seperti di Perak.

Sejarah PRK membuktikan UMNO/BN hanya akan akur kepada PRK sekiranya wakil rakyat mereka meninggal dunia dan tidak pernah ada dalam sejarah PRK mereka berani menyahut cabaran PRK seperti anak jantan.

Namun begitu kita harus bersikap optimis dalam segala hal walaupun kita tahu sikap pengecut UMNO mengatasi segala-galanya.Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH S.W.T untuk memberikan apa yang terbaik buat Pakatan Rakyat bagi membela rakyat Malaysia.

Siaran Langsung dan Rakaman Sidang DUN KEDAH

Keputusan Mahkamah Tinggi

N'N':Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya seorang Adun tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Thursday, November 19, 2009

Bloggers dan Media Pro UMNO/BN sibuk menabur Fitnah dan Persepsi Negatif terhadap Pemimpin Pakatan Rakyat.Namun mengapa Indek Persepsi Rasuah jatuh .

Dalam kesibukan bloggers UMNO/BN menabur Fitnah dan Persepsi Negatif terhadap Pemimpin Pakatan Rakyat, kita dikejutkan dengan kejatuhan paling teruk dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah ( CPI) dari tangga ke 23 jatuh mendadak ke tangga 56 .

Dikala pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Rakyat dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah serta salah guna kuasa tetapi ironinya apa yang berlaku ialah para bloggers UMNO/BN hanya mampu menabur fitnah yang tiada bukti yang sahih lagi jitu.

Semuanya dilakukan sekadar memberi persepsi buruk terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat sahajalah bagaimana isu Tuan Guru Nik Abdul Aziz didendangkan bertalu-talu padahal tiada pun rasuah yang berlaku ekoran pembatalan untuk pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja itu.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi kepada SPRM.....


KUALA LUMPUR, 18 Nov: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.

Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini.

"Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28," katanya.

Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

"Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya," kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Bagi beliau, punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.

Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low mengedarkan CPI dalam satu sidang medianya.

Dalam sidang media itu, dia memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.

Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.

HarakahDaily.Net/-



Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion dibuat pekak..Alahai UMNO/BN....

http://wongsiewhung.files.wordpress.com/2009/08/pkfz.jpg
Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.

Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?

Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.

Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!


Angkasanuri
Sumber:Harakahdaily

Wednesday, November 18, 2009

Tiada Unsur Rasuah,Batalkan tunai haji selesaikan isu - Nazri Aziz

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.

Sumber:Harakahdaily

IPOH:Pusat pengedaran arak berhampiran Kg Melayu Sg Rapat beroperasi tanpa persetujuan JAIP,Siapa yang memberi persetujuan???


Mengenai bangunan yang dijadikan Pejabat Pemasaran Arak Perak milik Guiness Anchor Berhad (GAB) di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan, kelulusan perlesenannya telah melibatkan banyak pihak iaitu Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), polis daerah, bomba, ahli PBT dan yang lain-lain termasuklah Pegawai Tadbir Agama (PTA).

Namun begitu, pegawai tadbir agama di Jabatan Agama Islam Perak telah membantah serta tidak bersetuju dengan pemberian lesen untuk mengedarkan arak ke seluruh negeri Perak dengan pusat edarannya bertapak di bangunan seperti mana yang ada sekarang.

Oleh kerana pihak yang lain-lain telah bersetuju dan merupakan satu suara majoriti yang telah menenggelamkan suara bantahan PTA itu tadi, maka pandangan majoriti telah diterima pakai untuk meluluskan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai pejabat pemasaran arak keseluruh negeri Perak. Jenama-jenama arak yang popular dan bernaung dibawah label Guiness Anchor Berhad adalah Tiger, Guiness, Anchor dan Heineken.

Diharap semoga dengan pendedahan ini, nama baik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan juga Jabatan Agama Islam Perak tidak dicemar dan dicemuh serta dikaitkan dengan pusat pengedaran arak ini oleh mana-mana pihak untuk menjaga maruah dan nama baik pentadbir agama Islam itu sendiri.

Tetapi, bagaimana pula dengan penglibatan Adun Sg Rapat, YB Hamidah Osman (Pengerusi,
Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita kerajaan BN Perak) di dalam perkara ini? Adakah Hamidah juga bersetuju pusat pengedaran arak keseluruh negeri Perak tertegak disitu? Siasatan masih berlangsung....

Sumber:http://ajijoi.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

IPOH: Kini Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor Berhampiran Kg. Melayu Sg .Rapat,Hamidah Dan Zamry Perlu Jawab....


IPOH 17 NOV Jika dahulunya dibongkar mengenai penjualan arak yang berleluasa di kawasan majoriti Melayu di Medan Gopeng, Sg Rapat, kini penduduk berdekatan digemparkan sekali lagi dengan masalah yang lebih besar.

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.

Sumber:http://ajijoi.blogspot.com

Kisah UMNO,KERIS dan ASOBIYAH....




Sewaktu UMNO sibuk melaungkan 'Hidup Melayu' perjuang-perjuang kemerdekaan seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy telah melaungkan slogan 'Merdeka'.Lihatlah betapa Asobiyahnya UMNO.Terbuktilah Slogan perjuangan UMNO ialah Asobiyah dulu kini dan selamanya...

http://media1.malaysiakini.com/59/707b11e10385d8c7efefa9aad72b56c0.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_S1ll5f5nZJE/SjABJts3sBI/AAAAAAAAAxY/VWrhBYBdQDM/s320/Tengku+Abdul+Rahman+pun+hunus+Keris.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_S1ll5f5nZJE/SjACHLPuMFI/AAAAAAAAAxg/nuX5JufG5A8/s320/hishammuddin+DAN+KERIS.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_Az7aX_dORNk/SjdTD-ALQNI/AAAAAAAAD9g/EMB1lww86rs/s400/photoshop+Najib+keris+with+inset.jpg


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”
(HR Muslim)


Sabda Nabi SAW;Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah

"Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, pengarang kitab 'aun mabud' menyebut: "mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim

"Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, kenegerian, dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, manafikan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia yang menetang dan menyumbat mereka dalam tahanan ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar PAS tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.Kerana itulah 'Pakatan Rakyat' tidak mengenal warna kulit kami bersatu atas dasar keadilan dan keadilan amat dituntut dalam islam.
Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Monday, November 16, 2009

Apa Kata Dua Bekas PM dan PM Tentang Menegakkan Undang-Undang Islam..

1.'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'
(Tun Dr.Mahathir Mohammad 3/3/1994)

2.'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Tun Dr.Mahathir:14/7/1992)

3.'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada kaki dan tangan.Bagaiman mereka mahu bersaing dengan bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan dinegara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
(Tun Dr.Mahathir:2/5/1992)

4.'Saya akan memastikan bahawa negeri2 yang diperintah BN tidak akan melaksanakan Hudud'.
(Tun Dr.Mahathir:1994)

5.'Sukar dilaksanakan Hukum Syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus-peratus Islam
(Tun Dr.Mahathir:4/8/1994)

6.'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'.
(Tun Dr.Mahathir:3Mac 1994,Nilam Puri)

7.'Apa ertinya negara Islam jika mundur'.
(Tun Abdullah Ahmad Badawi:13/11/1999)

8.'Tujuan menutup aurat ialah kerana dizaman Nabi,Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga menculik dan merogol wanita daripada kabilah2 lain akibatnya peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat'.
(Tun Dr.mahathir:5 sep 1997,Perhimpunan Agung UMNO)

9.Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah,hukum2 yang boleh melemahkan ummat islam mesti dilaksanakan?'.
(Tun Dr.Mahathir:3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri,Kelantan)

10.'Melaksanakan hukum Hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan ditindas oelh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam'.
(Tun Dr.Mahathir:14 Ogos 1994 di Pasir Mas,Kelantan)

11.'Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan'.
(Dato Seri Najib Tun Abdul Razak:20/4/1993)

PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM ADALAH WAJIB

Melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Kewajipannya telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)


Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan;

“ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah iaitu; Kafir, jika keengganan untuk melaksanakan hukum Allah, ini kerana, keingkaran dan tidak beriman terhadap kebenaran undang-undang islam. Jika hanya menyeleweng daripada hukum atau undang-undang Islam tetapi tidak mengingkari atau mendustakannya maka mereka akan tergolong dalam golongan fasiq dan zalim. Oleh yang demikian, patuh kepada Islam dan syariahnya merupakan tuntutan agama”[4].

Dari kenyataan ini menyatakan bahawa, undang-undang islam yang terdiri daripada hudud, qisas, ta’zir dan sebagainya, wajib dilaksanakan. Mengambil sikap tidak mahu melaksanakan undang-undang islam ini, maka mereka boleh diisytihakan, samada zalim, fasiq dan kafir.

Alangkah kufurnya bagi mereka yang telah menafikan kewajipan melaksanakan undang-undang islam ini, yang dalam masa yang sama, bukan sekadar mereka tidak melaksanakannya, tetapi mereka membandingkan undang-undang Allah itu dengan undang-undang ciptaan mereka. Tindakan sebegini merupakan syirik dari sudut rububiyyah Allah yang menyebabkan pembanding tersebut diisytihar sebagai murtad.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

Friday, November 13, 2009

Politik adu domba Umno pecahbelahkan PAS-Pakatan Rakyat?

Perangai Umno mengadu-dombakan pimpinan PAS pusat dan dengan Pakatan Pilihan Rakyat memang menjadi tabiat tradisi Umno ; kalau tidak bukanlah Umno namanya.

Apa lagi setelah usaha pecah belahkan PAS sesama pimpinan melalui isu UG itu gagal samasekali dan sekarang ini pakai pula umpanan berjenama “MelayuIslam”Umno ;suatu ideologi assobiyyah Islam kosmetik “MelayuIslam Umno”; yang sesat jahiliyyah siber lagi menyesatkan.

Namun, terbukti umpanan perangakap UG ini bisa ditangani dengan baiknya segala fitnah media baru bloggers Umno; bisa diselesaikan hingga ke peringkat akar umbinya sampai ke peringkat pimpinan tertinggi secara telus, terbuka , berprofesional dan berhemah tinggi yang di hormati dan diakui oleh DS Anuar sendiri akan sikap dan keistimewaan PAS selaku Gerakan Islam dan massa yang berwibawa untuk memimpin ummah.

Umno pastinya dayus untuk mengadakan koreksi terbuka seperti seminar terbuka PAS itu kerana Umno bukan parti Islam dan sarat dengan politk korupsi. Pemimpin UBN di lindungi gua zam-zam alakazam yang berjenama ISA, SPRM, SPR dan Mahkamah.

Memang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Gerakan Islam dan massa PAS sangat di geruni oleh UBN apabila berlaku cantuman dan persenyawaan politk baru Malaysia PAS – DAP – PKR ; memberikan nafas dan nyawa baru bagi massa untuk menumbangkan entiti politik penindas rakyat dan penyelewengan salah guna kuasa , kefasadan rasuah dan autokrasi berparlimen yang menghimpit dan menekan keringat dan khazanah rakyat untuk kepentingan kroni elit” Umnoputra MelayuIslam” dan konglomerat MCA .

Semua orang tahu siapa yang menghanguskan wang rakyat sebanyak 20 Billion dalam skandal Perlabuhan Kelang Free Zone ; di mana wang rakyat berlabuh di dalam poket korprat –keparat UBN .

Mengapakah ‘ Parti Baru” keluarga UBN, iaitu SPRM senyap sunyi seribu bahasa. Tetapi, bisa pula menggeledah 200 persen tindakan optimum ke atas apa-apa sahaja tuduhan ke atas anggota Pakatan Pilihan Rakyat.

Sekalipun bisa membawa maut; tiada menjadi hal buat mereka walaupun membabitkan nyawa manusia yang diisytiharkan oleh pakar bedah Thailand sebagai kes bunuh bukannya bunuh diri.

Inilah kerakusan dan kefasadan politik UBN yang tiada berperikemanusian, primitif dan buta perut; diperlihatkan kezalimannya kepada massa secara terang dan jelas Yang tiada pernah diinsafi oleh UBN ; walaupun pembunuhan pernah berlaku ke atas pemimpin PAS allahyarham Samad Gol Kelantan dan pembunuhan beramai –ramai di Memali , Kedah ke atas rakyat yang tiada berdosa dan tiada bisa dibuktikan bersalah oleh mahkamah sehingga kini masih lagi tergantung pembicaraannya, Mengapa? Anda sudah tahu jawapannya!.

Mana ada demokrasi dan keadilan di negara satu Malaysia ini; yang penuh dengan skandal demi skandal daripada BMF ke Pewaja Steel ( ‘Stealings the masses money ‘) Tabung Haji, Bank Islam kepada PKFZ dan entah apa lagi satu demi satu pembongkaran yang dibuat bukan oleh Pakatan Pilihan Rakyat ; tetapi antara sesama kroni suku –sakat “MelayuIslam Umno” UBN. yang memfaraidkan harta rakyat sesama mereka dengan kekayaan yang melimpah ruah. Golongan marhein bagaimana?

Bagilah beras sekampit seorang sedangkan wang rakyat berbilion trillion di telan mereka sekali gus dengan sekelip mata sahaja ; bermain silap mata dengan massa. Wang rakyat di luar negara hasil daripada usahasama negara dengan negara luar di simpan dalam akaun satu syarikat proksi pemimpin “MelayuIslam Umno “; itu sahaja berjumlah 1.1. trillion . habuan joli dan rasuah politik untuk PRU 13 akan datang.

Inilah dia rakyat di dahulukan kononnya dalam retorik tadika satu Malaysia; yang SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Gua zam-sam alakazam yang terkini dan ternanti-nanti oleh kroni korprat keparat “MelayuIslam Umno” ini ialah ternganga-nganga untuk menelan emas hitam berjenama ehsan melalui Jabatan Persekutuan dan JKKK(P) di Kelantan.

Sesi memfaraid wang ehsan emas hitam tersebut adalah di kuasai sepenuhnya oleh kroni-kuncu “MelayuIslam Umno” untuk mengkayakan diri di atas nama rakyat satu Malaysia.di Kelantan.

Seperti kata TGNA ,” siapa yang eshsan siapa . Pusat ehsan Kelantan ke , Kelantan yang ehsan pusat ?. Di Kuala Lumpur setitik minyak pun tak ada”.. Ini wang dan hak rakyat negeri Kelantan kerna minyak mengalir di Kelantan dan rakyat Kelantan berhak seratus peratus ke atas ROYATI yang mesti bagi kepada warga Kelantan terus melalui kerajaan Negeri bukan 5% royalti itu milik putrajaya .

Mana dia satu Malaysia yang pakai sistem FEDERALISME . Kalau rakyat Sabah dan Sarawak bisa meni’mati wang Royalti walaupun lebih daripada 3 batu nautika dan memang tak ada pun syarat tersebut di dalam Akta Petroleum . Ternyatalah kroni ‘MelayuIslamUmno” adalah perompak gua zam-zam alakazam yang lebih ganas lagi daripada 40 orang penyamun.

Justeru kerna, ketuanya juga bapak perompak wang negara sebanyak RM500 juta yang terselam di selami oleh KD Atantunya.

Oleh kerna kuncu-kuncu kroni dalam UBN ini terlalu sibuk untuk mengaut keuntungan ; meraka terlupa akan perkhidmtan cemerlang kakitangan awam yang mempunyai saham yang besar di dalam membangunkan negara dan bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara .

Tanpa mereka siapa lah yang bisa mengurus-tadbir segala kementerian utama pemacu ekonomi negara. Akan tetapi, keringat mereka langsung tiada dihargai dan diapreciasi. Permintaan Ceupac untuk mendapatkan dua bulan bonus ditolak mentah –mentah . Sedangkan “One Day One Million Formula One ,One Malaysia” bisa saja dibung setiap hari satu juta dan PKFP bisa saja buang 20 Billion yang bisa bagi 10 KALI BONUS ; kerna apa? Kerna khazanah dan kekayaaan negara itu; sudah direzab untuk knoni “MelayuIslam Umno” dan UBN , itu saja. Rakyat marhein dan kakitangan awam ? Disuruh satu Malaysia undi UBN . Apakah anda bisa ?

Selamatkanlah agama , bangsa dan tanah air anda . Cukuplah dengan apa yang berlaku setelah UBN diberi peluang dan amanah untuk memerintah satu Malaysia selama lebih daripada lima dekad. Selamatkanlah negara Malaysia yang KAYA dan tercinta ini daripada jatuh bankrup!

Gagasan Pakatan Pilihan Rakyat; gabungan padu dan mantap untuk semua kaum dan agama PAS DAP PKR dan gandingan mantap ketokohan kepemimpinan PAKATAN PILIHAN RAKYAT ; HADI ANUAR KIT SIANG adalah lebih baik daripada PARTI KORUPSI UMNO MCA GERAKAN dalam PKRZ dan MIC dalam MAIKA HOLDING.

Ternyata PAS DAP PKR yang memerintah lima negeri ; lebih afdal dan lebih baik daripada UMNO MCA MIC . Kapal UBN yang sarat dengan perbagai jenis sindrom yang kronik itu , sudah tiada bisa diobati lagi .

Pembersihan apa kalau masih ada lagi wakil rakyat dan Ketua Menteri satu Malaysia perasuah !.MCA dan Gerakan sekarang sudah jadi seperti parti “MelayuIslam Umno” yang terdiri daripada perasuah.

Bahtera Pakatan Rakyat insyaAllahu SATU-SATUNYA PILIHAN RAKYAT yang ada yang bisa memenuhi cita rasa dan aspirasi massa semua kaum dan agama SATU MALAYSIA BARU pada PRU13.di bawah kerajaan baru PAKATAN PILIHAN RAKYAT ( PPR ) .KE ARAH PUTRAJAYA dengan jayanya .InsyaAllahu.

Nash Ar-Rawy
Sumber:Harakahdaily

Thursday, November 12, 2009

Royalti: Najib digesa mohon maaf, tarik balik keputusan beri wang ihsan

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/c/ce/HIBERNIA2.jpg/300px-HIBERNIA2.jpg
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri itu.

Sebaliknya Najib tegas mereka harus membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Persekutuan akan membayar wang royalti seperti yang telah termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.

Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dapat menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Nazri Aziz, dan memorandum ini kami tujukan kepada Perdana Menteri sebagai usaha kami untuk menuntut supaya Kerajaan Pusat melalui Petronas mengkaji balik keputusan untuk memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan serta syarat tiga batu nautika plantar minyak dari pesisir pantai untuk melayakkan negeri pengeluar mendapat royalti,". katanya.

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media yang sama berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan menanti penjelasan yang terperinci daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob.

Nor Ya'kob sewaktu sesi perbahasan di peringkat dasar enggan menjawab walaupun sepatah berkenaan isu ini.

"Kami ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari Kelantan akan meneruskan perjuangan ini di parlimen dan kami berjanji dalam sesi perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa kita akan terus membahaskan isu royalti ini.Bagi kami kerajaan pusat seharusnya akur kepada perlembagaan negara dan mengikuti dengan serius apa-apa perkara yang terkandung dalam akta 144,"

Menurutnya juga, ahli parlimen dari Kelantan dan kerajaan negeri sendiri bersedia membuka pintu rundingan berkenaan pemberian royalti ini dengan Kerajaan Pusat
"Atas nama pemberian royalti kami sedia pada bila-bila masa membuka pintu rundingan dengan kerajaan pusat," Ujarnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) kesal dengan jawapan Nazri yang meminta mereka merujuk perkara itu ke mahkamah yang disifatkan sebagai angkuh.

Ujarnya, jawapan Nazri itu menunjukkan Kerajaan Pusat tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dan negeri pengeluar petroleum bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai atau diperoleh dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut.

Nazri sewaktu menerima penyerahan memorandum itu meminta kerajaan Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan samaada Kelantan berhak mendapat royalti atau pun tidak.

"Saya nak meluahkan rasa kecewa saya terhadap respon yang diberikan Datuk Nazri tadi kepada kami.Bagi saya respon yang diberikan kerajaan seperti yang disebut oleh beliau (adalah) satu benda yang tidak sihat kepada konsep federalisme dalam negara kita.Ini akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.

Kerajaan akan dilihat begitu angkuh apabila sudah jelas mengenai pemberian royalti itu dari sudut akta dan perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) dan Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Baihaqi Atiqullah yang juga Adun Pasir Tumboh.

Hazayani Zakaria
Sumber:Harakahdaily

Usaha memburukkan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dan As-Syahid Sayid Qutb ditangkis dengan FATWA SYAIKH ABDULLAH BIN JIBRIN.

http://1.bp.blogspot.com/_Ys2D-BpgvUY/SGGN0tZbTkI/AAAAAAAAAEw/-ruuxJHnguA/S150/al-banna.jpghttp://www.semp.us/_images/biots/Biot239PhotoB.jpg

FATWA SYAIKH ABDULLAH BIN JIBRIN (ANGGOTA HA’IAH KIBARIL ‘ULAMA AL-MAMLAKAH AL-’ARABIYYAH AS-SU’UDIYYAH) TENTANG HASAN AL-BANNA DAN SAYID QUTHUB

Akhir-akhir ini kita sering mendengar, diantara saudara sesama muslim menyebarkan isu tentang tuduhan adanya penyimpangan dua orang ulama Mesir; As-Syahid Hasan Al-Banna dan Sayyid Quthub, keduanya dianggap sebagai pawang ahli bid’ah dan pembawa ajaran sesat, bahkan ada yang berarti menyatakan: “Sungguh, membaca buku porno lebih baik daripada membaca buku-buku tulisan tokoh sesat dan menyesatkan dari golongan Ikhwanul Muslim seperti Hasan Albanna, Muhammad Al-Ghazali, Yusuf Qharadawi, atau orang-orang yang sejenis”. (Astaghfirullah al-azhim) sumber dari salah satu email (pembela_sunnah@yahoo.co.id). Padahal dirinya -seperti yang ditulis dalam situs tersebut- menyatakan diri sebagai pembela sunnah tapi mengapa sampai keluar pernyataan seperti itu… semoga kita terlindung dari kata-kata, pernyataan dan ungkapan yang tidak sebenarnya… karena jika benar demikian, maka rugilah kita, banyaknya amal kebaikan yang kita lakukan akan sirna begitu saja oleh karena ungkapan yang tidak sebenarnya, bahkan kelak Allah akan diambil kebaikan orang yang mengungkapkan sesuatu yang tidak sebenarnya untuk diberikan kepada orang yang dituduhkannya… Naudzubillah min dzalik…

Berikut kami sajikan ungkapan salah seorang ulama anggota lembaga ulama Saudi tentang sikap beliau terhadap Imam As-Syahid Hasan Al-Banna dan As-Syahid Sayyid Qutbub…

Segala puji bagi Allah semata.

Menggelari orang lain sebagai mubtadi’ (pelaku bid’ah) atau fasik (pelaku dosa besar) adalah perbuatan yang tidak dibenarkan atas umat Islam, karena Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang mengatakan kepada saudaranya: “Wahai musuh Allah”, sedang kenyataannya tidak seperti itu, maka ucapannya itu menimpa dirinya sendiri.” (Muslim).

“Barangsiapa yang mengkafirkan seorang muslim, maka ucapan itu tepat adanya pada salah satu di antara keduanya.” ( Al-Bukhari dan Muslim).

“Bahwa ada seseorang yang melihat orang lain melakukan dosa, lalu ia berkata kepadanya: ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu’. Maka Allah berfirman: ‘Siapakah gerangan yang bersumpah atas (Nama)Ku bahwa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sesungguhnya Aku telah mengampuninya dan Aku gugurkan (pahala) amalmu’.” (HR. Muslim).

Kemudian saya ingin mengatakan bahwa Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna termasuk para ulama dan tokoh dakwah Islam. Melalui dakwah mereka berdua, Allah telah memberi hidayah kepada ribuan manusia. Partisipasi dan andil dakwah mereka berdua tak mungkin diingkari. Itulah sebabnya, Syaikh Abdulaziz bin Baaz mengajukan permohonan dengan nada yang lemah lembut kepada Presiden Mesir saat itu, Jamal Abdunnaser “ semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal – untuk menarik kembali keputusannya menjatuhkan hukuman mati atas Sayid Quthub, meskipun pada akhirnya permohonan Syaikh Bin Baaz tersebut ditolak.

Setelah mereka berdua (Sayid Quthub dan Hasan Al-Banna) dibunuh, nama keduanya selalu disandangi sebutan “Asy-Syahid” karena mereka dibunuh dalam keadaan terzalimi dan teraniaya. Penyandangan sebutan “Asy-Syahid” tersebut diakui oleh seluruh lapisan masyarakat dan tersebarluaskan lewat media massa dan buku-buku tanpa adanya protes atau penolakan.

Buku-buku mereka berdua diterima oleh para ulama, dan Allah memberikan manfaat – dengan dakwah mereka – kepada hamba-hambaNya, serta tak ada seorang pun yang telah melemparkan tuduhan kepada mereka berdua selama lebih dari duapuluh tahun. Bila ada kesalahan yang mereka lakukan, maka hal yang sama telah dilakukan oleh Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam Ibnul Jauzi, Imam Ibnu ‘Athiyah, Imam Al-Khaththabi, Imam Al-Qasthalani, dan yang lainnya.

Saya telah membaca apa yang ditulis oleh Syaikh Rabie’ bin Hadi Al-Madkhali (ulama muda Saudi yang anti IKHWAN-pen) tentang kitab bantahannya terhadap Sayid Quthub, tapi saya melihat tulisannya itu sebagai contoh pemberian judul yang sama sekali jauh dari kenyataan yang benar. Karena itulah, tulisannya tersebut dibantah oleh Syaikh Bakr Abu Zaid (juga anggota hai’ah Kibaril ‘Ulama KSA-pen) hafidzhahullah

Mata cinta : terasa letih memandang aib
Tapi mata benci : selalu melihat aib

Abdullah bin Abdurrahman bin Jibrin

26 Shafar 1417 H.

Tuesday, November 10, 2009

Bai'ah taat setia, bukan cerai isteri: Mahfuz

ALOR SETAR - Memang benar ada bai'ah dalam Pas, tetapi ikrar taat setia kepada parti, bukaannya mencerai isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, "Tiada taklik talak tiga dalam Pas yang bermaksud jatuh talak tiga sekali gus bagi seseorang wakil rakyat terhadap isteri mereka jika mereka 'melompat' parti selepas memenangi pilihan raya," katanya.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang dimaksudkan bai’ah dalam Pas adalah lafaz taat setia ahli pada parti bukannya melakukan penceraian seperti yang difahami sesetengah pihak.

“Bai’ah yang diamalkan Pas adalah ketaatan dan kepatuhan ahli terhadap perjuangan parti bukannya menceraikan isteri dengan talak tiga.

“Buat apa kita nak ceraikan isteri sedangkan mereka inilah yang memberi sokongan tetapi kalau ada segelintir ahli yang berfikir mahu menambah isteri, itu mungkin betul,” katanya ketika dihubungi, semlaam.

Beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang memperbesarkan isu ini kerana mahu menjatuhkan Pas dengan menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai tanggungjawab terhadap golongan wanita.

Mahfuz berkata, bai’ah yang diamalkan oleh Pas juga tidak pernah membabitkan institusi kekeluargaan kerana ahli Pas tidak mahu berl:akunya pengkhianatan terhadap keluarga.

:Menyokong kenyataan Mahfuz itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ahli Pas bersedia untuk melakukan bai’ah untuk kebaikan mereka, keluarga dan juga parti.

:Menurutnya, amalan ini merupakan amalan sama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum baginda berangkat untuk pergi berperang kerana ia merupakan salah satu cara menunjukkan ketaatan seseorang itu terhadap perjuangannya.

:“Ahli kita sedia melaksanakan bai’ah sebelum menyertai Pas kerana inilah yang akan membuktikan ketaatan kita kepada parti dan kita juga sanggup berjuang demi mempertahankan Pas.

:“Jangan kaitkan bai’ah ini dengan isteri mahupun keluarga kerana ini bukanlah cara yang diamalkan oleh Pas,” katanya.

:Beliau berkata, pihak lain diminta agar tidak mencampuri urusan dalaman Pas termasuklah urusan angkat sumpah yang dilakukan kerana ini mampu merobohkan keutuhan yang telah dibina oleh parti itu.

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH



Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.


Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

* Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
* Bagaimana persiapan bilik gerakan
* Semakan daftar pemilih terkini
* Semakan rang yang dibentangkan
* Bantahan yang perlu dibuat
* Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
* Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU

Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.

Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.

Sumber:http://tuanibrahim.blogspot.com

Firman ALLAH S.W.T:
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan saling berdebat, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Q.s. al-Anfal: 46).

“Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan yang besar.”
(Q.s. al-Anfal: 73).

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Tidak ada seorang hamba yang menutup aib seorang hamba lain didunia ini kecuali ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat.
(HR Muslim(4692)

Aku menjamin sebuah rumah dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan walaupun bergurau dan sebuah rumah ditempat tertinggi syurga bagi orang yang membaikkan budi perkertinya.
(HR Abu Daud(4167);Hasan:Sahih Abu Daud(4800)

Rabbi Yahudi: Bunuh Saja Selain Yahudi(ghoyim).


Sebuah buku telah dikeluarkan oleh seorang rabbi Yahudi yang memberikan izin untuk membunuh orang-orang non-Yahudi, termasuk bayi dan anak-anak, yang dapat menimbulkan potensi yang sebenarnya atau ancaman kepada orang Yahudi atau Israel.

"Memang dibolehkan untuk membunuh orang di kalangan non-Yahudi bahkan jika mereka tidak bertanggung jawab atas situasi yang mengancam," Rabi Yitzhak Shapiro, yang mengepalai Yosef Od Chai Yitzhar Yeshiva di pemukiman di Tebing Barat yang diduduki, menulis dalam bukunya " The King's Taurat. "

Dia berpendapat bahawa ghoyim (non-Yahudi) akan dibunuh jika mereka mengancam Israel. "Jika kita membunuh seorang non-Yahudi yang telah berdosa atau telah melanggar salah satu dari tujuh perintah –karena kita peduli tentang perintah-perintah—tidak ada yang salah dengan pembunuhan."

Shapiro, yang merupakan seorang kepala sekolah Talmud pada dekat Nablus, mendakwa bahwa maklumatnya "sepenuhnya dibenarkan oleh Taurat dan Talmud." Maklumat Anti-Ghoyim ini tampaknya datang dalam menanggapi penangkapan oleh polisi Israel teroris Yahudi yang mengakui telah membunuh dua gembala Palestin di Tebing Barat.

Seperti diketahui, banyak orang Palestin tak berdosa juga telah dibunuh dengan darah dingin oleh Yahudi. Pada tahun 1994, Baruch Goldstein, seorang Yahudi terkenal teroris, membunuh 29 muslim jemaah Masjid Al-Ibrahimi di Tebing Barat kota al-Khalil, padahal mereka semua tengah melaksanakan solat.

Orang Non-Yahudi Bukan Manusia

Maklumat kontroversial itu ternyata didukung oleh banyak rabi yang berafiliasi dengan kem agama nasional serta seminari Talmud di Yerusalem Barat, yang dikenal sebagai Merkaz Ha'rav. Di antara para rabi yang telah terbuka mendukung dekrit ini adalah Yitzhak Ginsburg dan akov Yosef.

Ginsburg telah menulis selebaran yang memuliakan Goldstein dan menyebutnya "tokoh suci." Tinjauan Shapiro mengenai bagaimana Palestina dan non-Yahudi secara umum diperlakukan sesuai dengan hukum agama Yahudi (halacha) secara luas dipandang sebagai arus utama yang mewakili, bukan pengecualian di Israel.

Selama serangan Israel terhadap Gaza awal tahun ini, Mordecahi Elyahu, salah satu tokoh rabbi terkemuka di Israel, mendesak tentara untuk tidak menahan diri dari membunuh musuh anak-anak dalam rangka untuk menyelamatkan nyawa tentera Israel. Dia bahkan mengajukan petisyen kepada pemerintah Israel untuk melaksanakan serangkaian pemboman pusat penduduk Palestin di Gaza.

"Jika mereka tidak berhenti setelah kita bunuh 100 orang, maka kita harus membunuh seribu. Dan jika mereka tidak berhenti setelah kita membunuh seribu, maka kita harus membunuh 10.000. Jika mereka masih tidak berhenti, kita harus membunuh 100.000, bahkan sejuta. Apa pun yang diperlukan untuk menghentikan mereka. "

Menurut Israel Shahak, penulis buku "Jewish History, Jewish Religion: the Weight of Three Thousand Years," istilah manusia dalam hukum Yahudi semata-mata hanya mengacu kepada orang Yahudi. Banyak rabbi ortodoks Yahudi, khususnya dalam sektor keagamaan nasional, melihat konvensi internasional yang disengaja membolehkan pembunuhan warga sipil dan perusakan rumah-rumah dan harta benda awam lebih mewakili "moral Kristian" bukan berasal dari Yahudi.

Pada tahun 2006, Dewan Rabbi Pemukiman Yahudi di Tebing Barat mendesak tentera "untuk mengabaikan moral Kristian dan memusnahkan musuh di utara (Lebanon) dan selatan (Jalur Gaza). Hal seperti ini jelas-jelas rasis dan penuh kebencian, dan itu tidak ada penolakan sama sekali baik di kalangan kaum intelektual maupun di masyarakat Israel pada umumnya.

Sumber:http://satuumat.blogspot.com/

Saturday, November 7, 2009

Maka Benarlah Firman ALLAH S.W.T



Firman ALLAH S.W.T: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

[arakkepalalembu3.jpg]

Friday, November 6, 2009

Wahai Ummat Islam Mari Kita Kenang Kembali Mengapa kita Menentang UMNO/BN Jika kita sudah Terlupa...

1.UMNO menghalalkan Riba dan mengubah istilah Riba kepada “interest”, faedah dan bunga namun hakikatnya Riba tetap Riba dan tetap Haram.

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar.Golongan Non-Muslim dikelirukan dan ditakut-takutkan dengan HUDUD padahal hukuman HUDUD tidak tertakluk kepada Non-Muslim.

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari bagi mengelirukan ummat Islam(Era Pak Lah) dan kini ulama' mereka diarah mengeluarkan Fatwa bagi kepentingan mereka tapi bukan untuk kepentingan Islam.

4.UMNO menghalalkan Pusat Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan Pusat Judi hanya haram bila tidak mendapat lesen daripada mereka.Malahan UMNO/BN menjadikan cukai daripada judi sebahagian daripada hasil pendapatan UMNO/BN.

5.UMNO menghalalkannya penjualan Arak secara terbuka.Arak menjadi haram dan dirampas Kastam bila cukainya tidak dibayar tetapi menjadi halal bila dibayar cukainya kepada pihak kastam Diraja Malaysia.

6.UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan diangkat dan disanjung para perasuah untuk menjadi Pemimpin.Amalan Rasuah, kronisme dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN seperti sudah sebati dengan UMNO/BN.

7.Rakyat dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.

8.Rakyat tidak mendapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat kekangan melalui akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) rakyat ditipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dll yang seangkatan dengannya.Antara media yang pernah dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta suatu ketika dahulu.Adakah adil apabila akhbar-akhbar lain diberikan hak menerbitkan naskah setiap hari tetapi akhbar pembangkang hanya diberikan hak penerbitan 1-2kali seminggu.

9.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

10.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

11.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar jika suara mereka disekat.

Ditambah pula dengan siri-siri pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

3. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

6. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

8. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

9. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

10. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

11. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

12. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

13. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

14. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

15. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

16. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

17. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

18. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

19. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

20. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

21.UMNO/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah(Menafikan hak-hak Kontraktor Melayu yang menyokong pembangkang) yang kemudiannya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Masih ada yang mahu menyokong UMNO?Jika masih ada memang anda yang menyokong adalah manusia yang telah 'dibutakan mata' dan 'dipekakkan telinga' oleh tipu helah UMNO/BN selama 50tahun lebih memerintah Malaysia....

Orang Melayu Yang Sokong UMNO Wajib Baca,20 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan 'kesempatan' dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka.

Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya 'menutup' mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat.

Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi 'pak turut'.

Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang.

Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato' Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.

Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini.

Sementara AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan.

Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BN memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya.

Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman.

Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Wan Nordin Wan Yaacob
Sumber:Harakahdaily

Thursday, November 5, 2009

Kedudukan MB Perak, lima hakim dengar rayuan Nizar

http://3.bp.blogspot.com/_ymzlUB7wvuI/SZttU_6K0SI/AAAAAAAAALA/eUH2pP6xZ44/s400/petisyen_013.jpg
(Gambar Hiasan)

Kemaskini:12.45 tengahari|PUTRAJAYA, 5 Nov: Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini sedang didengarkan di hadapan lima panel hakim.

12.45 tgh:Dalam pada itu, Nizar sewaktu ditemui menjelaskan, lima hakim yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia.

Katanya, jika kes dadah boleh didengar oleh lima hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar.

"Sepatutnya ada hakim dari Borneo juga,"katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi.

Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.

12.00 tengahari: Sementara itu, menurut Hanifa Maidin yang hadir hari ini, permohonan untuk mendapatkan 11 hakim adalah untuk memastikan tiada unsur 'bias', para hakim membuat keputusan yang tepat dan tidak wujud unsur-unsur yang memihak apabila membuat keputusan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana lima panel hakim yang dilantik kini adalah hakim-hakim yang pernah mendengar kes terdahulu dan dibimbangi akan mempengaruhi kes tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai hujah yang dikemukakan oleh pihak Nizar, beliau mengulas bahawa antara yang ditegaskan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah adalah;telah termaktub dalam undang-undang bahawa Tuanku Sultan Perak tiada hak dan kuasa dalam memecat Menteri Besar dan juga jika ingin memecat maka mesti ada undi tidak percaya dalam dewan.

Tambahnya, berkemungkinan keputusan tidak akan diketahui hari ini, tetapi diharapkan Nizar akan menang bersandarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.

Mahkamah ketika ini berhenti rehat.

Berita sebelum ini

10.15 pagi:Ketika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

9.00 pagi:Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas. _