yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, September 19, 2011

Peter Casey Tak Segan Solat di Kedai Starbucks

NEW YORK - Peter Casey, atau Abdulmalik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini bermuara pada Islam. Pada usia 15 tahun, lulusan Queens College ini memutuskan bersyahadat.

Kini namanya dikenal secara luas baik di negerinya, Amerika Syarikat, mahupun dunia internasional setelah pengakuannya memilih Islam tersebar luas di alam maya. Alih-alih takut akan keselamatan nyawanya mengingat fobia Islam kembali mengental di AS menjelang peringatan tragedi 11 September, ia malah rajin menunjukkan keyakinan barunya di depan awam.

Ia misalnya, selalu pergi ke masjid setiap hari dengan 'menumpang' skateboard-nya -- gaya khas anak muda AS. Ia juga jarang berfikir dua kali untuk melakukan ibadah shalat di Starbuck, jika kebetulan ia tengah minum di sana dan waktu shalat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini mengaku pantang menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, ia mengatakan ia berusaha untuk "menentang stereotip dan kesalahfahaman" orang lain di sekitarnya tentang Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran kota dengan latar belakang Yudeo-Kristian(Yahudi-Kristian) Casey berada dalam posisi yang sebetulnya 'mustahil' untuk melakukannya. Namun, itulah tekad Casey; membuat orang belajar menerima seorang Muslim apa adanya, mulai dari cara dia berpenampilan, berbicara, dan bertindak.

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayah Katolik. Dia tumbuh dalam keluarga yang bertolak belakang dalam melihat Jesus. Di satu sisi, kristian yang berbicara tentang Jesus sebagai Allah Putra, Allah Bapa, dan roh Kudus. Di sisi lain, Yudaisme berbicara tentang Yesus sebagai seorang Nabi palsu.

"Saya merasa ada dua hal ekstrem di sana, dan saya mempelajari keduanya," kata Casey.

Dan kemudian, pasca-serangan 11 September 2001, pemahaman mulai berubah. Dia baru berusia 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak itu, ia rajin berlayar di dunia maya mengorek isi ajaran Islam -- yang pada awalnya dituduhkan berada di balik serangan itu. Ia menemukan doktrin yang lebih masuk akal tentang Yesus: dia seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih, tidak kurang.

"Ketika saya mulai belajar tentang Islam, saya seperti:" Ini dia. Ini adalah agama itu," katanya.

Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, ia masuk Islam. (Orang tuanya menolak memberikan komen untuk cerita ini).

Sejak itu, lelaki yang baru-baru mulai mengajar sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk meluruskan kecurigaan publik AS pada Islam. Tak hanya melalui perbuatan -- seperti bershalat di tempat umum dan ramah pada siapa saja -- ia juga aktif berdakwah melalui blog-nya yang bertajuk 'Dawah Addict'. Tema-tema seperti 'Muhammad dalam Alkitab' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya tanpa canggung.

"Ketika saya pertama kali menjadi Muslim, dan masih terdengar hingga hari ini, orang-orang berkata,'Mengapa tidak ada lebih banyak Muslim yang mengatakan terorisme adalah buruk? Mengapa tidak ada Muslim di luar sana mengatakan tentang Islam yang sebenarnya?'," kata Casey. "Dan saya fikir, yah, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube memiliki lebih dari 5.000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Meskipun pendengarnya terus bertamabah, dia juga mengalami hambatan, antara lain berbagai bentuk komen marah dan sanggahan.

Namun, dia tak surut ke belakang. Alasannya sederhana: "Saya merasa seperti saya memiliki tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya tumbuh dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berbagi apa yang membuat saya sangat bahagia dan telah membawa saya kedamaian begitu banyak."



kredit:borakkosong

N'N:Peter juga seorang Blogger dan Vlogger, dia berdakwah melaluinya. MasyaAllah hebatnya saudara kita ini. Yang pastinya dia tidak jumud seperti sesetengah muslim...

Bicara Kes Liwat: Pakar Australia Mempersoalkan Kenapakah Dr.Seah Sembunyikan Maklumat DNA Ketiga Yang Di Jumpai Pada Dubur Saiful Bukhari



KUALA LUMPUR 19 Sept - Perbicaraan kes fitnah kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini apabila saksi ke lima konsultan Molekular Genetisis, Dr Brian Mcdonald (foto) mengambil tempat semula di kandang saksi.

Peguambela Ram Karpal yang menyoal sejak awal pagi menimbulkan keraguan tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Brian menjelaskan berdasarkan laporan pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Nor Aidora Saedon telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful. Namun Brian mendakwa Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan lelaki Y'. "Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," kata Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru katanya lagi, pakar kimia itu mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada bendasing. "Dia tidak boleh mengatakan ianya milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," tambah beliau lagi.

Sementara itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar menyatakan Seah sedar akan kewujudan individu ketiga pada sampel DNA melalui ujian Electropherogram (EPG) namun beliau gagal melaporkannya. "Mungkin ada individu ketiga dalam laporan Seah dan Aidora. Beliau nampak tapi beliau tidak melaporkannya," jelas Sankara Nair kepada pihak media hari ini.Sumber

N'N:Siap ada DNA individu ketiga lagi, biar betul si sayfool ni.....

ISA:Najib Sudah Nyanyuk Atau Sengaja Buat Lupa? Perjuangan Memansuhkan ISA Sebenar Dipelopori Oleh PR Dan NGO Bukan BN!!!

http://3.bp.blogspot.com/_5DG5dbLi3h8/SVl5E_icCbI/AAAAAAAACuU/TzLTOjEi8Zk/s320/pas_isa.jpg

http://agendaharini.files.wordpress.com/2009/08/demonstrasi1.jpg?w=450&h=312

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/09/DSC_4999.jpg

Ada sesiapa nampak muka Najib dan barua-barua BN?



Najib sengaja ketepi pejuang mansuh ISA

KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS hari ini membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah “keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional sahaja dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain” tanpa memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang mansuh akta zalim itu yang menentang ISA sejak dahulu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini tetiba sahaja, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan.

Ttindakan itu, katanya terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan seolah-olah sejarah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.

“Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka Perkasa selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?” selar beliau.

Tindakan juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan pentingnya ISA dikekalkan, sindir Tuan Ibrahim telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

“Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian,” kata beliau dengan sinis.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengimbas kembali kata-kata kerajaan Barisan Nasional pada 2009, di mana ia telah berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.”

Malah pada bulan Disember 2009, kata Tuan Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah berkata bahawa “semua pihak” sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pakatan Rakyat pula, kata beliau telah menyatakan akan memansuhkan ISA dalam Buku Jingga yang dilancarkan mereka.

“Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli Perdana Menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga,” bidas beliau.

“Cukup marah nampaknya Perdana Menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.”

Media perdana, katanya kini terus memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA.

“Sehinggakan Presiden KITA, Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka Perdana Menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau,” sindir beliau.

Tambah Tuan Ibrahim, PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan “pengganas” yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

“Tafsiran “pengganas” dan “ancaman” ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui,” terang beliau, sambil menambah bahawa PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.

Namun, Tuan Ibrahim berhujah bahawa kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

Apa yang menjadi keraguan rakyat, katanya ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.

“Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihanraya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian,” tambah beliau.

Rakyat kini, kata Tuan Ibrahim dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?

“Rakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan, tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas PRU13.”

Jaminan terbaik sekarang untuk rakyat, hujah beliau ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13.

“Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar ‘Rakyat’ adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti,” kata beliau.Harakahdaily

AKU MASUK ISLAM LEPAS TENGOK VIDEO NI:

i convert to islam after watching this video !



Firman Allah S.W.T:

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan,

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);

Surah An-Najm Ayat 45-46


N'N:Dialah aku sejak lahir dah Islam, Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)