Friday, September 23, 2011

GILA!! Gambar Ayah Pemabuk Campak Bayi Perempuannya di Kuali Mendidih Sampai Mati.

Mr. Huang seorang alcoholic berusia 47 tahun, yang sekaligus pemilik perusahaan membuat mee, pulang dalam keadaan mabuk ke tempat membuat mee yang berada di dekat rumahnya. Kemudian seperti biasa dia bertengkar dengan isterinya,ketika kejadian ini terjadi isterinya sedang menggendong bayi mereka yang berusia baru 10 bulan.


Kerana sangat marah dan tidak dapat mengawal perasaannya, lelaki tersebut merebut bayi perempuannya dari tangan isterinya dan melemparkannya ke dalam kuali berisi air mendidih untuk merebus mee. Isteri sangat terkejut dan cuba menyelamatkan bayi, tetapi terlambat, kerana 90% tubuh bayi sudah melepuh kerana air yang sangat panas.

Ibu bayi itu cuba menyiram bayi dengan air dan melepas baju bayi tetapi hal itu menambah kesakitan yang diderita bayinya, kerana sebahgian besar kulitnya jadi terkelupas. Kemudian ibu bayi berlari ke rumahnya membawa bayi itu untuk minta pertolongan saudaranya yang kemudian membantunya membawa bayi ke hospital.

GILA!! Ayah Pemabuk Campak Bayi Perempuannya di Kuali Mendidih Sampai Mati [FOTO]

Para doktor di hospital menggambarkan bagaimana kesakitan yang dirasai oleh sang bayi bagaikan dihiris-hiris oleh ribuan pisau tajam. Polis yang datang ketempat kejadian untuk menangkap ayah bayi itu, mendapati Mr. Huang sedang memasak mee, seolah-olah tidak pernah terjadi sesuatu apapun.

Di balai polis, setelah sedar, beberapa waktu kemudian Huang menyesali perbuatannya, dan mengatakan bahawa dia tidak pernah berniat melemparkan bayinya ke air panas. Setelah dilakukan rawatan keadaan bayi mula pulih tetapi pada waktu malam keadaan bertambah buruk, tiga hari kemudian pada pukul 10:05 pagi bayi berusia 10 bulan itu meninggal dunia di ruang ICU di Changhua Christian Hospital.

Pautan
Dakapan terakhir seorang ibu...

kredit:borakkosong

N'N:Pernahkah ARAK membawa kebaikan?????????? Tahniah UMNO/BN Malaysia tangga ke-10 pengguna arak terbesar klik sini

No comments: