Friday, September 23, 2011

Jawapannya HUDUD....



N'N:Jawapan Hudud tidak sesuai ialah jawapan yang kufur. Pengertian Hudud telah dipesongkan sesetengah golongan yang takut dengan Hukum yang sangat sempurna kerana takut mereka tidak boleh memfitnah lagi. Siapa golongan yang takut kepada Hudud?

1. Golongan yang menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi.
2. Mereka yang menganggap sumpah laknat sebagai perkara mainan dan menafikan Qazaf.
3. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti maksiat,zina & rogol.
4. Penjenayah.
5. UMNO.

Jika ini pendirian Tun M:

Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Apa pula pendirian Najib? Adakah masih sama seperti pendiriannya sebelum ini:

‎"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang islam dilaksanakan." (kenyataan Dato' Sri Najib Tun Razak kepada wartawan ,20 April 1983)

Persoalannya sekarang ialah samada mahu atau tidak mahu. Jika mahu dan merasakan draf Hudud yang dikemukakan PAS tidak sesuai mari kita berbincang untuk memperhalusi drafnya dan bukan membuat kenyataan bahawa Hudud tidak sesuai.....

No comments: