Thursday, September 29, 2011

HUDUD SUDAH LAMA BERTAPAK DI TANAH MELAYU, TERIMA KASIH BRITISH KERANA MENGHAPUSKANNYA DAN UMNO KERANA TIDAK PERNAH TERFIKIR UNTUK MELAKSANAKANNYA.

Hidupkan Kembali Perlaksanaan Hudud (Undang Jenayah Syariah) di Malaysia


"Ramai rakyat Malaysia terutama di kalangan orang Islam bercakap mengenai hudud tetapi mungkin ramai yang tidak tahu hudud atau undang-undang jenayah Syariah ini telah pun dilaksanakan di banyak negeri-negeri di Malaysia sebelum penjajahan British.

Elemen-elemen di dalam kanun jenayah syariah ini sudah termaktub di dalam undang-undang negeri seperti

Undang-Undang 99 Perak
Undang-Undang Terengganu
Undang-Undang Kelantan
Hukum kanun Melaka
Hukum Kanun Pahang
Undang-Undang Johor
Undang-Undang Kedah



Undang-undang jenayah syariah ini dilaksanakan oleh sultan-sultan ketika itu dan negeri-negeri mereka menjadi aman damai. Contohnya ialah ketika undang-undang jenayah syariah ini dilaksanakan selama 27 tahun di bawah Sultan Zainal Abidin III di Terengganu, jumlah yang mati akibat hukuman hudud ini ialah 5 orang sahaja.

Penjajah British telah berjaya menghapuskan undang-undang jenayah syariah (hudud) ini secara perlahan-lahan dan digantikan dengan undang-undang yang dicipta oleh mereka. Hugh Clifford adalah antara orang yang ditugaskan untuk menghapuskan hukum hudud ini.

Walaupun Malaysia diberi kemerdekaan, hasrat British untuk melihat Malaysia tidak lagi mengamalkan kembali undang-undang jenayah Syariah (hudud) ini tercapai apabila parti peliharaan mereka UMNO telah meluluskan Akta Mahkamah Syariah pada tahun 1965 di mana ketika itu UMNO dan rakan-rakanya di dalam Parti Perikatan menguasai dua pertiga bilangan kerusi Parlimen.

Akta Mahkamah Syariah 1965 telah menghadkan kuasa Mahkamah Syariah seperti berikut:

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
6 bulan penjara atau
Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Ramai orang-orang Islam merindui hukum hudud ini dan berharap suatu hari nanti hudud ini dapat dilaksanakan kembali di Malaysia seperti nenek moyang mereka mengamalkannya. Selain itu undang-undang jenayah syariah ini merupakan tuntutan kifayah bagi umat Islam di Malaysia. Sekiranya hukum hudud berjaya dilaksanakan kembalikan, ini adalah satu kemenangan bagi orang Islam dan satu kekalahan bagi orang fasik dan munafiq. SUMBER

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob,

Sure ke ni takde dalam buku teks Sejarah?