BERA, 23 Sept: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsan (Anak) Mazlan Aliman menganggap tindakan ahli Umno menghalang misi amal PAS untuk membaiki rumah seorang warga emas sebagai politik balas dendam, kolot dan kebudak-budakan.
(Gambar keadaan atap rumah seorang warga emas yang cuba diberi bantuan tetapi dihalang)
Menurutnya, usaha murni yang disertainya itu bertujuan untuk membantu golongan miskin atau kurang berkemampuan terutama dalam kalangan warga emas dan ibu tunggal.
Namun oleh kerana berlainan faham politik, mereka sanggup menghasut supaya tidak menerimanya.
Mazlan menceritakan, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Tan Sri Hamzah dekat sini baru-baru ini apabila seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal dalam kedaifan pada asalnya bersetuju menerima bantuan misi amal PAS.
“Apabila menerima persetujuan daripada warga tua itu, kami mengutip derma dan menghantar bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk mengganti atap lama rumahnya.
“Namun, cukup mengecewakan apabila usaha murni melalui pertolongan misi amal itu ditolak penerima dan anak-anak mereka mentah-mentah,” katanya.
Bagaimanapun, pihak PAS tidak memaksa penerima tetapi percaya perkara itu berlaku akibat segelintir orang Umno tempatan meminta warga tua dan anak-anaknya itu tidak menerima bantuan misi amal PAS dengan pelbagai ugutan.
Mazlan berkata, PAS hanya melaksanakan tanggungjawab untuk membantu golongan miskin yang mengadu rumahnya daif sementara sumbangan yang diberi merupakan derma daripada orang ramai.
“Sebelum ini, kami juga membuat lawatan di rumah warga emas itu dan dia sendiri menceritakan masalah atap bocor kepada kami. Pada awalnya kami tidak menjanjikan apa-apa tetapi memberitahunya akan berusaha membantu,” katanya.
Menurutnya, selepas warga tua tersebut menolak, bahan binaan itu diberi pula kepada penerima lain yang berkelayakan.
Tambah Mazlan, misi amal itu tidak akan berhenti hanya kerana penerima menerima ugutan pihak Umno supaya tidak menerimanya, malah ia akan terus diaktifkan lagi untuk membantu golongan memerlukan.
N'N:Kenapa begitru sempit fikiran orang UMNO...Memang UMNGOK!!!
3 comments:
kalau umnonok nak halang tak pe jika
mereka sendiri akan baik pulih rumah hamba allah itu
tapi jika umnonok nak jadi act bagaikan anjing dalam reban-tak bagi
kuda makan rumput tapi dia sendiri tak lalu nakkannya- itu fitrah sialan ,brengsek :menunjukkan kepundekkan -nya .
Macam perangai madey dengan besfren-nya si peundek lingam!!!
korok
Bodoh sombong namanya
Salam Yob Naim,
Kalau benar bagai dikata, malang benar. Nak bagi bantuan pun ada yg berpolitik, aisyyy!
Post a Comment