ANKARA: Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini.
Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat.
“Mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.
"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.
Sementara itu, agensi berita The Anatolia yang memetik Erdogan di Toronto selepas tamat sidang kemuncak itu bahawa negaranya sudah menutup ruang udaranya kepada Israel. - AFP
Ini pula tindakan Malaysia terhadap ISRAEL:
1.Melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.
2.Membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.
3.Membenarkan kapal kargo Israel memasuki pelabuhan Malaysia , kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei dan 7 Jun itu menimbulkan persoalan kerana Malaysia dan Israel tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik.
N'N:Sungguh berbeza prinsip dua negara Islam ini terhadap ISRAEL,anda buatlah pernilaian sendiri.........
No comments:
Post a Comment