Memetik dari sumber berita di sini, penulis simpulkan beberapa isi penting, antaranya:
1. Bukti Pakatan Rakyat (PR) yg didokong bersama PAS, PKR dan DAP benar2 berjaya mempengaruhi keputusan kerajaan menghentikan lesen judi sukan!..kerajaan Umno akhirnya memetuskan ianya dibatalkan setelah sebulan (mungkin lebih sebulan) mereka bemesyuarat sesama mereka sama ada mahu 'duit besar' dari hasil judi Vincent Tan , atau 'protes besar' dari rakyat yg membantah judi, dan akhirnya Umno terpaksa akur atas asakan PR dan rakyat...(tahniah penulis ucapkan kpd PR)..
2. Bukti Vincent Tan mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan (serta mempunyai hubungan dgn menteri umno/BN) selama ini khususnya dlm aktiviti perjudian negara..Vincent Tan berkuasa mutlak khusus dlm isu judi bola sukan ini sehingga memaksa kerajaan Umno memikir dan bermesyuarat sesama meraka sama ada mahu menerus atau membatalkan lesen judi sukan..
3. Bukti bantahan secara kecil-kecilan oleh pemimpin Umno di sesetengah negeri hanya dipandang sebelah mata oleh Vincent Tan, langsung tidak memberikan kesan..baginya bantahan kecil oleh umno negeri itu adalah ibarat melepaskan batuk ditangga dan hanya disebabkan terpengaruh dgn bantahan dan asakan secara besar2an Pakatan rakyat secara bersepadu antara PAS, PKR dan DAP..
4. Vincent Tan juga mendedahkan bukti bertulis bahawa kerajaan Umno melalui Kementerian Kewangan telah dahulunya memberikan kelulusan (dgn bersyarat) kpd syarikat judi utk menjalankan aktiviti judi sukan pada 13 Januari 2010...ternyata ianya sudah diluluskan awal2 lagi oleh kerajaan Umno/Najib, TETAPI malang, rakyat terus diperbodoh dan didungukan mindanya..berita ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan rakyat..
5. Di dalam surat kebenaran lesen judi itu juga secara jelas tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh judi sukan..namun baru2 ini kerajaan Umno (Najib dan Muhyidin) mengatakan bahawa kerajaan tangguhkan pengumuman lesen judi sukan untuk mendengar suara rakyat...SAH, Umno awal2 lagi cuba merahsikan dari pengetahuan rakyat, dan meluluskan tanpa terlebih dahulu mendapatkan reaksi dari rakyat..Namun Allah maha Kuasa, berita ini terbongkar hasil dari asakan PR dan rakyat, akhirnya Umno mula ingin (kononnya) mahu mendengar reaksi rakyat..
6. Dari pengakuan 'Kumpulan Berjaya' juga jelas menunjukkan pada zaman Pak Lah lesennya telah dibatalkan, tetapi dikatakan dikeluarkan semula oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak...beginilah lagak PM 1Malaysia..apa pun, tahniah kpd Pak Lah kerana segera memutuskan utk tidak meneruskan lesen judi sukan..tidak perlu dibincangkan sehingga berbulan2, tidak perlu kononnya ingin mendengar reaksi rakyat, yg jelas haram tetap haram..dan takziah kpd Najib kerana terus membiarkan diri diperalat Vincent Tan sehingga berbulan lamanya..
7. Alhamdulillah..akhirnya kerajaan Umno akur dgn asakan Pakatan Rakyat..cuma kini persoalannya, apakah Najib akan mendapat kritikan terbuka oleh Tun Mahathir kerana tidak meluluskan judi sukan sepertimana yg menjadi hasrat terbukanya?..baru2 ini Mahathir dengan angkuhnya mengatakan bahawa beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya menjadi kerajaan..sungguh hina lagi mengaibkan..
Apa pun, kita lihat apa kesudahannya, penulis yakin ini bukan penamatnya, selagi mana Vincent Tan masih hidup, selagimana Umno masih terus memegang tampuk pemerintahan...wallahua'lam..
p/s: Ingat 3 Julai ini di Kuala Lumpur!!..kita raikan kemenangan rakyat, disamping meneruskan agenda membebaskan negara dari belenggu judi!..
Batal lesen: Vincent Tan persalah bookie haram, Pakatan
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.
Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.
Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.
Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.
Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.
Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.
Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.
Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.
Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.
Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.
“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.
“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.
Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.
Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.
Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.- TMI
Oleh: Pria Malaya
No comments:
Post a Comment