Friday, October 11, 2019

BOLEH MENANGIS SITI KASSIM BILA BACA KENYATAAN INI.

Pertama sekali aku nak tanya, korang kenal tak siapa Siti Kassim ni? Bagi yang tidak mengenali Siti Kassim ni aku akan ringkaskan tentangnya .

Berkerja sebagai seorang peguam hak asasi manusia dalam erti kata lain seorang aktivis sosial.

Selalu mengeluarkan kenyataan² yang bersifat kontroversi.

Kenyataan beliau yang paling menggemparkan Malaysia ialah "Tuhan terhasil melalui tenaga" berikutan kenyataannya itu beliau telah dipanggil JAKIM untuk siasatan.

Paling terbaru beliau mempertikaikan perkataan "Takwim" dalam sebuah laman web agensi kerajaan.

Berikut printscreen kenyataanya itu:



Perkataan Takwim itu dikatakan tidak sesuai kerana perkataan itu adalah perkataan Arab dan tidak sepatutnya digunakan dalam laman web kerajaan.

Apa yang Siti Kassim tidak tahu perkataan itu telah termaktub dalam kamus dewan yang memberi pengertian yang sama seperti jadual.

Untuk pengetahuan SK, perkataan "jadual" itu sendiri berasal daripada perkataan Arab, bahkan namanya juga "Siti Kassim" turut sama diambil daripada perkataan² Arab seperti diulas oleh Dr.RORA ini:

Saya terima printscreen ini. Setelah membacanya saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Beberapa soalan muncul di kepala saya:

1. Tidakkah Siti Kassim ini tahu bahawa perkataan jadual pun sebenarnya berasal dari bahasa Arab?

2. Bukankah bahasa Arab itu hanya bahasa? Abu Jahal petah berbahasa Arab walau bukan Islam.

3. Kalau nak pergi lebih jauh, nama Kassim itu sendiri berasal daripada bahasa Arab. Mahukah ia ditukarkan kepada Pembahagi supaya lebih Melayu?

4. Jika mahu slow talk lebih lagi, perkataan Siti itu pun dari bahasa Arab iaitu sayyidati yang disebut laju menjadi Siti. Sayyidati bermaksud tuan perempuanku. Senang cerita nak mudah faham ia sama seperti perkataan bossku atau Puanku.

Maka sedapkah nama Siti Kassim ditukarkan kepada Puanku Pembahagi atau Bossku Pembahagi supaya nampak lebih Melayu? Ataupun jika nak ikut trend sikit bolehkah tukar terus kepada:
Bosskurr Pembahagi?
Saya sekadar bertanya.
-Dr Rozaimi Ramle

Aku tak tahu nak kata apa selain nak tanya, Siti Kassim ni berasal daripada planet mana?

No comments: