Saturday, October 12, 2019

SIAPA LTTE DAN MENGAPA LTTE NI TIBA-TIBA MENJADI BERITA BESAR DI MALAYSIA?

Logo LTTE Foto- Wikipedia

Untuk pengetahuan semua Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan antara kumpulan pemberontak paling ganas di dunia dan fakta ini telah disahkan oleh agensi keselamatan yang terbesar dunia seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Siasatan Persekutuan (CIA) Amerika Syarikat.

Jadi apa kena-mengenakan LTTE ni dengan negara kita?

Terdapat segelintir pemimpin besar yang berada dalam kerajaan dan parti politik di Malaysia telah dikaitkan dengan pertubuhan pengganas itu.

Mereka disyaki menyokong dan memberi dana kepada pertubuhan pengganas itu.

Dan terbaru 7 orang telah ditahan dan 2 orang diantara mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan yang kedua²nya ialah ahli DAP kesemua mereka ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan pemberontak Tamil Eelam (LTTE).

Mereka  ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Harap ini dapat menjawab persoalan anda semua...

No comments: