Wednesday, July 25, 2012

CEPAT BETUL KORANG NAK HUKUM USTAZ AZHAR IDRUS (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/182121_450076161691597_1927555237_n.jpg

Siap buat kesimpulan macam ni:

MEMALUKAN !! AZHAR IDRUS KANTOI BAB SOALAN IBADAT PUASA

KAMI BUKAN NAK AIBKAN.. CUMA KAMI TAK MAHU UMAT ISLAM TERPESONG DENGAN AJARANNYA !! KAMI BUKAN SYIAH !!...

Apa persepsi anda? UAI kantoi? Jangan terlalu cepat menghukum tanpa hujah......

Cuba lihat hujah ini:

AZAN KETIKA SEDANG SAHUR

Ramai yang keraguan tentang status puasa bagi mereka yang terus makan ketika azan subuh sudah kemundang dalam bulan ramadhan. Ada sebilangan mereka menyatakan, ketika sedang sahur, lalu kedengaran azan, maka teruskan makan sahur selesai makan. Pada mereka, hukum puasa itu adalah sah.

Alasan mereka adalah kepada satu hadis yang dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang dinilai saheh mengikut syarat Imam Muslim, iaitu hadis yang bermaksud;

"Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)"

Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;

Satu : Firman Allah yang bermaksud;

"makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang hitang dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187)

Ayat ini menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar.. apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain...

Kedua : adapun hadis riwayat al-Baihaqi pula bersifat ahad dan sudah pasti sifatnya Zanni al-Subut dan Zanni al-Dilalah. apabila ia bercanggah dengan maksud al-quran yang mengatakan sekadar fajar sahaja boleh makan, maka sudah pasti hadis ini perlu diihtimalkan.

ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;

"Sesunggunya bilal bin rabah melaungkan azan pada waktu malam.. maka makan dan minumlah sehingga azan dilaungkan pula oleh Abdullah Ummi Maktum" (Muwatta')..

Makanya, hadis di atas diihtimalkan pada azan pertama yang berlaku sebelum subuh, iaitu azan mengejutkan orang bangun tahajud. Adapun bila azan subuh kemundang, maka tidak boleh lagi makan sahur. Sumber

Jadi dimana silapnya UAI? Nampaknya ada pihak yang sengaja mahu mengaibkan UAI....Tuduhan UAI nak pesongkan ummat Islam tu tuduhan yang sangat besar.....


4 comments:

Anonymous said...

Nas quran, sifatnya qatie. Nas hadis, sifatnya zanni. Bila dilihat bercanggah, dahulukan.nas qatie, disamping nas hadis perlu ditakwilkan. Ini kaedah dlm usul fiqh.

Nas quran kata, kadar had bg keizinan makan pada bulan ramadhan adalah subuh, sedangkan ada hadis kata azan tu teruskan juga makan. Makanya, hadis itu perlu ditakwil dgn melihat kpd hadis2 yg lain.

Didapati, dlm nas lain ada azan subuh dan azan tahajud. Oleh itu, maksud azan dlm hadis tu adalah azan tahajud, bukan azan subuh.

Hati2 dlm membaca nas. Kalau tak fhm usul fiqh, jgn bodohkan org, sbb sebenarnya kamu yg bodoh.

Aku terkejut bila ada org kata ust azhar idrus bodoh ekoran dia jwb soalan fiqh bahawa bila makan juga ketika azan subuh sebagai batal puasa. Aku tidak terima semua pendapat ust azhar, malahan byk yg aku tak setuju. Namun org yg menbodohkan ust azhar dgn baca satu hadis sahaja tu sebenarnya bodoh.

jebat_berani said...

Apabila agama hanya dianuti bukan dihayati maka inilah jadinya...Sedangkan ilmu agama ini luas untuk dipelajari...Moga2 mereka dan kita semua diberikan pertunjuk dan hidayah..Insyaallah

Anonymous said...

Mungkin pihak yg membodohkan tersebut, belajar dan mencari hadis dalam satu malam berkenaan jawapan ustaz azhar, semata2 untuk mencari kesilapan ustaz ahar. Hmm

akusokongUIA said...

sekurang-kurangnya UAI menerangkan hukum hakam dengan cara yang mudah faham.. anak muda yang jahil pun nak dengar.. kalau orang yang tuduh tu pandai sangat, boleh ke dia tarik anak2 muda yang jauh terpesong yang berlambak2 kat Malaysia ni nak dengar ceramah agama?