Monday, January 16, 2012

SIAPA YANG CAKAP DAP NI PARTI ORANG CINA? HAJI AZHARI NI ORANG CINA KER?

http://2.bp.blogspot.com/-PJ8lYI_Kztc/TxLVJsafczI/AAAAAAAABbM/Xb12FvZ1noE/s320/haji%2Bazhari.jpg

Wa bukan nak promote DAP, nak join masuk DAP lagi la bukan. Cuma nak bagi penjelasan, yang DAP ni bukan parti cina, malah jika ramai melayu yang join, dan jadi majoriti dalam DAP, tak ada beza pun parti ni dengan parti-parti lain. Cuma persepsi yang telah lama di tanam oleh Umno bahawa DAP ni parti cina jer yang perlu di ubah. Dan jalan kearah tu telah di pergiatkan untuk memberi pemahaman terutamanya kepada orang melayu supaya jangan takut untuk memberi sokongan kepada DAP.

Wa cuma nak descripe kan bagaimana seorang melayu yang berkelulusan Pengajian Syariah pernah bertanding melawan Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang ketika itu masih lagi bersama BN di Parlimen Bakri, Johor. Dia la ni berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia ialah Haji Azhari Bin Ismail.(gambar)


Haji Azhari telah bergiat aktif bersama DAP boleh dikatakan lama. Dan dalam DAP ni katanya tak ada langsung sifat perkauman dan semua nasib semua kaum di perjuangkan. Semua orang tak kira bangsa berhak. Malah DAP pernah membawa usul tanah walkaf di Kuala Lumpur tapi telah di pinggirkan. Sebab tu katanya dia sesuai bersama DAP walaupun pernah di tawarkan untuk menyertai Umno tapi ditolak kerana Umno katanya bersikap perkauman.


Umno pulak, bila nak tolong orang, mesti ada press yang datang ambik gambar dan masuk suratkhabar. Kalau takdak, pakai tak tolong la jawabnya. Masuk Umno mesti ada udang di sebalik mee. Nak apply projek la, nak lesen la dan macam-macam lagi.


Berbeza pulak dengan DAP. Sapa yang masuk DAP, harus tahu dan berkorban untuk membantu rakyat. Jangan nak harapkan imbuhan sebab memang tak akan dapat apa-apa pun. Sebab konsep dalam DAP, konsep sukarela. dan DAP mengalu-alukan kemasukan orang-orang melayu dalam DAP. Tak kira dari golongan mana sekalipun. Lagi ramai orang melayu yang masuk, lagi bagus sebab akan terhapus terus persepsi DAP ni parti cina.


Dan Haji Azhari ada berpesan, permainan kotor media kepunyaan Umno/BN telah terlalu lama dan dah sebati. Jadi untuk menangkis serangan tersebut, ahli-ahli terpaksa berusaha untuk menyampaikan kebaikan yang telah dibawa oleh parti DAP ni.


Jangan takut untuk sokong dan bagi undi kat DAP. BUkan DAP ni nak kafirkan umat Islam pun asalkan segala amalan dan suruhan agama jangan di tinggalkan. Sebab DAP merupakan wadah perjuangan politik yang baik.


Akhir sekali menurut Haji Azhari, jika terdapat sebarang keraguan berkaitan agama Islam, dia akan bertanya kepada Datuk Mufti Wilayah Persekutuan, dan berkaitan dengan penyertaan dia dalam DAP pulak, Datuk Mufti telah mengatakan wadah perjuangan yang dia pilih sebagai harus. Oleh itu, DAP amat mengalu-alukan penyertaan orang-orang melayu dan sesiapa sahaja dalam parti asalkan mereka memahami agenda perjuangan DAP iaitu bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan tinggi atau harta yang banyak. SUMBER

N'N:Masih tak fahamkah? UMNO,MCA,MIC & Gerakan adalah parti yang berteraskan perkauman..Manakala DAP pula disertai oleh semua kaum & agama, manakala PAS pula boleh disertai pelbagai kaum yang beragama Islam dan bagi yang non-muslim pula ada DHPP.

No comments: