Monday, January 16, 2012

KHOO KAY KIM:HANG TUAH,HANG LI PO TIDAK PERNAH WUJUD. INI MENGUATKAN LAGI TEORI BAHAWA MALAYSIA TELAH WUJUD SEJAK SEPTEMBER 1937.


PETALING JAYA: Menurut sejarah, Cina Puteri Hang Li Po adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477.

Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.

Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.

Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik."

Canselor kepada Kolej KDU ini juga berkata beliau telah membaca penulisa dua ahli sejarah Barat dan satu lagi sejarah terkemuka Wang Gung Wu berkaitan rekod Ming yang tidak ada menyebut mana-mana watak tersebut.

"Sejarah mestilah berdasarkan rekod empirik. Ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod yang bertulis," katanya, sambil menambah bahawa rekod empirik yang boleh didapati di sini adalah lebih kepada "skanky ".

"Tidak ada bukti dalam rekod-rekod di Malaysia," katanya. "Ini adalah sekadar cerita-cerita. Sejarah awal Malaysia adalah berdasarkan cerita."

"Kita mempunyai banyak cerita. Hanya baru-baru ini pengkaji sejarah telah bersusah payah untuk membuat penyelidikan berkaitan tempoh awal sejarah Malaysia. Banyak cerita-cerita yang diterima sebelum ini tidak dapat dibuktikan," katanya.

Khoo juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod yang membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah bahawa kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan tersebut.

Sukatan pelajaran ini, kata Khoo, akan diperkenalkan pada tahun 2014.SUMBER

N'N:kenyataan itu menguatkan teori ini.....

Malaysia Telah Wujud Pada September 1937


Benarkah 'kenyataan' ini?


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Semuanya telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 (gambar di bawah).



Projek kolonial A.S ini sangat rapi. Ramai yang menggelar projek kolonial ini sebagai teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara ini akan menjadi negara komunis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara di bawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”


Pak Said Zahari


Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj oleh Jeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara.


Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules


Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.

Batu peringatan penubuhan Malaysia


Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?

Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media tentang keberangkatannya ke London untuk memeterai penubuhan Malaysia.


Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British.

Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)

Apa Maksudnya?

Ini Realitinya:

Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:

1. 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik (menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist)

2. Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)

3. Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan kepercayaan tauhid dan agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah jawapannya. Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan. Dan akibatnya:

End result Spiritual Blindness.



N'N:Siapa yang menjadi alat penjajah? Mereka ialah golongan yang selamat daripada penjara & ISA...Siapa mereka? Saya yakin anda cukup bijak untuk mengetahui jawapan......

3 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat aku, sejarah nusantara sebenarnya telah diseleweng oleh penjajah-penjajah yang merupakan tentera salib.

Perang Salib tidak pernah tamat, cuma strategi perang salib telah berubah. Dari strategi tentera salib menyasar ibu negara empayar Islam. Mereka telah mengubah strategi dengan menyasarkan serangan terhadap kelebaran empayar Islam. Jika kita lihat satu per satu wilayah-wilayah Islam tumpas sejak abad ke 16. Dan kemuncaknya adalah pada sekitar 1900 di mana Empayar Uthmaniyah digulingkan dan pada jarak yang hampir sama sebuah empayar besar di Asia Timur iaitu China turut tumbang. Ada sejarah menyasarkan bahawa Empayar China juga adalah sebuah Empayar Islam, dan ketahuilah bahawa kerajaan Islam Abbasiyyah pernah tumpas pada Mongol, dan pada masa yang sama China ditakluk oleh Mongol. Namun Mongol kemudiaan ditumpaskan oleh Kerajaan Fathimiyyah Mesir, dan pada masa sama Mongol tumpas di China di bawah kerajaan Ming dan ketahuilah bahawa Maharaja Ming yang pertama adalah seorang Islam, dan mungkin diikuti oleh maharaja-maharaja seterusnya, malah gerak langkah kerajaan Manchu juga menunjukkan mereka mungkin Islam kerana Manchu pernah menyasarkan penentangan terhadap agama-agama yang sinonam dengan China yang memberontak menentangnya. Namun sejarah ini ditutup oleh orientalis barat dan hanya diceritakan di dalam epik klasik China.

Jadi sejarah sebenar dunia sebenarnya adalah kabur. Ingat dunia satu ketika dahulu tidak dilihat dari aspek nasionalis sebaliknya dilihat dari aspek pemerintah berasaskan agama.

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

aku said...

Hmmm...tak lain dan tak bukan..Freemasonry telah berlaku di Malaysia....malahan di seluruh dunia