yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, February 14, 2017

BOLEH MENANGIS PERTUGAS ZAKAT BILA BACA LUAHAN BRO NI...

Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik.

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.
Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya.

Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!

Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama?

Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.

Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa.

Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;

“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam.

Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke?

Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.

 – Dari Fb Saff Rainz 

17 comments:

Hj.Shah said...

Tambah garam siket...ada satu pejabat zakat kat satu negeri tu waktu aku nak pi mohon zakat untuk anak belajar...usahkan mohon zakat...nak mintak borang mohon zakat pon macam nak begaduh..alasan atas borang ada nombor siri...tak boleh bagi mcm tu saja sebelom dia tengok dokumen..borang je pon...cek le time permohonan dah masok layak ke tak...lepas tinggi2 suara sket...kakak kaunter tu masok dlm tanya boss...pastu baru bagi borang...benda buleh setel 3 minit jadi setengah jam...fening...

Lelaki Dicermin said...

Bg aku sbb apa pusat zakat jadi mcm ni.. sbb org tertinggi dlm zakat tu sultan.. sultan hanya dpt lapuran dr pegawai2 zakat.. itu pun semua cerita2 baik..cerita yg tak baik bawah karpet. Di tambah pegawai2 zakat malu2 alah dgn sultan.. Bayangkan ustaz asri mufti perlis.. sindir pasal zakat.. iklan di media dan tepi jln berjuta2.. tp penerima zakat hampeh.. dah mufti keluar kenyataan pusat zakat negeri masih tak berubah..sampai ada satu peristiwa..sebuah masjid ternama.. imam ke kedua.. mengalami sakit yg teruk.. yg perlu perbelanjaan rm 20000. Pegi pusat zakat.. berkenaan perbelanjaan rm 20000 tu.. berbagai2 alasan pusat zakat maklumkan..imam ke dua pergi ke gereja.. di gereja imam ke dua tu hanya isi borang dan tinggalkan no hp.. takde temuduga. Esoknya pehak gereja hubungi imam kedua.. senang je pehak gereja keluarkan rm 20000. Aku dengar kes sampai menteri turun.. tak tahu apa akhirnya kes tu.. dgn kenyataan ustaz asri dan peristiwa imam ke 2 tu.. pusat zakat takde perubahan.. rasa sampai akhir zaman pusat zakat begitu jugak..

Anonymous said...

Korang ckp la macam manapun, takkan berubah punyalah. Bg aku zakat kena bg gak 2.5%. Dia amanah atau tak itu hal dia dgn Allah. Lepas bayar tu, kau nak sedekah lg kat asnafpun boleh. Sedekah buat sama mcm zakat, 2.5% juga. Okey tak?

Anonymous said...

Bersangka baik jelah, bayar sahaja zakat kat PPZ tu, padang mahsyar nanti insyaalah kita lepas. Diorang dah diamanahkan untuk mengutip dan edar bantuan kepada yang tepat. Klu kita enggan, saya takut kita pula ditanya suatu hari nanti. Kita nak selamat dunia, lagi lagi diakhirat nanti kan?

Hjri said...

..tumpang semangkok..
Pernah dengar kes duit zakat kena songlap?????
Pernah dengar pemerintah ganti balik kehilangan wang zakat...
..time nk halalkan penggunaan wang zakat depa guna istilah penjaga baitulmal bagai!!!
..bila bocor tabung...ko buat diam.. tunggu laa..x cukup kertas ko nk jwb nanti di mahsyar!!!

Anonymous said...

Hampir semua Pusat Zakat negeri BerBangga dapat collection Berjuta juta RM dan serah pada Sultan Sultan setiap Negeri.bila Rakyat yang miskin lagi PAPE KEDANA mohon duit Zakat Haramjadah Pusat Zakat nk bagi.macam macam dokumen depa Mintak.korang sepatut nye melawat sendiri turun padAng tengok masalah pemohon.Lagi satu kalau dah Pengerusi nye Spesis Melayu UMNgok memang hancur lah Pentadbiran seluruh Pusat Zakat.HARAMJADAH Betul Pusat Zakat buat Koje.

Anonymous said...

Bahalol

Kalau Melayu tak kencing Melayu , siapa lah nak kencing Melayu...

Tak lama lagi bebende zakat pun di gadai jugak

Tanah wakaf kubor pun di gadai buat kondo dan pusat business

Kan melayu semua tuh....


Bukan bebende baru lah....

Anonymous said...

dah orang tak bagi nak nangis2 merengek2 pun x guna..
mintak kat Allah bagi ilham/jalan/kekuatan berfikir dan tenaga usaha ke cara lain selain dari meminta2 kat org zakat yg telah dicuba dan.x berjaya tu..Allah kan kaya..insyaAllah..
merengek2 merungut2 keluh2 kesah hanya membinasakan diri dan keluarga..jgn jadi org politik bodoh taksub..dia duk ratib2 k.o umno k.o umno,umno.menyebabkan dia susah, last2 parti dia sekongkol ngan umno hehehe..dia ingat rezeki dia ada kat tangan org politik kot dok ratib2 mana2 parti politik hehehe..

DIDI KOTA BELUD said...

hehehhww...kadang kadang..kereta atau van dia jalan jalan bawak awek meronda jam dua tiga pagi....kakkakak...duit zakat bayar...kakakkakakak

Anonymous said...

Baitulmal dengan Pusat Zakat ni ada beza ke? minta pencerahan sikit, baru-baru ni ada baitulmal nak bagi elaun bulanan kat mak tiri aku, tapi tak sebut pusat zAkat ke apa,

Anonymous said...

Bersangka baik tu btl tp berpada2 lah.kalau mcmtu baik.kita sokong penyamun sbb kita bersangka baik mungkin penyamun tu nak tegakkan islam....jgnla terlalu bersangka baik smpi kita ditindas dan dihina..Islam x ajar mcmtu bro..yg salah kita kena betulkan..

Anonymous said...

saya sudah lama benci dan mual dgn perangai pegawai zakat.saya ingin nyatakan yang berlaku depan mata kepala saya dan rakan saya.kami pergi kepejabat zakat disuatu tempat,kami menunggu giliran kami untok membayar zakat,kami terdengar permohonan seorang atok lingkaran umur lewat tujoh pulohan.beliau ingin mendapat bantuan untok tiga orang cucu atas alasan beliau menjaga tiga orang cucu yang sudah yatim piatu(kedua ibu bapa meninggal kemalangan).beliau berkata dia tidak mempunyai anak lain untok mengambil tugas membela cucu ini.beliau sendiri tidak punyai sumber kewangan.pegawai dengan tegas menyatakan pakcik tidak berkelayakan memohon bantuan zakat.bila pakcik itu beredar kami terus jumpa pakcik itu dan bertanya,dengan air mata mengalir beliau tunjokkan kesemua dokumen ditanganya kepada kami.selepas itu kami serahkan zakat kami kpd beliau sehingga sekarang dan ramai sahabat saya berbuat demikian.

Anonymous said...

saya seorang kakitangan kerajaan juga yang suatu ketika dulu berada di Pusat Zakat Negeri XXXXXX..atas urusan jabatan. Mungkin nasib saya atau ada sesuatu untuk dijadikan pengajaran. Sorang hamba allah datang nak tanya apakah bantuan yang boleh diberikan oleh pihak yang menguruskan zakat serta Baitul mal, saya terasa sangat marah dan sakit hati bercampur sedih bila orang kampung yang serba dhaif di layan seperti itu dengan bahasa yang amat memedihkan. Saya hampir menyerang pegawai pejabat zakat tu kalau tak di tahan oleh kawan saya yang datang bersama saya hari tu. Kemudian bila kitorang balik ke pejabat sendiri kami bagitau geng-geng kami dan mereka juga merasa marah dengan sikap orang pejabat zakat tu. Apakah hak mereka nak merendah-rendah dan melukai hati dan perasaan golongan miskin tu ? walaupun mereka miskin mereka tetap manusia sama agama dengan kita dan mereka juga ada harga diri dan maruah

chenet said...

Ciloxsipi sat.....Apa nak kata begitulah mentaliti bangsa Melayu ,dari dulu bila dijajah....Mereka dapat jawatan, mengalah orang putih..lebih sudu dari sup....Hendik, halau, buli orang yg per,u khidmat dia..Jaga duit kedekut pahit...Kalau pejabat ugama berkolobrasi dgn PUZ, pejabat Ugama lak tukang scan..Anak saya 3 orang belajar diPensentren dan al azhar..dah 2 tahun..belum layak untuk xakat..kena tunggu keputusan dulu...entah lah..hok pesentren alasan pondok tu tak diberi bantuan hanya universiti..lagi entah lah...Gaji aku ciput, kalau banyak,tak aku berbunyi..entahlah...

puting beliung said...

Sebab itu aku terus beri kepada yang berhak menerimanya. Walaupun kecil tetapi dia dapat 100% dan dapat terus, tak payah menyembah-nyembah. Kalau zakat ini diagihkan secara jujur tak akan ada rakyat yang papa di Malaysia ni.

Anonymous said...

PPZ tu penyamun ke? Bg perumpamaan semua tak betul. Nak tahu bersalah ke tak kena ada bukti. Ko ada sikit diaorang kerja setiap hari untuk semua orang ke? Ni jenis orang sentiasa bersangka buruk. Ada ikut diaorang setiap minit? Kaki komplen memang ramai. Jumpa asnaf ada tak bawa p ppz, klu xde x payah nak bising bising, biar diaorang buat kerja diorang.

Anonymous said...

Akupun boleh tulis klu setakat mcm post kat atas tu. Mcm mana klu orang yang tulis tu saje nak fitnah? Bukan main laju lagi korang komen kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)