yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, February 18, 2017

BILA PENCEGAH MAKSIAT BERPERANGAI MACAM KAKI MAKSIAT...



Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan, pasangan itu mendakwa bahawa pada 8 Januari lalu, 1.30 pagi, defendan pertama dan kedua bersama enam lagi pegawai melakukan serbuan ketika mereka menginap di hotel dekat sini.

Plaintif pertama mendakwa semua pegawai itu terus menyerbu masuk dan merakam gambar serta video walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya berada di dalam bilik tidak berpakaian lengkap.

Kedua-dua plaintif mendakwa walaupun sudah menunjukkan bukti iaitu foto sijil nikah dan gambar perkahwinan yang tersimpan di dalam telefon bimbit, defendan tetap berkeras mahu menahan mereka.

Pasangan itu bernikah pada 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur dan sudah didaftarkan dengan sempurna mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1984.

Sijil perkahwinan yang sah juga sudah dikeluarkan oleh Jawi.

Mereka memohon ganti rugi am, teruk, teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

4 comments:

Anonymous said...

Orang yang macam inikah yang nak jadi pelaksana RUU355?

mazmad said...

Agaknya JAWI mengambil gangster untuk penguatkuasa mereka..
Perangai macam yahudi.

Anonymous said...

Nak cegah maksiat tp bawa semua, cameraman,wartawan. Tak boleh tunggu orang pakai pakaian lengkap. Byk dah cerita mcm ni. Nak cegah maksiat ke nak cari berita sensasi akupun tak tahu. Klu akupun, aku akan Saman.

Anonymous said...

tapi kalau yang terlibat dalam maksiat yang sebenarnya tidak pula diorang bersungguh-sungguh buat cam gini lebih-lebih lagi kalau yang melibatkan orang-orang ternama, merekalah yang paling kehadapan menjadi pembela tapi bila melibatkan orang bawahan bersungguh-sungguh nak dakwa tanpa memperdulikan rayuan ataupun bukti yang telah ditunjukkan

harap-harap lepas ni tiada lagi salah laku, salah tangkap, salah terambil tindakan atau yang serupa dengannya, kalau bertindak biarlah sentiasa adil dan berhemah supaya Badan Penguatkuasa Agama tidak dipandang serong oleh orang awam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)