yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, January 16, 2012

LUAHAN SAHABAT BLOGGER:MAAF DR KAMU HILANG PENGHORMATAN DARIKU.


Teman selalu menulis betapa teman kagum dengan Dr Hasan Ali ni..
Teman dah tulis betapa gembiranya teman menyaksikan sendiri ceramah perdana pertamanya di perak selepas menyertai PAS di Tg Malim..
Teman sendiri pernah membantu persiapan untuk ceramahnya di Kg Balun!
Teman sendiri pernah bekerja di bawah arahannya di PRK Permatang Pasir...

Malangnya....
Pada teman dia dipecat oleh PAS.. itu perkara biasa dalam politik..
diakhir-akhir ini doa teman selalu ditujukan buat Dr hasan Ali agar masih ada jalan untuk kembali kepada perjuangan PAS...

Namun...
Apabila nadanya kini sama seperti Utusan..
Apabila wajahnya melebihi wajah Najib kekerapan keluar di Buletin Utama Tv3..
Apabila wajahnya melebihi wajah Muhyiddin...
Melebihi wajah Rais Yatim!

Berbelas tahun kamu dalam PAS..
Bertahun sudah jadi exco Selangor..
8 tahun menjadi pesuruhjaya PAS Selangor..
Adakah sebelum ini ada walau seminit kamu diizin bercakap di Tv3?
Dan kini kamu diberi peluang hingga 1 jam diwawancara TV3!!!
Apakah maknanya??
Apakah maksudnya?
Apakah pukatnya?
Apakah tautnya?

Saksikanlah!
Perjuangan itu bukan untuk pangkat!
Jauh lebih daripada itu..
bukan untuk hasil mahsul mahupun kebendaan!
Malah.. bukanlah perjuangan itu kerana kemasyhuran!

Inilah yang berlaku!

Ya Allah... Ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosanya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)