Tuesday, January 10, 2012

BENDA NI YANG UMNO TAK MAHU ORANG2 MELAYU TAHU, JADI PAKAT BACALAH WAHAI MELAYU....

http://1.bp.blogspot.com/-PsbeMVBTS0w/TvoaoDCkWXI/AAAAAAAAJcM/1LlAoSbaTdc/s400/pegang-dap.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_5diJt7VjMV4/S9hJ-i8w19I/AAAAAAAABgs/xDzFVLqc2tA/s400/Apek+bendera+pas.jpg


1.DAP mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

2.DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

3.DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

4.DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

5.DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

6.DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

7.Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

8.Kenapa PAS berkerjasama dengan DAP?

Jawapan: Tahaluf Siyasi.

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Golongan Ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan :

“Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”

Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal . Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Jadi Kenapa UMNO masih mainkan sentimen perkauman walaupun BN juga ada MCA & GERAKAN?

http://2.bp.blogspot.com/_VvPk_6ttqoA/TUDu0mNhd4I/AAAAAAAAAjM/wGq1m3G-Ujg/s320/165690_189013447793075_100000532638313_616218_362391_n.jpg

Jawapan: UMNO dah terlalu terdesak sangat bila orang-orang bukan islam sudah boleh menerima perjuangan islam yg di bawa oleh PAS serta menolak UMNO yang berjuang semata-mata untuk mendewa-dewakan bangsa Melayu(namun hakikatnya Melayu masih terpinggir dan dikhianati)

Hakikatnya UMNO dan BN mulai gusar bila Rakyat bangkit beramai-ramai menolak sistem pemerintahan yang berdasarkan Bangsa.


Rujukan:
1.HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI.
Disediakan oleh:Ahmad Fadhli bin Shaari(Pensyarah KIAS)

2.Roketkini.com

10 comments:

TaTJ said...

Itulah sekadar retorik utk PRU je Syeikh...hok sebenar b-end dh menggeletar habis sbb rakyat lebih cerdik&bangkit menuntut keadilan...Takbirrrr!

kampong lad said...

umno dok gempaq orang2 melayu dgn kehakisan hak2 bumiputera sedangkan bukan semua bumiputera adalah umnoputera dan dikalangan umnoputera pulak ada yang bukan bumiputera, contoh, ananda krishnan, vincent tan dan seangkatan dgn mereka. pas pulak dgn ideologi negara islam & diubah ke negara kebajikan. salahkah sekiranya pemerintahan yg seiring dgn surah al-maedah ayat 8 tu dilaksanakan tanpa label negara islam?

Anonymous said...

Apa UMNO bagi kepada BANGSA MELAYU di luar bandar & di Bandar.

1) Majlis Amanah Rakyat : MARA.

2) ASB : tiap-tiap tahun orang melayu dapat dividen....tak payah pening kepala macam bangsa cina main saham tapi nak kena monitor tiap hari takut harga saham jatuh.UNTUNG BANGSA MELAYU LABUR DUIT JE, AKHIR TAHUN DAPAT DIVIDEN.

3) UiTM. Universiti untuk bangsa melayu...tapi kesian bangsa Melayu Lelaki kurang cerdik dari perempuan. Semua IPTA di malaysia dimonopoli kaum HAWA.

4)Jawatan kerajaan disandang/dimonopoli bangsa Melayu...baik dari jawatan paling rendah ke Pengarah.

5)FELDA. Petani Melayu dapat hidup senang...nasib terbela.

6)PROTON/PERODUA : peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu....

7) PETRONAS : peluang perniagaan dibuka untuk banga Melayu...contoh Station minyak.

Na'im Nikmat said...

Anon 2:50 PM, anda hanya nampak itu sahaja kenapa anda pejamkan mata & pekakkan telinga dengan kenyataan ini:

Adakah 54 tahun selepas suara-suara perjuang Ketuanan Melayu, Melayu jadi samakin kuat? Perdana Menterinya Melayu, majoriti Menteri Besar dan menterinya Melayu. Hampir 90% ketua jabatan dan agensinya orang Melayu. Namun apa yang terjadi?

Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia:

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2

Daripada 10 orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar hanya berada di tempat yang ke tujuh itupun masih jauh ketinggalan.

Melayu adalah yang paling ramai berada dalam kategori rakyat Miskin iaitu lebih kurang 88 peratus...OK ke macam ni??

2007, Akauntan Bumiputera hanya ada lebih kurang 7.0 peratus manakala Cina 87.4 peratus dan India 5.2 peratus. Begitu juga Jurutera Bumiputera hanya ada 28.2 peratus, Cina ada 62.5 peratus dan India 6.3 peratus.Macamana untuk bersaing dengan kaum lain? Bolehkah Melayu dipercayai dengan kekuatan sebegini?

Pemilikan Ekuiti pada tahun 1990, Bumiputera 19.3 peratus, Non-Bumi 46.8 peratus, Lain-lain 25.4 peratus dan Nominees 8.5 peratus. Manakala pada tahun 2008, Pemilikan ekuiti boleh dikatakan tidak berubah walaupun selepas 18 tahun.

Daripada 150,000 pelajar yang berada diluar negara, Bumiputera hanya 12 peratus iaitu sekitar 18,000 orang sahaja. Itupun pergantungan penuh kepada bantuan kerajaan.

Itu belum lagi masuk aspek sosial Melayu...

Na'im Nikmat said...

Aspek sosial lagi teruk. Melayulah juara dadah sehinggakan tiada kampung Melayu yang selamat daripada dadah sekarang. Gejala sosial, buang bayi, maksiat, murtad, makan rasuah, gangsterisme, hidup tanpa agama. Semuanya Melayu yang juara.

Sudah 54 tahun rakyat biarkan Umno memperjuangkan ketuanan Melayu, tanpa dicabar oleh sesiapa pun. Memang seronok dan ghairah bercerita soal Melayu, tetapi hakikatnya?

Apakah rakyat mahu Umno minta 54 tahun lagi baru untuk mengubah dan mengangkat ketuanan Melayu? Atau hanya tangkal azimat untuk mempertahankan kuasa?

Na'im Nikmat said...

Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?

Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?

Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?

Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?

Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?

Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?

Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?

Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?

Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?

Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?

Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?

Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?

Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?

Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?

Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?

Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?

Na'im Nikmat said...

Anon 2:50 PM simpan hujah basi kau itu dan terima kenyataan UMNO ialah pengkhianat bangsa & agama.....

Zamri said...

Dan siapa yang bagi pekerjaan pada Mat Bangla di Stesen Petronas????? Petronas ni sapa punya????

Anonymous said...

Dan siapa yang bagi Mat Bangla Kerja kat Stesen Minyak Petronas???? Anak Bangsa Melayu dah pupus ke????

Maithotorun said...

Sedih nya aku melihat sesama kita bergaduh.Bak kata menegak benang yang basah.Masing2 dgn pendirian masing2.seorang dalam kebenaran dgn fakta2 kebenaran seorang masih lagi dalam fakta auta kebodohan.seorang itu cuba menasihati dgn harapan seseorg itu terbuka minda.se0rang lagi tak habis2 mempamerkan kebodohan sendiri tanpa menanya diri sendiri.
"Adakah Kenyataan2 pemimpin2 kita nyatakan melalui media di bukti kan dgn evident?"atau sekadar cakap sahaja.
Ada mata lihat,Ada telinga dengar.
Ada akal digunakan.fikir2kan lh ye.
siapa bagi mat bangla kerja kat STM petronas?Manager lah yang kasi kerja.tak akan cleaner petronas kasi bangla kerja.