Tuduhan zina@liwat tanpa bukti berluasa seperti manusia ni dah tak ada tamadun. Itulah sebabnya Islam muncul sebagai penyelamat.
Firman Allah S.W.T:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.(Suran An-Nur Ayat 4)
Tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma' ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
Apa itu Qazaf:
Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Allah S.W.T telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.
i) Kata Allah, "Sebatlah mereka itu 80x sebat..."
ii) jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.
iii) ALLAH melabelkan orang sebegini adalah fasiq.
Dan jangan fikir ia berhenti disitu, larangan menjaja fitnah juga merupakan amaran keras dalam Al-Quran dan ianya dianggap sebagai dosa besar, Firman Allah S.W.T:
"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu"
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya". Surah An-Nur Ayat 14-15
SUMBER
No comments:
Post a Comment