Sunday, August 21, 2011

Sudah Setahun Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said Tidak Membaca Media Perdana Seperti Utusan,Berita Harian Dan sebagainya Tetapi Mengapa?

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2011/07/Poet-Samad-Said.jpg
Dah setahun tak baca media perdana – Pak Samad


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi “menentukan sikap” sendiri.

“Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster,” katanya. “Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah.”


Berucap ketika merasmikan kempen “Jom Baca Media Alternatif” baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. “Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu,” katanya.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai “perubahan rejim”.

“Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu,” katanya.

“Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?”

Sumber:Detikdaily

N'N:Aku anggap media perdana ibarat sampah.....

No comments: